Part 27

805 40 5
                                    

" Balqis!"

Aku jatuh terduduk betul-betul depan kereta. Sikit lagi je nak kena. Mujur driver kereta tu sempat brek. Aku pula memang betul-betul terkejut. Lutut aku dah lemah dan terketar-ketar. Tak hilang dari kejutan ni lagi. Ya Allah. Terima kasih kerana lindungi aku.

" Qis! Awak okay ke?"

Hazim meluru mendekati aku. Cemas reaksinya saat ini. Aku Cuma angguk dengan debaran yang menggila.

" Sa...saya okay."

Aku cuba cari nafas aku kembali. Kejap tarik nafas dalam, kejap hembus perlahan. Aku buat sampai aku rasa agak tenang. Barulah aku bangun perlahan-lahan berhadapan dengan Hazim.

" Cik? Cik okay ke? Maaf saya tak perasan tadi."

Muncul driver kereta tadi meminta maaf. Aku tersenyum nipis.

" Okay. Saya pun minta maaf sebab tak tengok kiri kanan dulu."

Selepas meminta maaf dan selesai, barulah driver tadi gerak balik. Aku pula masih berdiri di sisi Hazim.

" Betul ni awak okay? Muka awak nampak pucat. Nak saya hantar ke klinik?"

Pantas aku menggelengkan kepala.

" Tak ada yang cedera. Saya okay je ni. Jangan risau. Thanks sebab tolong saya tadi."

" It's okay. Betul ni okay?"

" Ye. saya okay. saya balik dulu ye."

Kali ni aku jalan dengan penuh berhati-hati. Mata pula tengok kiri kanan. Takut kejadian sama berulang kembali. Walaupun jalan kampung tapi banyak kereta lalu lalang. Ada yang bawa laju tak fikir orang sekeliling. Buat macam jalan di lebuh raya. That's why tetap kena hati-hati walau di mana pun kita berada.

Mujur rumah tak jauh dari tempat aku tadi. Sebab aku dah mula rasa pening. Maybe kesan dari rasa terkejut tadi. Bila dah sampai dekat pangkin rumah, terus aku duduk dan baring di situ. Pejam mata dan cuba hilangkan rasa pening tadi. Ya Allah. Terima kasih.

" Akak?"

Aku buka mata dan nampak wajah tertanya-tanya Bad. Dia duduk di sebelah aku sambil tengok aku dengan reaksi pelik.

" Akak okay ke tak ni? Muka nampak pucat."

Aku Cuma tersenyum dan kembali memejamkan mata. Rasa selesa tidur mengiring macam ni. Rasa nak muntah dan pitam tadi pun rasa okay sikit.

" Okay. Cuma nak rehat kejap." Nafiku dan tidak hiraukan dia.

" Tapi muka akak nampak pucat lah."

Aku diam. Tiada rasa nak bercakap. Aku rasa letih tiba-tiba.

" By the way, Bad ada dengar telefon akak bunyi tadi. Bad lalu depan bilik akak. Terdengar bunyi telefon. Lagipun akak tak tutup pintu bilik."

Aku Cuma angguk perlahan. Biarlah siapa pun yang telefon. Malas nak ambil tahu.

" Akak nak panadol ke? Minyak sapu ke? Akak tak okay ni."

Aku buka mata dan tengok Bad sekilas.

" Boleh juga. Tolong akak. Nak minyak cap kapak. Panadol tak payah lah."

" Okay. kejap."

Aku kembali tutup mata. Rasa nak tidur je. Baik aku masuk dalam. Aku pun buka mata dan bangun duduk. Rasa pening masih ada. Tapi tak teruk. Tak la rasa berpusing. Cuma loya je la. Perlahan-lahan aku turun dari pangkin rumah dan menuju masuk ke dalam rumah.

" Eh akak!"

Aku masuk dan rasa ingin rebah. Mujur Bad sempat raih aku punya bahu. Kalau tak dah terjatuh. Dia dudukkan aku di sofa. Aku pun baringkan tubuh aku dekat situ. Tudung dibuka dan diletakkan di tepi.

You Are The ReasonWhere stories live. Discover now