Lift yg dinaiki oleh Lia berhenti di tingkat lima, aras tertinggi di hotel tersebut. Lia dan lelaki berbaju hitam itu keluar, memasuki lorong koridor yg mempunyai pintu bilik yg berjarak jarang diantara satu sama lain, memberi erti bilik-bilik diaras itu bertaraf VVIP, lebih besar dari bilik aras lain. Aras hanya untuk suite-suite termahal di hotel tersebut. Salah satu dari pintu itu terbuka, kelihatan dua orang lelaki yg berpakaian seperti usahawan keluar dari situ. Salah seorang dari mereka kelihatan lemah, longlai, sambil dipapah oleh seorang lagi. Mungkin ada pesta atau perkara lain yg berlalu dalam bilik tersebut, sehingga lelaki itu kelihatan begitu longlai. Hanya mereka berdua sahaja yg tahu. Mereka berdua menuju ke arah lift, yg kembali kosong setelah Lia dan lelaki berpakaian hitam itu keluar. Mereka berempat berselisih didepan pintu lift, saling mengangguk, saling memahami. Apa sahaja yg berlaku dibelakang pintu bilik diaras itu, adalah rahsia mereka sendiri. Orang lain tidak berhak untuk mencampuri urusan mereka.
Jantung Lia semakin berdenyut kencang, apabila dia mengikut lelaki berbaju hitam itu menuju kearah bilik yg terletak di bahagian paling hujung dikoridor itu. Apabila sampai didepan pintu tersebut, lelaki berbaju hitam itu mengetuk pintu itu dengan isyarat tertentu, sebelum mengunakan walkie-talkie nya yg sebelum ini hanya tergantung dipinggangnya sahaja.
" Tuan, wakil dari Encik Zainal dah sampai." Katanya melalui walkie-talkie itu.
" Bawak dia masuk." Terdengar jawapan melalui walkie-talkie tersebut.
Terdengar bunyi kunci pintu itu dibuka, sebelum lelaki berbaju hitam itu menjemput Lia untuk masuk kedalam bilik suite itu. Setelah memasuki bilik itu, barulah Lia sedar, suite itu adalah bilik terbesar dihotel tersebut. Hiasan dalaman yg mewah kelihatan tersedia dibilik tersebut, lengkap dengan beberapa sofa dibahagian tengah bilik itu dan terdapat juga sebuah bar mini yg dipenuhi dengan botol-botol minuman keras.
" Cik Lia boleh duduk dulu kat sofa sana." Kata lelaki berbaju hitam itu, sebelum dia kembali keluar dari bilik suite itu.
Kelihatan sudah ada dua orang betina sedang duduk, menunggu di sofa tersebut, dan Lia kenal siapa mereka itu. Dua orang betina yg pernah Lia temui di majlis Datuk Bandar beberapa hari lepas. Dua orang betina yg bakal menjadi saingannya pada malam ini. Sedang duduk disofa kiri, Gabby ataupun Gabriella Perez, betina berbangsa latin yg dibawa oleh Majid sebelum ini, kelihatan memakai gaun malam yg ketat, berwarna merah terang, sama warna dengan kasut tumit tinggi yg dipakai oleh betina tersebut. Wajah Gabby dihiasi dengan mekap yg begitu mempersonakan, tidak kalah dengan mekap Lia sendiri. Dengan kulitnya yg sawo matang, mata kebiruan, rambut beralun hitam lebat dan hidung mancung, ternyata kecantikkan Gabby begitu terserlah, sesuai dengan reputasinya yg berasal dari negara latin yg sememangnya terkenal dengan betina-betina cantik dan sensual. Sebenarnya, kalau hendak dinilai, Gabby bukanlah betina yg paling cantik di negara asalnya, namun di negara-negara asia seperti Malaysia, wajah seperti Gabby dianggap eksotik, lebih mahal berbanding betina-betina tempatan. Dan disebabkan perkara itulah, betina seperti Gabby, yg berasal dari keluarga miskin di negara asalnya, menjadi 'barangan' mahal apabila dihantar ke tempat ini, menaikkan statusnya menjadi pelacur kelas atasan, yg hanya mampu dilanggan oleh golongan berada seperti Majid.
Sementara itu, disofa sebelah kanan, kelihatan Suzy, yg mewakili Datuk Lim. Ramai yg tahu, Datuk Lim mempunyai sebuah agensi modeling sebagai salah satu cabang bisnesnya, namun ramai yg tidak tahu, disebalik agensi itu, Datuk Lim juga turut menjadikan model-modelnya sebagai pelacur kelas atasan. Harga model-model itu mampu mencapai ribuan ringgit untuk sewaan semalaman, yg sudah tentu hanya mampu dilanggan oleh golongan tertentu sahaja. Suzy adalah salah seorang pelacur yg paling mahal di agensi pelacuran Datuk Lim. Gadis berbangsa cina itu telah termakan pujukan dari agen pencari bakat dari agensi Datuk Lim, kononnya menawarkan peluang menjadi model ternama. Nama Suzy sebagai model memang berjaya dinaikkan oleh Datuk Lim, namun dalam masa yg sama, Suzy juga dijadikan salah seorang pelacur paksa relanya, dengan alasan itu adalah perkara biasa untuk menaikkan namanya. Suzy yg sudah tengelam dengan dunia glamour dan kemewahan wang ringgit, hanya mengikut, takut kehilangan kemashuran dan kemewahan yg sedang dikecapinya. Pada hari ini, model itu memakai baju cheongsam sutera ketat berwarna kebiruan. Rambutnya disanggul kebelakang, sambil kelihatan pin berbentuk bunga orkid menghiasi sanggul itu.
YOU ARE READING
Isteri Sundal Lia
Romance*Reupoad* ( MATURE CONTENT) Olahan semula dari karya asal yg berbahasa indonesia, menceritakan tentang perubahan seorang wanita setia menjadi isteri sundal. Genre: Erotik, mistik, fantasi