Jimin dan Nayoung menonton movie bersama di hadapan televisyen. Tangan Nayoung digenggam erat oleh Jimin. Tak mahu tangannya dilepaskan.
Cerita yang ditonton oleh mereka sama seperti nasib Nayoung cuma dalam cerita itu keluarganya mati dalam kemalangan.
Tiba-tiba sahaja Nayoung mengeluh.
Jimin memandang isterinya.
" Saya rindukan omma dan appa. " Nayoung memandang bawah.
Jimin mengeluh lalu mengerutkan dahinya tanda marah.
" Kan saya beritahu awak, jangan ingatkan mereka lagi atas apa yang diorang lakukan kepada awak. " Jawab Jimin dengan tegas.
" Tapi diorang masih lagi omma dan appa saya. Saya ni anak mereka. Darah daging mereka. Saya ni tak akan berada di sini kalau bukan omma saya yang lahirkan saya dan bersama awak. Sekejam mana pun diorang terhadap saya, diorang masih lagi omma dan appa saya. " Terus sahaja Nayoung memandang Jimin.
" Awak masih lagi terima mereka apa yang mereka dah lakukan terhadap awak?? Kalau bukan sebab diorang yang buang awak dalam hidup mereka, awak tak akan ada di sini dengan saya. " Tengking Jimin kepada Nayoung.
Nayoung terkelu. Hatinya kecewa selepas dengar luahan dari suaminya. Matanya kini sudah kemerahan, tunggu air mata sahaja untuk mengalir. Bibirnya diketap olehnya. Marah? Sedih? Kecewa? Perasaannya sekarang ini bercampur baur.
" Oh.. Jadi sekarang baru awak nak kata yang awak ni menyesal kahwin dengan saya? Awak kahwin dengan saya sebab awak kesian dengan keadaan saya? Macam tu? Bukan sebab cinta tapi kesian? " Air matanya sudah mengalir di pipi sambil memandang mata Jimin.
Jimin membisu. Dia tak sangka ayat yang dilepaskan olehnya menyakitkan hati isterinya. Jimin kesal apa yang dikata olehnya tadi kepada Nayoung.
" Awak.. Bukan tu mak- " Baru sahaja Jimin mahu membalas, Nayoung mencelah.
" Sudah! Saya tahu awak kesian dengan saya sebab keadaan saya macam ni. Tak boleh berjalan. Cacat. Saya tahu. Terima kasih sebab tolong jagakan saya. " Terus Nayoung menolak sendiri kerusi rodanya menggunkan tangannya menuju ke bilik.
Jimin hanya memandang kelibat isterinya yang membelakanginya.
Jimin sekarang berasa gelisah dan bersalah. Dia dah membuatkan isterinya kecewa. Bukan begitu maksudnya. Dia cuma tidak mahu dan tak suka bila Nayoung bercakap tentang keluarganya atas apa yang keluarganya lakukan kepada Nayoung.
Keluarganya tidak pernah terima Nayoung dalam hidup mereka malah mereka membuangnya. Sejak itu Nayoung tinggal bersama neneknya sehingga terlibat dalam kemalangan.
Nayoung terlibat dalam kemalangan kerana emosinya betul-betul tidak stabil kerana kawan rapatnya hanya pergunakan dirinya untuk ambil kesempatan terhadap Nayoung.
Selama 3 tahun mereka berkawan, Nayoung ditipu oleh kawan rapatnya. Adakah itu dipanggil kawan?
Sejak dari itulah Nayoung dalam keadaan begini.
Jimin berdiri dan menuju ke bilik mereka. Tombol pintu dibuka olehnya. Nasib baik tidak dikunci oleh Nayoung.
Buka sahaja pintu, kelibat Nayoung yang masih duduk di atas kerusi roda dihadapan tingkap sambil menangis.
Sungguh hati Jimin dia terhiris memandang isterinya yang sedang menangis. Air mata yang tidak henti-henti mengalir di pipi mulusnya itu.
Jimin berasa serba salah. Dia tidak akan memaafkan dirinya atas apa yang dilakukan olehnya sebentar tadi.
Jimin menghampiri Nayoung dan berjongkok dihadapannya. Dia meraih tangan isterinya dan menggenggam erat tangan tersebut lalu bermain dengan jari-jemari isterinya. Namun Nayoung hanya memandang bawah tanpa berniat untuk memandang suaminya.
" Sayang.. Pandang sini. " Nayoung tidak menjawab.
Pipinya dibelai oleh Jimin dengan lembut.
" Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Saya cuma nak awak tahu yang saya ni betul-betul ambil berat tentang awak. Awak wife saya dan saya husband awak. Saya sayangkan awak. Saya tak mahu awak dilukai oleh sesiapa pun sebab awak lah nyawa saya. "
YOU ARE READING
Perfect (P.JM)
Romance" Bagaimanapun keadaan awak, awak tetap sempurna dimata saya "