Part 30

765 22 1
                                    

" Naim! Naim!"

Aku tersentak apabila aku tengah berdiri tengah jalan tengah-tengah malam macam ni. Tapi yang peliknya orang yang lalu lalang macam tak nampak aku. Macam aku ni tak wujud je. Aku dekat mana ni?

" Naim! Tunggu!"

Naim?Perempuan tu panggil nama Naim. Aku terus kejar perempuan tu. Dan dari jauh nampak Naim dengan Hairul tengah berbual. Bila nampak perempuan depan aku ni terus Hairul gerak masuk ke dalam kereta.

" Kau nak apa?" Dingin je Naim menyoal.

Aku sekarang ni berada di depan mereka berdua. Dan yang pelik aku ni macam halimunan.

" Awak!" Aku cuba panggil Naim. Tapi dia tak pandang aku sikit pun. Aku tengok sekeliling.

Jangan cakap aku tengah bermimpi.

" Naim. Please. Maafkan I. I tak sengaja. You tahu kan I Cuma suka you."

Jantung aku bagai nak berhenti berdegup saat dengar pengakuan perempuan tu. Apa ni?

" And benda tu pun tak ada kaitan dengan aku pun. Ikut suka kau la nak ada affair dengan sesiapa pun. Ada aku kisah ke? Tolong lah Yuri. Aku dah berkahwin. Aku sayangkan isteri aku lebih dari diri aku sendiri. Please!"

Aku terkedu. Naim dah kahwin? Dengan aku ke? Tiba-tiba terasa terharu.

" I don't care! I boleh jadi kedua. I tak kisah."

Rasa nak lempang pula muka perempuan ni.

" But aku kisah! Baliklah Yuri!"

Naim pun terus masuk ke dalam kereta dan biarkan Yuri bersendirian. Aku pula masih kaku tengok Yuri ni dengan tangisan kecilnya. Kemudian dia tarik senyuman sinis.

" Kau tunggu Naim! Kau takkan aman! Aku takkan biarkan kau bahagia dengan isteri kau!"

Tersentak hati aku saat dia berkata macam tu. Sekali gus aku terus tersedar daripada lena yang panjang.

Astaghfirullah. Apakah makna mimpi ni? Ya Allah. Jauhkan lah kami berdua dari sebarang hasutan syaitan.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku kerling jam. 12 tengah malam. Aku tengok nama di skrin. Naim? Dengan pantas aku jawab.

" Hello."

" Dah tidur ke?"

" Tersedar. Kenapa awak?"

" Saja call. Rindu."

Aku terdiam. Teringat mimpi tadi. Siapa perempuan tu Naim? Kenapa dia simpan dendam dekat awak? Sebab awak tolak cinta dia je ke?

" Alisha?"

" Ha ya. Sorry."

" Minggu depan saya balik kampung kita jumpa."

Aku tersenyum nipis.

" Awak dah lupa ke? Kita dilarang berjumpa selalu sebab darah tengah manis."

Sebab mak dan ayah dah larang kami berdua berjumpa selalu kecuali hal penting. Yela. Sebulan je lagi majlis pernikahan kami berdua. Cepat kan? Kah! Naim punya fasal.

" Ala. Jumpa kejap je. Lagipun nak pergi butik pengantin lagi kan?"

" Ada je alasan dia. Yela. By the way Naim. Can I ask you something?"

" Sure. Tanya apa?"

Aku gigit bibir. Patut ke tak aku tanya erk?

" Dekat syarikat awak tu ada tak perempuan yang tergila-gilakan awak?"

You Are The ReasonWhere stories live. Discover now