so this is it, hari pertama ke sekolah selepas tamat cuti. rasa menyesal juga tak meluangkan masa dengan aktiviti lain, selain - baca buku, makan, tidur - seronok jugalah, tak adalah seteruk mana. aku ada setengah jam untuk bersiap ke sekolah. daripada tadi aku berdiri depan cermin ni, aku memakai - sweater hitam, jeans hitam, dan vans lama aku yang warnanya sedikit pudar - well, aku dengar suhu hari ni rendah daripada yang biasa, sejuk gila. aku sedang memikirkan gaya rambut yang hendak dibuat. saat bertukar menjadi minit, masa pun berlalu dengan pantas. sedar atau tidak, aku sudah lambat ke sekolah.
"olivia!" jerit mamaku seraya mengetuk pintu bilikku.
"ya?" jawab aku yang membuka ikatan ponytail.
"daniel dah sampai." aku menoleh kepalaku ke arah jam dinding, jam menunjukkan lagi beberapa minit sebelum pagar sekolah akan ditutup. aku ni sudahlah menumpang, lambat pula tu. aku memutuskan untuk memakai beanie sahaja lalu bergegas ke luar rumah menuju ke daniel.
"sorry--"
"it's okay, let's go. dah lambat sangat ni." jawabnya seraya memakaikan topi keledar untukku. aku membonceng motornya, sebaik sahaja enjin sudah dihidupkan - tanganku pantas melilit badannya yang tegap itu.
lupa pula nak bagitahu, daniel ni satu-satunya kawan lelaki yang aku ada. dia ni typical bad boy - tinggi, kacak, athletic dan sebagainya. kita orang kenal start tahun sophomore, tak sangka pula bertahan sampai last year. kawan-kawan aku semua cemburukan friendship aku dengan dia sebab daniel ni apabila berhadapan dengan perempuan lain dia terus jadi emotionless, heartless.
usai sahaja perjalanan ke sekolah, dia memarkir di ruang parkir motorsikal pelajar. aku melompat turun daripada motornya, aku sedang berusaha untuk membuka topi keledar yang susah ni lantas daniel membantu aku.
"done." katanya sebaik sahaja dia berjaya menolong aku, terukir senyuman di mukanya.
"terima kasih." balasku seraya berjalan masuk ke bangunan sekolah.
aku berlari sebaik sahaja loceng berdering menunjukkan waktu kelas pertama sudah bermula, aku mengambil jalan pintas ke kelas matematik. aku menapak masuk ke dalam kelas dan menghembuskan nafas lega kerana mr baldwin belum masuk ke kelas lagi. aku mengambil tempat duduk di sebelah rakanku, ava, barisan kedua terakhir manakala barisan belakang ialah tempat duduk geng si daniel. kenapa perempuan ni perlu pilih tempat duduk puaka?
aku mula mengelamun apabila ava membuka mulut, menceritakan peristiwa yang berlaku pada hujung minggu yang lepas. pintu kelas diketuk perlahan sebelum dimasuki mr baldwin yang diikuti oleh.. daniel? dia mengangkat sebuah kotak yang dipenuhi kertas, mengerutkan mukanya yang kacak itu.
"woo." sapa rakan-rakannya yang sedang membuat suasana yang riuh rendah.
daniel berjalan menuju ke tempat duduknya sambil menunjukkan jari tengah kepada rakan-rakannya itu.
___
aku terus kembali kepada realiti sebaik sahaja rakanku, camila, menegur, "apa kau cakap tadi?" lately, ni kuat mengelamun. haih.
"aku cakap kau untung."
"aku? untung?" soalku, tidak percaya. camila memandang kepada ava yang berada di sebelah kanannya sebelum mengangguk.
"k--kenapa?" mesti dia sedang bercakap tentang daniel. macamlah aku tak tahu, tapi aku saja nak tanya lagi. dia ni obses dengan daniel daripada fresh year lagi, walaupun dia kena reject banyak kali.
lalu camila melirikkan matanya ke arah daniel yang sedang bersembang dengan rakannya. aku mengeluh dengan senyap.
"camila, berapa banyak kali kita kena--" tiba-tiba terdengar bunyi riuh rendah daripada pintu kafeteria, kami semua mendongak kepala ke arah bunyi itu.
seorang pelajar lelaki berjalan di tengah kafeteria mengarah ke meja daniel. muka yang familiar: oh itu-- patutlah riuh semacam.
"luke." camila menyatakan seraya menyedut air kotaknya. jantungku berdegup kencang melihat mukanya yang kacak itu, dia sedang ketawa semasa menyapa rakan-rakannya termasuk daniel.
luke baru sahaja tamat latihan sukan selama 3 bulan di overseas, kata orang dia mempunyai masa depan yang cerah jadi dia diterbangkan untuk latihan intensif. (A/N: well i just made up this one. so.. faham-faham ajela) gosh, makin hari, makin handsome ni dah kenapa?
"well, jangan pengsan dulu. kita orang yang susah nanti." tambahnya lagi sebelum dia dan ava bergelak sakan. dia orang tahu yang aku dah minat luke ni daripada elementary school lagi, tapi aku je yang tak berani nak confess.
mukaku terus menjadi merah padam apabila luke menangkap aku yang sedang memerhatikannya. aku membetulkan beanie aku yang sedikit senget. aku ternampak daniel yang mukanya agak tidak senang akan kehadiran luke kemudian mata kami bertemu. daniel pun tahu tentang aku minatkan luke ni, katanya obvious sangat.
aku cuba berkomunikasi dengan daniel melalui gerak bibir sahaja, "kau ok?" tanyaku.
dia mengangkat bahu dan senyum kepada aku.
___
this book was going slow for some reasons, ok?
YOU ARE READING
only fools
Teen Fiction"don't be a fool. i love you, i know you feel the same." olivia, average girl yang suka kepada, luke, badboy sekolah. olivia meminta pertolongan daripada rakannya, daniel. eventually, dia harus memilih antara mereka berdua.