" apa yang?.. "
Suga memandang sekitar tubuhnya yang semakin hilang terbawa asap . Asap asap jernih membawanya ke suatu tempat yang dingin .Suga tergumam . Dia amat terkejut melihat kejadian sebentar tadi . Tidak pernah walau sekali pun berlaku di dalam hidupnya sebagai ' dokkaebi '
Jihyo terkejut . Seperti tidak menyangka apa yang baru berlaku namun dia hanya diam kerana perkara sebegini kerap berlaku ke atasnya iaitu ' bertembung dengan hantu '
Jihyo memandang anak mata Suga . Sedikit sebanyak membuatkan dia gusar kerana kemunculan Suga begitu mempesonakan dan tidak pernah berlaku ke atas hantu atau roh lain yang sering meminta bantuannya .
Suga dan Jihyo berdiam diri . Disebabkan perbezaan ketinggian yang tidak setara , Jihyo akur untuk memandang Suga secara mendongak walaupun lelah pada tengkuk hanya Tuhan saja tahu .
" awak ... apa yang awak buat dekat sini ? " walaupun tersipu , Jihyo cekal memberanikan diri bertanya soalan kepada Suga
" Macam mana awak buat ? "
Jihyo mengerutkan dahi di atas pertanyaan Suga .
" Apa yang awak mengarut ni ? "
Setapak ke hadapan Jihyo , meninggalkan jarak hanya 6cm wajah mereka , hembusan nafas Suga yang hangat boleh dirasakan pada kulit Pipi Jihyo yang tipis .
" Macam mana awak panggil saya ? "
Suga tidak senyum , juga tidak marah . Dia hanya serius dan tegas . Dia benar benar ingin tahu apa puncanya kemunculan asap tadi hingga menyebabkan dia berpijak di atas tanah yang begitu jauh dari rumah agamnya" Saya rasa pakcik ni dah salah faham . Saya baru lepas sambut hari - .. maksud saya .. cuma makan angin dekat sini " Sedikit janggal , Jihyo menapak kebelakang cuma menjarakkan diri
Suga tersenyum melihat karenah Jihyo .
" Nama saya Jihyo . Song Ji Hyo "
Jihyo menghulurkan tangan ,Suga hanya memandang tangan tersebut sehingga perlahan lahan di tarik kembali pada Jihyo
" Maafkan saya kalau saya tersilap . Saya harap saya tak mengganggu awak " Suga membalas kata kata Jihyo sebelum dia mula menapak pergi dari tempat tersebut .
" ahjushhi (pakcik) !! Chakkaman ( wait ) " Jihyo berlari anak mendapatkan Suga .
Suga memandang wajah Jihyo .
" harini hari jadi saya .. .....
Saya nampak awak pegang sejambak bunga .. "
Jihyo tersipu malu .
Suga memandang dan mengerutkan dahi di atas kata kata Jihyo .
" kalau ahjusshi tak keberatan . Berilah saya bunga tu . Sebagai tanda hadiah daripada ahjusshi "
Sekali lagi sikap Jihyo yang tidak menentu membuatkan Suga gusar san tertawa di dalam hati .
" awak tak pernah terima hadiah setiap hari jadi awak ? "
" pernah .. dan majoritinya saya dapat sayur sayuran segar .. "
Balas JihyoSuga sedikit tersentak namun pantas sahaja dia menutupnya dengan wajah yang serius .
" Bunga ni .. bererti kekasih .. dan saya rasa awak pun tak berminat - "
" Saya tahu bunga tu maksudnya kekasih . Sebab tu saya nak sangat . "
Jihyo tersenyum . Suga memejamkan mata seketika sebelum menghulurkan jambak bunga tersebut pada Jihyo .
" Gomawo .. "
Setelah lama membelek bunga tersebut , Jihyo perasan bahawa Suga masih berada disitu memerhatikan gelagat Jihyo .
" so .. saya harap ni bukan kali terakhir saya berjumpa dengan awak .. "
" awak akan rasa takut kalau menemui saya lagi lepas ni "
Pantas suga membalas kenyataan Jihyo" Awak tak boleh rasa macam tu . Oklah , saya balik dulu . Again , thanks for this flowers , its so lovely , cant wait to put it in ma room " Jihyo tersenyum dan berlalu pergi
" ahjushhi . Saya percaya kita akan jumpa lagi nanti . Annyeong " Jihyo hanya melambaikan tangan pada Suga
' he is really a cold handsome guy ' gumamnya dalam hati .
Suga hanya memandang Jihyo berlalu pergi sebelum dia juga turut menghilangkan diri kembali ke rumah agam nya .
-
" ahjusshi , ahjusshi pergi mana tadi ??, saya pusing pusing cari ahjusshi sampailah ke bandar " V yang sedang ralit menonton televisyen cuba menyapa Suga yang baru sahaja muncul secara tiba tiba di ruang tamu
" tipu dosa , masuk neraka . Cepat sikit balik rumah , datuk kamu tengah tunggu di pejabat . Tau kotorkan rumah je , cubalah buat benda baik sikit " seraya itu Suga berlalu pergi masuk ke dalam biliknya .
" apa masalah ahjushhi .. haih .. woman materials lettchew . Apa apa jelah " Seperti tiada apa yang berlaku V meneruskan menonton rancangan kegemarannya .
Di dalam bilik Suga . Dia masih teringat akan senyuman manis Jihyo serta misteri kemunculan dirinya secara tiba tiba dihadapan gadis tersebut
' Takkanlah Jihyo tu pengantin Aku ? . Jikalau benar , sudah tentu dia terkejut lepas nampak pedang dekat dada aku ? , mwoya ? Apa semua ni ? '
Suga berkata di dalam hati .
Umum mengetahui bahawa Dokkaebi ( goblin ) dibangkitkan dari kematiannya untuk mencari pengantin di riwayat ini agar segala dosa nya boleh terhapus dan dia boleh kembali hidup tenang di alam kematian .
Itulah sebab Suga dibangkitkan semula , sekaligus untuk membayar kembali segala dosa yang telah dilakukan di kehidupan lepas . Tujuannya adalah untuk mencari pengantin wanita yang hanya pengantin itu sahaja boleh melihat pedang serta menariknya keluar bersama sama penderitaan yang Suga genggam selama ini .
Akan tetapi .. Jihyo seperti tidak melihat pedang tersebut . Suga menghembuskan nafas lega , dan bersyukur kerana dia masih boleh meneruskan hidup .
Tbc
YOU ARE READING
GOBLIN
RomanceSuga ataupun Goblin merupakan abang kepada Sunhee dimana dia perlu mencari pengantin wanitanya untuk dicintai . Dia yang tidak pernah merasa apa itu kasih sayang terhadap individu yang dipanggil wanita walaupun umurnya sudah mencecah 989 tahun . Jih...