Satu

3.3K 75 11
                                    

Hafiz memandang semula skrin telefon bimbitnya buat kali kedua, hendak dipastikan apa betul rumah yang ditujunya. Punat loceng rumah teres dua tingkat itu ditekan sekali lagi.

Sayup bunyi loceng kedengaran bergema di dalam rumah bakal majikannya. Beberapa detik menunggu, baru pintu pagar terbuka, automatik.

Rumah biasa-biasa, pintu auto ea

Bisik hatinya sambil kaki mula melangkah masuk. Pandangan dilemparkan ke sekeliling laman rumah.

Nice car walaupun sekadar Toyota Vios berona putih, kereta itu cukup mewah bagi orang semiskin aku.
Selangkah sebelum sampai, pintu utama rumah tersebut dibuka.

“Awak Hafiz kan? “ Soal ringkas seorang lelaki sasa berT-shirt putih dan seluar track hitam.

Sado betul mamat ni.

Getus hati kecil ku, sempat lagi mengumpat bakal majikan sendiri. Haish…

“Haah, saya…” Jawabku sambil tersenyum.

Great, jemput masuk”

Fail merah jambu dipeluk erat di sisi. Lafaz basmalah terlafaz di dalam hati ketika kaki kanan menjejak masuk ke dalam rumah Tuan Hakim? Itukah panggilan yang akan aku guna? Mungkin?

Ya… H dan H, kebetulan? Aku juga tak pasti, banyak pula teka teki. Redah sajalah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

“Boleh tengok resume awak? and other document yang awak rasa nak tunjuk dekat saya.” Soal Hakim, tersenyum.

“Owh yeah sure” Fail ditangan dihulurkan.

Gementar, seumur hidup tak pula aku pergi mana-mana interview.

Dudukku diatas sofa empuk kelabu dibetulkan. Tambah pula dibuat dirumahnya, bukan dekat office macam yang selalu aku tengok dalam drama atau filem.

Pakaian? Casual habis, aku pakai jeans hitam, T-shirt berkolar biru cair yang tak berapa nak elok dah.

“Boleh awak perkenalkan diri awak?” Soal Hakim lagi, mata masih pada resume yang ada ditangannya sedikit tidak memandangnya.

Terkejut sedikit daripada khayalan sendiri, tambah pula aku leka meneroka segenap inci ruang tamu rumahnya. Boleh tahan cita rasa Tuan Hakim ni.

“Boleh, Urmmm… Nama saya Muhammad Hafiz bin Rashid. Saya berumur 22 tahun, berasal daripada Sungai Petani, Kedah. Saya anak tunggal, sebelum ini saya bekerja di dua buah restoran sebagai pelayan dan juga pembantu tukang masak.” Suara aku jelas.

Lama aku practise sebenarnya. Ikutkan dekat-dekat dua hari. Maklumlah, first time kena temuduga

“Owh, pandai masak la ni, gemuk la saya lepas ni” Seloroh Hakim di ikuti ketawa kecil.

Aku sekadar tersenyum.

“Insyallah boleh, masakkan melayu.”
So, before this awak dah ada diploma. Diploma in science lagi. Why did you quit untuk sambung study?”

“Owh… urmmm… lepas saya dapat diploma. Kedua mak ayah saya meninggal selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. So, untuk teruskan hidup, saya terus cari kerja.” Jawab aku dengan nada yang mendatar.

Peristiwa hitam itu sedikit terimbas di minda. Segera cuba aku hilangkan. Takkan nak menangis masa interview ni kan. Tak pasal-pasal kena reject nanti.

“Owh I'm sorry, saya tak tahu” Hakim sedikit rasa serba salah.

“Eh tak apa tuan Hakim, ketentuan Ilahi, kenalah redha” Aku cuba elakkan dia berasa begitu.

Dia Yang SempurnaWhere stories live. Discover now