SIAPAKAH BUDAK LELAKI ITU?

291 19 4
                                    

Tabahkan hati, lapangkan minda dan teruskan membaca sampai habis.

Nama aku Busu. Umur aku sekarang dah lanjut dah, 60 tahun. Aku baru kematian isteri. Sebab aku bosanlah aku nak share satu cerita masa aku baru menginjakan kaki masuk sekolah menengah. Tu pun berpuluh tahun yang lalu dan kisah ini masih menghantui aku hingga saat ini. Aku cerita story ni pun sebab aku tak sedap hati. Kalau aku tak cerita kat korang, aku serba salah pula. Jadi...dengarlah cerita seram dari aku...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 80 an. Masa tu aku baru masuk tingkatan satu dan mendaftar ke Sekolah Berasrama Penuh******. (Maaf nama sekolah terpaksa aku rahsiakan, aku tak nak burukkan nama sekolah tu)

Kata senior, ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam loker supaya tidak dapat di kesan oleh warden. Dia mati dalam loker tu, katanya. Tapi kitorang tidak pula diberitahu bilik yang mana satu masa kejadian itu berlaku.

Dipendekkan cerita, hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Jadi, kami berempat, Kitut, Libung, Brinau dan aku, yang berada di dalam bilik asrama berkenaan sibuk mengemas barang baju nak balik kampung.

Sedang kami sibuk mengemas..

"Hei busu, ko tau lagi ka pasal cerita
pelajar yang mati dalam loker tu? Senior tu ada cerita sampai habis ka sama kau?" , kitut bertanya pada aku dengan pelat baku sabahannya.

Aku yang tengah membongkokkan badan, menyumbat masuk pakaian aku ke dalam beg. Aku memalingkan kepala kearah kitut. Dengan endah tak endah aku menjawab pertanyaannya.

"Ya, ada. Dia kasi cerita sampai habis.
Pastu dia cakap, yang mati tu...
Tinggal dalam bilik yang kita duduki sekarang ni". Usik aku berseloroh sambil mata aku bulatkan memandang si kitut.

Si Kitut tiba-tiba meloncat atas katil dan menjerit.

"Mak aiiii! Basarnya tikus mondok!", Dia meludah ke arah tikus itu yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba saja muncul dari belakang loker yang terkunci rapat.

"Oh sial! Dari mana datang ni?!", Aku pula terloncat naik ke atas katil sambil tanganku mengibas-kibas baju ke arah tikus itu.

"Shuuu-shuuu!" suara kami berempat menghalau tikus itu lagi.

"Pengotor la kau ni, Kitut! Halau guna baju kau tu lah! bukan meludah! Bodoh! Hissshhh!", Tengking Brinau yang sememangnya mulut longkang diantara kami berempat.

"Oi Libung yang kau dari tadi menengok saja, apa pasal?! Ambik beg besar kau tu! Baling dekat tikus babi tu, cilaka betul!" Marah Brinau lagi sambil dia menggoncang goncangkan katilnya ingin menakut-nakutkan tikus itu yang masih berada di dalam bilik mereka.

"Cit cit cit cit!"
Kucar kacir tikus itu berlarian kesana kemari dek ketakutan oleh suara kami yang terpekik terlolong didalam bilik asrama.

"Lahabau engkau! Lahanat betul le! Oi Kitut! Buka le pintu tu, patutlah
tikus tu tak keluar keluar, pintu kau tutup rapat!" Tengking Brinau dengan slang nogorinya.

"Ayeeee!"Katanya sambil melantunkan badan di tepi dinding berhampiran dengan pintu dengan mudah dia mencapai tombol pintu lalu membuka pintu itu luas luas.

"Shuuuuuu shuuu!"

Kerana ketakutan yang teramat sangat, tikus itu tercirit di celah-celah helaian baju yang di buang oleh mereka untuk menghalaunya keluar tadi.

"Aduiii baju kesayangan aku!" Brinau mendengus marah pabila terlihat akan bajunya yang terlentang di bawah lantai telah dicirit oleh si tikus.

"Sial!" Pekiknya lagi lalu terjun di bawah katil dan mencapai bajunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Seram Dari Aku. (COMPLETED) Where stories live. Discover now