🎈PART TWO = FAMILY

43 6 0
                                    

Aku memasuki rumah baru aku. Omma tengah memasak. Aku berjalan masuk tanpa menegur omma. Aku tertanya. Kenapa dengan Jinyoung? Selepas kejadian aku dengan Jinyoung, dia asyik mengelakkan diri dari aku. Ya, tahu. Memang itu yang aku nak. Tapi pelik. Pelik sangat.

Aku menghempas badan aku ke atas katil setelah memasuki bilik. Oh ya! Aku boleh bertanyakan hal itu kepada Chanyeol. Aku mengambil telefon bimbit aku di dalam beg. Aku mencari nombor telefon Chanyeol. Tiada.

Ha yelah kau tak minta pun dengan dia tadi.

Oh ya. Bangang juga aku ni. Kemudian, aku membaling telefon bimbit aku. Di atas katil yang empuk, ya. Aku tak berani mahu membaling telefon bimbit aku ke lantai seperti dalam drama. Telefon bimbit ini pun aku merayu tahap nak mati punya dekat appa sampai kena menangis, baru appa belikan. Sadiskan hidup aku?

Oh lagi satu, aku belum ceritakan pasal keluarga aku kan? Okay, macam ini. Aku ada seorang omma dan appa.

Memanglah satu. Ada ke orang ada dua ibubapa?

Shit, diamlah kau. Aku ada adik tiri. Okaylah macam ni, semasa aku berumur 6 tahun, omma dan appa kandung aku berpisah. Aku tinggal bersama omma di California. Beberapa bulan selepas bercerai, aku mempunyai bapa tiri. Dia baik, penyayang dan selalu sokong aku. Sampai sekarang. Kemudian, aku mendapati omma bergaduh lagi dengan bapa tiri aku. Aku penat dengar mereka bergaduh hampir setiap hari. Aku penat? Tahu, penat. Masa itu aku berumur 9 tahun. Aku selalu bertanya kepada omma mengapa dia bergaduh dengan bapa tiri aku tu. Akhirnya, aku bukan dapat jawapan, malah aku ditengkingnya kerana masuk campur.

Aku pasrah masa itu. Ada kemungkinan omma dan bapa tiri aku berpisah. Aku tak suka lah panggil. dia bapa tiri aku. Sebab dia baik. Aku panggil dia ahjussi. Nak tahu sebab apa? Sebab dia suruh aku panggil dia Daddy. Hahaha aku rasa nak mati bila dia suruh aku panggil dia daddy. Jadi, aku tetap berkeras memanggilnya ahjussi. Lagipun, dia bukan bapa kandung aku. Bukan omma saja kahwin baru, appa pun. Aku rindu sangat dekat appa masa itu.

Akhirnya, rumah tangga omma dan ahjussi berakhir dengan penceraian. Begitu juga dengan appa. Tapi aku tidak tahu apa alasan mereka berpisah. Sama ada appa atau omma, aku tak tahu. Kemudian, masa aku berumur 15 tahun, omma beritahu aku yang dia akan berkahwin semula dengan appa. Aku gembira. Yalah, keluarga aku bersatu semula kan? Tapi aku tak suka. Aku mempunyai adik tiri. Sebenarnya dia bukanlah anak kandung appa pun.

Tapi perempuan sial yang kahwin dengan appa tu tidak mahu bertanggungjawab atas anak dia. Mak jenis apa itu? Jadi, ommalah jaga dia sepanjang kami duduk bersama. Nama dia, Choi Wooil. Dia berumur 10 tahun sekarang. Besar dah dia. Mula-mula aku berjumpa dengannya semasa dia berumur 5 tahun. Semasa omma dan appa membawa kami bersiar..dan mereka tidak berkahwin lagi masa itu. Kemudian, lama aku tidak berjumpa dengannya. Semasa dia datang rumah kami, dia berumur 7 tahun. Itulah kali kedua kami berjumpa. Dan sekarang dia manja sangat dengan aku. Kalaulah aku ada adik lelaki kandung macam dia.

"noona? " siapa lagi yang panggil aku noona kan?  Wooil lah. Aku memberi isyarat mengizinkannya masuk. "maaf ganggu noona. Tapi ada orang mahu jumpa noona di luar " aku membuat muka terkejut beruk punya depan dia sampai dia membuat muka yang menyampah sangat kepada aku.
" siapa? Lelaki atau perempuan? "

" lelaki. Oh noona ada boyfriend ya? Cepatnya " dengan pantas aku mengetuk kepalanya. Dasar adik tak guna.

Aku beredar dari bilik itu dan mula keluar dari rumah. Hm, tiada siapa pun. " Wooil, yah kau tipu noona eh? "aku menjerit dari luar tanpa membuka pintu. Ceh, ingat dia dengar ke apa?

A Million Words For YouWhere stories live. Discover now