ENAM BELAS

16 2 0
                                    

                    Lutfi memandu dalam keadaan yang sedikit teruja. Terasa tidak sabar sekali dia ingin bertemu si kekasih hati. Dari rancangan awal, dia ingin sekali memberitahu Rania. Tapi Lutfi berubah angin untuk memberi sedikit kejutan.

Sekilas dia menoleh pada jambangan bunga yang masih sempat dibeli bersama dengan kotak hadiah yang dibalut kemas. Cincin berlian di sentuh lembut dengan jari jemari. Senyumannya bagai tidak mampu dikawal lagi. Lamaran kali ini pastinya menjadi. Jadi tidak perlulah dia berkahwin dengan perempuan yang belum tentu kenal asal usulnya.

Sebaik tiba di perkarangan parkir kereta, hati Lutfi tergerak untuk menghubungi Rania. Sengaja dia berbuat demikian untuk mengusik. Lima kali nombor sama dihubungi masih juga tidak dapat di berjawab. Hanya pesanan peti suara. Lutfi mula risau. Kereta Rania dilihat ada di parkir apartment. Kerana teringat sesuatu, sekali lagi panggilan dibuat.

"Hello Nisha," suara Lutfi menyapa.

"Hello." sambut Nisha lembut.

"Hai Nisha, it's me. Remember that?" ujar Lutfi berteka-teki.

Nisha tersentak. Suara itu cuba mengingatkan kembali dia pada seseorang. Selang beberapa saat terdiam.

"Are you Lutfi?" soal Nisha inginkan kepastian.

"Yes, I am." jawab Lutfi.

Tepat tekaan Nisha. Yang jelas wanita itu teruja seolah suara yang berbalas sedang berada di hadapannya.

"What surprise, of cause I remember. Actualy, lama kita tak jumpa.Apa mimpi you call I malam-malam ni. Tak takut Rania marah?" soal Nisha lagi.

"Sorry, ganggu you malam-malam ni. Rania ada? I call dia banyak kali tak jawab. Kalau ikutkan jadual hari ni dia rest." ujar Lutfi meneka.

"Ya, hari ni dia rest tapi I tak pasti dia pergi mana. Dia ada cakap dengan I, yang dia nak rest dua tiga hari ni. Dia kata tak sedap badan, macam nak demam. Lagipun show dah habis dua hari lepas." beritahu Nisha.

"What? Show dah habis dua hari lepas? Tapi dia cakap dengan I, show baru nak start minggu depan. So, I think maybe she busy right now. And now you tell me the show it's over. Mana satu yang betul ni? Or, it's something happen with her?' Lutfi terkejut.

Kata-kata Nisha sedikit sebanyak mula menambah kerisauan dalam hati. Rasa keliru dan pelik seakan bertindih dengan apa yang didengarnya tadi.

"You ni percaya sangat cakap Rania tu. Kalau I cakap jangan you kata I sengaja nak ada-adakan cerita pula. I pun sibuk macam dia tapi pasal jadual, I rasa I tak pernah lupa. Memang betul show dah habis dua hari lepas. And more thing, Rania kata minggu depan dia nak ke US. Itu pun last-last minute dia bagitau I yang dia dapat peluang untuk back up model majalah dekat sana. Itu saja yang dia bagitau I sebelum dia ambil cuti." jelas Nisha satu persatu.

US ? Desis hati Lutfi tergamam. Dia tersandar pada badan keretanya lalu memicit-micit kepalanya sedikit. Semakin tidak senang jadinya dengan berita yang diberitahu oleh Nisha itu. Patutlah dia menolak rancangan untuk bernikah. Namun Lutfi masih tidak pasti untuk membuat kesimpulan.

"Fi, everything ok?" soal Nisha merasakan ada sesuatu tidak kena.

"Yes fine." lambat Lutfi menjawab.

"Beruntungkan Rania dapat teman lelaki baik macam you. Ada kerjaya, rajin, kacak and you have special package different that other guys yang I pernah kenal sebelum ni. I harap Rania pandai nak menilai kasih sayang you selama ni. Dan Rania patut bangga dapat teman lelaki macam you. Apa-apa pun I akan doa kan yang terbaik untuk you dengan Rania." ucap Nisha cuba mengawal suaranya yang kedengaran sedikit simpati terhadap Lutfi.

PENGGARI HATI MR. EGO (Complete)Where stories live. Discover now