SEBELAS

44 0 0
                                    

             Datin Zaleha melangkah dengan senyuman sebaik melihat persekitaran syarikat yang kelihatan sibuk. Ketibaannya tidak pula dirancang. Entah apa yang menggerakkan hatinya untuk berada di situ. Jelas kehadiran wanita itu amat disenangi pekerja-pekerjanya.

"Selamat tengahari Datin."

Sapa masing-masing melebarkan senyuman memandang wanita tersebut melangkah penuh yakin.

"Selamat tengahari." balas Datin Zaleha kembali senyum.

Kelihatan mesra dan hormat sambutan pekerja di situ meskipun sudah agak lama dia tidak bertandang ke situ. Dari jauh senyuman secretary anaknya Lutfi sudah jelas di pandang.

"Selamat tengahari datin. Boleh saya bantu?" soal Yati ramah mengukir senyuman.

"Selamat tengahari. Ahmad Lutfi ada?" jawab Datin Zaleha dengan pertanyaan kembali.

"Maaf datin, Encik Lutfi meeting dekat luar. Mungkin sekejap lagi dia balik. Ada apa-apa yang perlu saya bantu?"

Yati berjalan seiring dengan wanita itu menuju ke bilik office. Lembut suaranya menanyakan wanita itu lagi.

"Buat masa ni, tak ada apa-apa. Tapi, kalau Ahmad Lutfi balik, katakan saya nak jumpa. Hal penting. Suruh dia masuk dalam bilik ni." beritahu Datin Zaleha ringkas. Yati mengangguk tanda faham.

"Baik datin. Sebelum tu, datin nak saya bancuhkan apa-apa air? Tea or coffee?"

"No, thank you." wanita itu menolak berlalu dengan senyuman.

"Saya keluar dulu. Kalau datin perlukan apa-apa nanti, boleh panggil saya." kata Yati sambil meletakkan sekeping fail di atas meja.

Dia mengatur langkah apabila melihat majikannya sedang memerhatikan persekitaran bilik tersebut. Tombol pintu bilik ditarik perlahan meninggalkan majikannya sendiri.

Sejak ketiadaan suaminya, Datin Zaleha agak jarang berada di situ. Namun perkembangan syarikat tidak pula diabaikan setelah Lutfi mengambil alih semuanya. Ahmad Lazim, tanda nama yang masih tertera atas meja tiada sedikit pun cacat celanya. Bingkai gambar yang tergantung masih lagi menjadi perhisasan. Terlalu banyak kenangan yang menyentuh perasaannya apabila kembali melihat sekitar bilik itu. Hatinya sayu seketika.

Lima tahun sebelumnya.....

Membina sebuah kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk membuktikan pada dirinya sendiri bagi membina sebuah legasi untuk keluarga. Itulah kata-kata yang di pegang seorang lelaki.

"Senyuman yang penuh makna. Ada apa-apa yang Zal perlu tahu?" tegur Datin Zaleha dengan pertanyaan. Secawan kopi perlahan di letak atas meja.

Hanya senyuman yang terlihat. Terpancar satu sinar bahagia dengan pantas tangan si isteri diraih.

"Zal, terima kasih sebab selama ni begitu sabar bersama abang sehingga berjaya ke tahap ni. Abang bangga dengan Zal membesarkan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang. Apa yang abang mahukan selama ni akhirnya tercapai juga. Inilah bukti cinta abang pada Zal dan anak-anak kita. Sekarang ni abang hanya menunggu masa untuk mereka jejak kan kaki ke sini sama-sama bangunkan syarikat kita. Abang harap anak-anak kita akan meneruskan legasi syarikat ni walaupun abang dah tiada nanti." ucap Dato' Ahmad Lazim lembut. Dalam renungan lelaki itu ke anak mata isterinya.

Datin Zaleha terharu. Terharu mendengar pengakuan jujur suaminya

"Zal pun berterima kasih juga dengan abang, kerana masih setia pada Zal. Maaf jika Zal bukan isteri yang sempurna untuk abang. Tak ternilai semua ni jika dibandingkan dengan kasih sayang abang pada Zal dan anak-anak selama ni. Zal bertuah sebab abang hargai pengorbanan Zal hingga ke saat ini. Terima kasih abang." balas Datin Zaleha memeluk suaminya erat.

