Dua

2.6K 80 54
                                    

****

Thanks a lot Azri tolong hantarkan aku
:)

Tak de hal lah, kau dulu dah banyak tolong aku

Ish kau ni, benda dah lepas
Tak payah nak ungkit sangat

Hahahaha…
Kay, see you soon dear
Jangan lupa text aku… aku rindu nanti

Sengal…
Yelah yelah…
Bye

****

Telefon bimbit aku letakkan di atas meja kecil pada sisi katil. Helaan nafas dihembus kuat, pandangan dilemparkan segenap ruang. Seketika terpandang bagasi dan kotak-kotak barangan aku yang terhimpun di tengah bilik.

Malasnya nak kemas…

Aku tersedar daripada lamunan apabila pintu bilik aku diketuk. Seraya wajah terus berkalih ke arahnya.

Hakim berdiri tersenyum memandang Hafiz yang duduk di birai katil.

Sejak sampai sejam yang lalu, aku kadang dah macam cacing kepanasan.

Hakim yang berbaju tidak berlengan membuatkan Hafiz tidak senang duduk. Urat-urat yang timbul pada lengannya menambahkan lagi kekacauan kepada dirinya.

Nasiblah Hakim tidak berseluar pendek seperti kebiasan, kalau tidak mahu sesak nafas Hafiz.

Sh*t… tiba-tiba aku rasa nak resign pulak. Effective immediately!

“Ye cik Hakim, ada apa?” Soal aku, mencari motif keberadaannya disini sekali gus menyembunyi perasaan lain yang cuba hadir.

“Saya just nak pastikan awak okay ke tak? Selesa ke dengan bilik ni, ke nak tukar dengan bilik lain?” Tanya Hakim.

“Eh, selesa sangat dah ni… Almari besar, cermin lagi besar. Boleh tengok dari hujung rambut sampai hujung kaki. “Balas aku.

Seumur aku hidup, cermin yang ada di bilik aku hanyalah sekadar buat cerminan wajah. Jakun pulak bila dapat cermin macam ni. Apolah kau Hafiz…

“Hahaha… Okaylah kalau macam tu. Owh yeah, esok pagi sediakan sarapan ye.” Hafiz menyandarkan dirinya pada sebelah sisi.

Kalau ikutkan dia mahu ajak bersembang dengan pembantu rumahnya, tetapi dilihat keadaan Hafiz yang sedikit letih. Dia mematikan niatnya.

“Owh, okay cik Hakim. Urmmm… cik Hakim nak makan apa?” Ada aura gementar yang hadir.

Mahu diminta sediakan makanan luar negara manalah aku pandai, masakan kampung atau melayu pandailah. Itu pun yang biasa-biasa saja, kuih tahu la sejenis dua. Donut? Itu kuih yang paling aku expert, gebu gebas…

“Apa-apa sajalah, saya tak pasti apa yang ada dekat dapur tu. Masak je apa yang ada.” Balas Hakim tersenyum.

Terasa teruja pula. Yalah, sebelum ni asyik makan diluar sahaja. Jarang sekali untuk Hakim masak dirumah. Sibuk dengan kerja yang seakan tidak berkesudahan.

Walaupun dia merupakan bos besar kepadaa dua restoran di ibu kota, dia sendiri tidak mahir dalam bab masak memasak ni. Dia lebih menguruskan hal-hal berkaitan bisnes dan kerja-kerja admin saja.

“Owh… okaylah kalau macam tu. Esok saya masak apa yang ada” Balas aku, cuba juga menyedapkan hati sendiri.

Risau juga aku kalau-kalau masakkan aku tak dapat diterima anak tekak encik Hakim. Mahu terus dipecat. Malu sahaja beria-ria hari tu aku bagi tahu pernah kerja sebagai pembantu tukang masak.

Dia Yang SempurnaWhere stories live. Discover now