Chapter 2

3 0 0
                                    

Jimin memandang wajah isterinya yang masih lena dibuai mimpi.

Rambut yang melitupi wajah Nayoung dikalih oleh Jimin.

Tatapan pada raut wajah isterinya sungguh lama Jimin pandang sambil tersenyum.

Dia mengelus lembut pipi Nayoung.

" Susah senang biarlah kita hadapi bersama. Awaklah nyawa saya. Awaklah cinta hati saya. Tanpa awak di sisi saya, saya boleh mati. Hanya awak yang saya cintai. " Lalu dahi Nayoung dikecup lembut oleh suaminya, Jimin.

Deringan pada telefon pintarnya mengalihkan perhatian kepada objek tersebut lalu digapainya untuk melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya.

Perlahan dia mengeluh sebelum mengangkatnya.

" Hello. " Jawab Jimin dengan nada yang perlahan dan lembut.

" Hello chim. Chim dengan Nayoung apa khabar di sana? " Terdengar suara lembut dari seberang telefon pintarnya yang menyapa dia.

" Chim dengan Nayoung sihat ma. Mama pula apa khabar disana? " Tak lain tak bukan yang menanyakan khabar Jimin tadi merupakan ibunya.

" Mama sihat sayang. Mama cuma rindu je anak mama dengan menantu mama. Bila nak balik Busan? " Tanya ibunya kepada Jimin dengan sayunya.

Memang benar, sudah lama Jimin tidak balik ke Busan untuk menjengok orang tuanya. Namun pekerjaan dan jadual yang begitu padat menambahkan kesukaran untuknya pulang ke Busan.

Jimin mengeluh lagi.

" Mama tahukan chim sebok kebelakangan ini. Bukannya chim tak nak balik, chim teringin sangat nak balik jumpa mama dengan papa. Tapi dengan keadaan office sekarang tak begitu baik membuatkan chim susah nak balik. Chim betul-betul minta maaf ma. " Terang Jimin panjang lebar kepada ibunya supaya tidak terasa. Jujur ibu siapa yang tidak kecewa mengetahui anaknya lebih mementingkan pekerjaan berbanding ibunya sendiri?

Tetapi ibunya masih sedar dan faham akan keadaan anaknya ini. Mesti penat kerana menguruskan pekerjaan serta membantu isterinya yang lumpuh.

Kuat betul dugaan yang ditimpa oleh lelaki bermarga Park itu.

" Tak apalah nak, mama faham. Kalau chim free nanti, baliklah okay? Mama dengan papa selalu tunggu kedatangan chim dengan Nayoung. Mama letak dulu. Selamat malam. " Terdengar suara sayu dari ibunya sebelum mematikan panggilan.

Jimin meletakkan kembali telefon pintarnya di atas meja lalu membaringkan tubuhnya disebelah Nayoung. Perlahan tangannya melingkari pada perut ramping isterinya dan mendakap Nayoung ke dalam pelukan sebelum dibuai mimpi.

---------------------------------------------------------

Pagi menjelang dan cahaya matahari menelusup masuk ke dalam bilik tidur sehingga membuatkan gadis itu terbangun dari lenanya.

Perlahan dia membuka matanya dan mengerdip untuk melihat dengan jelas sebelum melihat di samping tempat tidur suaminya.

Kosong.

Memang sudah terbiasa kerana Jimin akan pergi kerja untuk mencari duit bagi menyara kehidupan dia dan isterinya. Nayoung banyak berfikir bahawa kehadiran dia banyak menyusahkan Jimin.

Kalau kaki dia berfungsi dan boleh berjalan tak adalah dia banyak menyusahkan lelaki yang berstatuskan suami dia. Kadang-kadang Nayoung juga berfikir bukankah Nayoung ini patut berdikari sendiri bukannya bergantung kepada Jimin serta kepada maid yang lain?

Ya. Dia harus membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu membuatkan lamunan Nayoung terhenti sebelum mengalihkan pandangannya ke arah pintu.

" Puan Park, ini saya Hyumin. Boleh saya masuk? " Terdengar suara yang sudah berumur di depan pintu menunggu jawapan dari majikannya iaitu Nayoung.

" Masuk. " Jawab Nayoung dengan suara perlahan. Pintu dikuak oleh pembantu rumah dengan senyuman yang mesra.

" Kan Nayoung dah bagitahu, jangan panggil saya Puan Park. Panggil Nayoung sahaja. " Balas Nayoung lagi sambil memberikan senyuman yang manis kepada Hyumin.

" Saya tak biasa panggil puan Nayoung. Nanti Tuan Park cakap apa pulak. Saya hanya pembantu. " Jawab Hyumin sambil membersihkan katil yang kelihatan berantakan.

" Tapi saya dah anggap ahjumma macam omma saya sendiri. " Nayoung ketawa perlahan sambil memandang Hyumin.

" Aigoo anak ini, jom ahjumma tolong bawa Nayoung ke bilik mandi. " Pelawa Hyumin lalu menolak kerusi roda dihadapan Nayoung.

" Um ahjumma, saya nak cuba berdikari sendiri boleh tak tanpa bantuan ahjumma harini? " Soal Nayoung yang masih memandang ke arah pembantu rumahnya.

" Eh tak boleh Puan Park, nanti Tuan Park marah. Saya memang ditugaskan untuk menjaga puan dan kemas rumah sampai Tuan Park pulang. " Jawab pembantu itu sambil menggelengkan kepalanya.

" Tapi ahjumma, Nayoung nak jadi berdikari sekejap je. Harini. Nayoung janji esok ahjumma yang bereskan Nayoung. Please ahjumma please.. " Rayu Nayoung kepada ahjumma Hyumim dengan tatapan sedihnya.

" Nanti Tuan Park marah nak, Tuan Park memang dah larang Puan Park buat sesuatu seorang diri." Tambah Hyumin untuk meredakan suasana bahawa bahayanya membiarkan majikannya melakukan sesuatu seorang diri.

" Tak ape, nanti Nayoung cakap dengan Jimin. Nayoung nak cuba jadi berdikari juga walaupun sehari. Nayoung tak nak menyusahkan ahjumma je. Nayoung tak akan keseorangan sebab ahjumma akan pantau Nayoung. Janji. " Jawab Nayoung lalu menunjukkan pinky promise nya bahawa dia berjanji atas ucapan yang diucapkan olehnya sebentar tadi.

Hyumin hanya terdiam sebentar mendengar dan mentafsir perkataan yang diberikan oleh majikannya. Lama juga dia berfikir untuk membiarkan majikannya berbuat sendiri. Dengan hembusan nafas berat akhirnya dia mengangguk. Namun itu tak menghentikannya untuk terus memantau majikannya.

" Baiklah, ahjumma setuju. " 3 patah perkataan dikeluarkan oleh pembantunya sudah membuatkan Nayoung gembira.

" Tolong Nayoung untuk duduk di atas kerusi roda lepastu Nayoung akan pergi mandi sendiri ahjumma. " Jawab Nayoung sambil tersenyum manis ke arah pembantu rumah tersebut.

Dengan perlahan pembantu rumah itu membantu Nayoung menduduki di atas kerusi roda dan membiarkan Nayoung menolak sendiri ke bilik air.

' Aku boleh buat. ' Itu sahaja ayat yang dilontarkan di dalam hatinya perlahan dan berjanji tidak akan menyusahkan orang lain. Cukup Jimin yang telah banyak menolong dia dan kini dia akan membuktikan bahawa dia juga boleh berdikari sendiri.

TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perfect (P.JM)Where stories live. Discover now