Seorang gadis melihat pemandangan diluar tingkap sambil duduk di atas kerusi rodanya. Langit yang biru cerah tadi bertukar ke warna hitam. Titisan air hujan mula melimpah ke tanah.
Gadis yang duduk di atas kerusi roda itu tersenyum pahit. Hujan yang turun dengan lebatnya itu pun tahu bahawa perasaan gadis itu sedih.
Dia mengeluh.
Gadis itu memandang kakinya yang tidak boleh bergerak sejak 5 bulan yang lalu. Walaupun sudah buat beberapa rawatan tetapi kakinya masih begitu.
Dia memeluk dirinya. Mahu sahaja dia menangis tapi dia harus tabah.
Seseorang lelaki menerjah ke gadis itu. Tangan diletakkan di atas bahunya.
" Nayoung sayang, buat apa kat sini? Puas saya cari awak. " Soal lelaki tersebut kepada gadis bernama Nayoung itu.
Park Nayoung dan Park Jimin baru sahaja digelar suami isteri 3 bulan yang lalu.
Banyak rintangan yang perlu mereka hadapi bersama lagi-lagi keadaan Nayoung yang begini.
5 bulan yang lalu Nayoung terlibat dengan kemalangan antara kereta sehingga membuatkan kakinya lumpuh. Sudah 5 bulan berlalu tetapi masih tiada perubahan pada kakinya.
Dia hampir putus asa.
Tetapi pada ketika itu, Nayoung terserempak dengan lelaki yang bernama Park Jimin.
Mereka berdua terserempak ketika Nayoung dalam keadaan yang sedih dan Jimin menghampiri gadis itu untuk memujuknya.
Dari situlah mulanya kisah percintaan mereka sehingga menjadi suami isteri.
Nayoung memandang Jimin. Senyuman yang pahit dilemparkan kepadanya.
Jimin hairan. Dia tahu itu adalah senyuman palsu.
" Kenapa ni? " Jimin pergi kehadapan Nayoung dan melutut di depannya. Tangan Nayoung digenggam oleh Jimin.
" Kenapa awak pilih saya sebagai teman hidup awak? Saya ni cacat. Saya tak boleh jalan. Saya tak boleh buat semua kerja dan banyak menyusahkan awak. Saya ni hanya membebankan hidup awak. Saya ni tak layak bersama aw- " Tidak sempat Nayoung menghabiskan kata-katanya, satu jari telunjuk diletakkan di bibir Nayoung.
" Jangan cakap macam tu, sayang. Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak. Cintakan awak walaupun awak dalam keadaan begini. Awak adalah permata yang berharga dalam hidup saya sejak saya mula bertentangan mata dengan awak. Saya tahu dari mula kita berkenalan, awak lah cinta hati saya. Kita hadapi semua rintangan ni bersama dan tak pernah berputus asa. Dan saya juga dapat lihat masa depan kita bersama. Walaupun keadaan awak begini....
Awak tetap sempurna di mata saya. "
YOU ARE READING
Perfect (P.JM)
Romance" Bagaimanapun keadaan awak, awak tetap sempurna dimata saya "