sekarang ni waktu physical education. cuba teka aku nampak siapa, luke dengan trish the bitch - that's what i called her - tengah berdua-duaan dalam bilik persalinan, dan jarak mereka hanyalah 2 inci. what the-- aku memang sakit hati gila, well jangan persoalkan.
usai je tukar baju sukan, aku keluar daripada bilik persalinan dengan jalan menghentak kaki saja nak kacau. aku berdiri di sudut court bola keranjang - tangan bersilang, kening berkerut, mengeluh.
"liv!" aku terdengar suara ava menjerit namaku.
aku pusing ke belakang ke arahnya, "apa--"
bam! sebiji bola yang pantas menuju ke arah perutku membuatkan aku terduduk. aku mengusap perut dengan perlahan-lahan, mengerang kesakitan.
"oh my-- liv!" kata ava dengan cemas, diikuti dengan camila. dia orang hulurkan tangan, aku cuba untuk bangun tapi tak boleh sebab sakit sangat.
kemudian muncul seseorang--daniel. dia cuba menolong tetapi tak berhasil juga. jadi dia terus mendukung aku, meninggalkan camila yang tercengang di belakang. aku merasakan semua mata ke arah kami, malu gila.
dia membawa aku masuk ke stor sukan, meletakkan aku di lantai yang berhabuk. aku bersandar di dinding, "kau buat apa ni?"
"duh, tolong kaulah." jawabnya sebelum keluar daripada stor kemudian kembali dengan sepaket ais. dia meletakkan ais itu di perut aku membuatkan aku mengetap gigiku kerana terlampau sejuk.
dia turut sertai aku menyandar di dinding. aku ucap terima kasih kepadanya tetapi dia diam sahaja. beberapa minit kemudian dia menutup mukanya dengan tangan, suasana menjadi semakin senyap.
aku baru je nak bangun, keluar daripada tempat berhabuk ni tapi terhenti, tangan daniel menarik lenganku dengan lembut.
"teman aku boleh?" aku mengangguk tanpa ragu.
aku tak nak suasana jadi lebih awkward, so aku bercadang untuk memulakan perbualan, "kau ok?"
"ok-- tak-- ugh, aku tak tahu." jawab daniel, mengeluh dengan kuat. kenapa dengan dia ni? frustrated semacam je sejak kebelakangan ni.
"kau boleh cerita--"
kemudian dia menjerit di muka aku, "kau jangan menyibuk boleh tak?!"
aku terus menganjakkan tempat duduk aku sedikit kebelakang, takut ditengking lagi. aku bermain dengan jari jemari, tidak selesa akan suasana yang tegang ni.
"s--sorry."
"tak apa." senyuman kecil terukir di mukanya. dia macam nak cakap sesuatu tadi tetapi diam semula. kalau dia perlukan masa untuk beranikan diri, tak apa aku boleh tunggu.
"aku gagal test yang lepas dan benda tu buatkan aku stress. so--" aku mengangkat kening terhadap dia yang berhenti daripada bercakap sebelum menyambung,
"i need your help in math, boleh jadi tutor aku tak?" mata aku membuntang sebaik sahaja soalan ni keluar daripada mulut dia. dia ni sihat ke tidak?
"ugh--" kataku, teragak-agak. menyambung semula,
"ok then." dia tergelak kecil, how cute.
"dengan satu syarat." dia mengeluh dengan kuat membuatkan aku terhibur.
"apa?"
"tolong aku pikat luke." kali ni dia pula yang terkejut. aku tersalah cakap ke?
"no way, kau bunyi macam psychopath." katanya dengan selamba sebelum gelak dengan kuat.
aku menjelingkan mata kepada dia membuatkan dia terus terdiam untuk beberapa minit sebelum bersetuju,
"seriously?" daniel mengangguk.
kemudian, pintu dibuka dengan kuat - luke. "dekat sini rupanya." kata luke kepada daniel, dia sedang bersandar di pintu sambil tersenyum nakal. aku memandang kepada daniel sebelum beredar daripada situ.
kemudian, telefon bimbit aku berdering tanda ada mesej yang masuk. aku mencapainya daripada poket seluar dan melihat mesej yang terpapar di skrin telefon,
datang rumah aku pukul 04:00 petang, ok? - d

ANDA SEDANG MEMBACA
only fools
Novela Juvenil"don't be a fool. i love you, i know you feel the same." olivia, average girl yang suka kepada, luke, badboy sekolah. olivia meminta pertolongan daripada rakannya, daniel. eventually, dia harus memilih antara mereka berdua.