"Kakak, ayah nak tanya"
"Ya Ayah?"
"Mana anak ayah?"
Bingung, Terdiam.
"Depan ayah ni kan anak ayah? Ayah cari anak yang mana?"
"Ni bukan anak ayah. Ayah dah tak kenal siapa depan ayah ni.Mana anak ayah yang ada bila ayah panggil? Mana anak ayah yang dulu tak pernah berlawan lidah dengan ayah? Mana anak ayah yang selalu menghiburkan ayah? Mana anak ayah yang selalu tersenyum?"
Mengalir air mata.
"Dia? Mungkin sudah mati ayah, terlampau penat menghadap dunia yang kejam yang selalu menikam, menghina,menghentam."
"Ayah rindu."
"Maaf ayah. Kakak juga rindu dia ') Maafkan akak kerana dia dah tak mampu kembali."