🎈 PART FOUR = BOYFRIEND

31 7 0
                                    

Yang mengejutkan aku ialah muka appa yang bengis dan matanya tepat memandang mata aku seperti tidak puas hati dengan aku. Aku hanya menunduk, aku sangat gerun melihat muka garang appa. Dan suasana kami menjadi tegang akibat pandangan appa tadi. Dan secara tidak langsung, aku terdengar suara tangisan di ruang tamu. Aku berlari keluar dari pintu bilik menuju ke ruang tamu. Tapi aku dihalang oleh appa.

" appa, lepaskan Min! Siapa yang menangis tu? Perempuan mana pula appa bawa balik?! "aku menengking appa. Aku tahu aku tak patut memarahinya. Tapi, aku merasakan ada benda yang tak kena.

" omma kamu tanya pasal lelaki itu kepada kamu kan? Omma kamu masih cintakan dia kan? " soalan appa membuatkan aku tersentak. Jadi, appa dengar perbualan aku dengan omma tadi? " omma kamu tu memang suka membuat masalah. Kamu, Min tak boleh berjumpa dengan lelaki itu lagi" suara appa mendatar. Tapi aku tahu, dia dalam keadaan marah.

" saya tak cintakan dia, JaeHee. Saya tak tipu " kata omma yang kini sedang melutut di kaki appa. Aku tersenyum sinis. Kata-kata omma kepada aku tadi seperti ahjussi tidak boleh hidup tanpa kami. Hipokrit.

" kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak tanya tentang dia kepada Min? " tanya appa sambil memandang omma dengan tajam. Aku mengeluh. Setiap hari, ada saja perkara yang tidak menyenangkan berlaku di rumah ini.

" appa dan omma, boleh berhenti bergaduh? Min penat. Dari Min kecil sehingga besar, omma dan appa asyik bergaduh saja di hadapan Min. Min penatlah dengar! Kalau appa tahu sangat omma masih cintakan ahjussi, kenapa appa mahu berkahwin dengan omma semula? Kalau omma masih cintakan ahjussi, kenapa omma masih terima appa? Fikirlah " hujah aku. Sesungguhnya aku sudah penat mendengar pergaduhan antara orang yang sama dan tajuk yang hampir sama. Semuanya, berpunca oleh cemburu. Kata-kata aku membuakan omma dan appa terdiam. Aku hanya menjeling mereka berdua dan terus memasuki bilik. Ketika perasaan marah ini mengawal diri aku, tetap ada perasaan serba salah dalam diri aku. Well said, mereka masih omma dan appa aku.
" Min minta maaf kalau Min terkasar " kata aku sebelum menutup pintu bilik.

Otak aku menjadi serabut.

' okay Min, tenangkan otak kau dengan mandi, okay? '

-----

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Hari ini hari terakhir sekolah.... bagi bulan ini. Kami akan cuti selama seminggu! Hooraayy!!  Inilah yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid seperti aku. Aku menepuk bahu Chanyeol yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

" hi!! " jerit aku riang.

" apahal? Aku nak tidur lah " balas Chanyeol sambil memandang aku acuh tak acuh. Tiba-tiba dia mengangkat kepalanya dan memegang kedua-dua bahu aku. " kau ingat lagi tak janji kita haritu? "tanya dia dengan yakin.

" yang pasal Baekhyun tu ke? Ha ingat "aku membalas dengan yakin juga.

" macam ni, kitorang nak pergi taman tema air hari Rabu depan. Kau nak ikut tak? " kata Chanyeol dengan teruja sekali.

" tak ada tempat lain ke? Hutan ke rumah agam ke " aku tak faham dengan otak mereka ni. Kenapa perlu pergi ke taman tema air pula? Macam budak-budak.

" ish kau ni tak ada jiwa betul. Nak pergi ke tak? Aku ajak sebab kau ada chance nanti " kata Chanyeol sambil senyum menyenget. Aku rasa kepala otak dia pun dah sama senget seperti bibirnya.

" aku tak nak lah buat macam itu. Aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia " balas aku dengan jujur. Sejujurnya, aku tidak menyimpan perasaan atau menaruh harapan pun dengan Baekhyun. Cuma dia sedap dipandang. Maksud aku, good looking. Dia pun comel. No wonder lah dia hot di sekolah ini.

A Million Words For YouWhere stories live. Discover now