Air yang bertakung di pelupuk mata dikawal sehabis mungkin agar tidak menitis. Datin Zaleha didakap penuh kasih sayang oleh suami tercinta. Tapi sayang, bahagia yang dimiliki tidak lama. Namun rasa syukur dengan apa dimilikinya hari ini, meskipun berat kepalanya memikul bebanan tanpa seorang suami. Itu tidak sekali akan mematahkan semangat wanita ini untuk meneruskan impian suaminya.

"Call bos you sekarang." tas tangan dihempas kuat.

Yati terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang reaksi seorang wanita muncul tiba-tiba. Siapa lagi kalau bukan Rania.

"Tapi Cik Rania....... Yati tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Tapi apa? Call dia sekarang. I tak peduli jari you nak patah sekali call dia sampai dapat.Tengok apa? Lembab." tempik Rania dengan wajah bengis.

Suara Rania yang kuat membuatkan Yati tersentak. Diherdik seperti orang gaji pula gayanya. Hatinya dipujuk agar bersabar tatkala terpaksa berdepan dengan beruang lapar. Elok-elok time ni aku nak pergi lunch, sudahnya makan hati nak menghadap perempuan gedik ni. Dengus Yati geram. Butang telifon di tekan-tekan gaya terpaksa. Menggelegak otaknya menunggu sebarang jawapan dari nombor yang di dail masih juga tidak berjawab.

Jika tidak difikirkan Rania itu teman wanita kepada majikannya, sudah tentu adegan panas akan berlaku dalam office tersebut. Dia cuba mencari kekuatan menenangkan dirinya seketika. Mukanya berpaling, malas memandang wajah beruang lapar yang ada dihadapannya itu. Semakin dipandang serasa mahu saja dia mencampakkan fail ke muka Rania.

"Ishh... kenapa susah sangat nak jawab? Voice mail, voice mail urghh....Mana dia pergi ni?" dengus Rania tanpa rasa malu menghentak-hentak kaki.

Gedik, berlagak bagus. Kebetulan pekerja dalam office sudah keluar lunch. Jika tidak terbeliak mata masing-masing melihat tingkah laku Rania yang dikira cukup biadap itu. Siapa yang tak kenal Rania dengan mulut celupar dan perangai gedik dia tu. Kalau datang ke office, ada saja yang dia tak puas hati. Ini tak betul lah, itu tak cantik lah, gayanya macam bapak dia punya office pulak. Silap-silap siapa yang berani tentang akan kemahuannya, pasti orang itu akan menjadi mangsa di buang kerja. Siapa lagi kalau bukan Encik Lutfi yang bulat-bulat percaya dengan cakap teman wanitanya.

"Jawab?" soal Rania kuat.

Yati sekadar menggeleng malas untuk bersuara. Jari-jarinya masih cuba mendail lagi.

"Hei, apa masalah you ni? Kenapa tak inform dengan bos you awal-awal yang I nak datang sini? Kan I dah bagitahu semalam. Tak gunalah kerja dekat sini setakat makan gaji buta tapi semua benda tak tahu. You memang sengajakan." biadap ayat Rania melepaskan amarahnya.

Rania yang masih tidak perasan yang dia sedang diperhatikan di muka pintu, masih boleh melepaskan makian terhadap Yati.

"RANIAA...!" tempik Datin Zaleha.

Tersentak memandang. Bulat mata Datin Zaleha menahan geram sambil merenung tajam pada wajah perempuan yang cuba merosakkan masa depan anak lelakinya. Hatinya dipaut rasa benci tatkala mendengar kata-kata biadap serta makian Rania tadi. Ternyata bunyi bising tadi rupa-rupanya dia terpaksa berhadapan dengan situasi itu.

 Ternyata bunyi bising tadi rupa-rupanya dia terpaksa berhadapan dengan situasi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PENGGARI HATI MR. EGO (Complete)Where stories live. Discover now