Bab 1

12 2 0
                                    

Pada waktu pagi yang cerah dan indah, Farah menghirup udara yang segar di hadapan rumah sambil menyiram pokok bunganya. Sambil itu dia termenung memikirkan keadaan ibu ayahnya yang berada di kampung. Tiba-tiba Farah terkejut kerana ade sebuah kereta kancil berwarna kuning lalu di hadapan rumahnya dengan laju disertai bunyi ekzos yang kuat.

"Eee masalah betulah kereta tu. Kereta kancil, tapi bunyi macam helikopter." Marah Farah kerana terkejut.

Tiba-tiba kereta kancil tadi berundur dan berhenti di hadapan rumah Farah.

"Assalamualaikum , tumpang tanya nombor rumah 15 dekat mana ya?" Tanya seorang lelaki yang berkaca mata hitam dan bekulit kuning langsat.

Farah terpaku kerana kereta kancil tadi dipenuhi dengan empat orang lelaki termasuk lelaki tadi dan dalam kereta tersebut dipenuhi dengan box-box berwarna putih.

"Hello....hello...." sapa lelaki tersebut sambil melambai-lambai tangan kepada Farah.

"Oh, Waalaikumussalam nombor rumah 15 sebelah rumah saya ni haaa." Jawap Farah dengan laju.

"Ok terima kasih ya. Saya Fazlan umur 26. Asal Kedah. Harap dapat beri kerjasama ya selepas kita berjiran ni. Nah ambillah ni hadiah untuk awak" sapa Fazlan sambil menghulurkan sebuah beg plastik hitam kepada Farah.

"Sama-sama" jawab Farah.
Tiba-tiba Farah menjerit sambil mencampak beg plastik hitam tadi ke dalam longkang.

"Hahahahahahahahah"
Empat orang lelaki dalam kereta kancil itu ketawa terbahak-bahak sambil menghidupkan enjin keretanya dan segera meletakkan keretanya di garaj rumah barunya.

Farah bergesa masuk dengan perasaan sangat marah dan malu.

"Farah, ada apa bising-bising kat luar tadi?" Tanya Azlin iaitu rakan serumahnya.

"Aku geram gila dengan jiran baru sebelah rumah kita ni haa. Ada dia cakap lepas berjiran tolong bagi kerjasama, tapi belum berjiran lagi dia dah bagi aku cacing satu beg plastik. Haihhh geram je aku. Banyak-banyak benda kenapalah perlu cacing" Marah Farah sambil membebel.

"Eh Farah kau rilex lah, aku dengar cerita jiran baru kita tu budak satu kolej dengan kita juga. Kalau tak puas hati esok kita selesaikan masalah tadi dekat kolej esok" Jawab Ainul iaitu kawan serumahnya. Ainul juga merupakan kawan Farah yang paling garang dan tegas.

"Haah lah, aku pun dengar cerita juga. Diorang tu budak-budak kaki mancing. Mungkin diorang saja kot kacau kau. Orang macam tu biasanya nak kawan " Jawab Zulaikha kawan serumahnya juga.
"Hmm apa apalah." Jawab Farah dengan malas.

Pada waktu petang. Farah dan rakannya duduk di bangku di luar rumahnya sambil minum air oren.

Tiba-tiba ada sebuah lori yang dipenuhi dengan alatan perabot berhenti di hadapan rumah Fazlan

"Hoi!! Lori dah sampai. Meh lah tolong aku angkat barang masuk kat dalam!" Jerit Fazlan kepada kawannya.

"Perghh!! Barang Husni yang paling banyak gila ni. Hoi Husni!! Kau bawak barang ke bawak batu dalam beg kau ni. Berat siutt!!! " jerit Haiqal iaitu rakan serumah Fazlan.

"Rilex la Qal. Kau ni cakap nak kuat kalau boleh satu taman dengar." Perli Khairul iaitu rakan serumah Fazlan juga.

Tiba-tiba Husni iaitu rakan serumah Fazlan datang ke rumah Farah.

"Assalamualaikum, wahai sahabat-sahabat di nun sana. Boleh tak tolong kami untuk mengangkat barang-barang yang banyak di atas lori itu?"
Tanya Husni dengan menadah muka temboknya itu.

"Boleh jee.. tapi ada satu syarat. Kenalah belanja kitaorang makan malam sebab kitaorang da satu tahun tak makan" jawap Ainul sambil membuat muka kesian.

"Ish3, kesiannya. " jawap Husni

"Haaa.. yang tudung biru tu kitaorang mintak maaf ya atas apa yang Fazlan buat pagi tadi" Husni meminta maaf kepada Farah atas perbuatan kawannya.

"Takpelah, saya faham.. Budak-budak tadika memang macam tu" Farah perli Fazlan kerana dia perasan Fazlan sedang mencuri dengar perbualan mereka di penjuru pagar di hadapan rumah Farah.

"Ehem... Ehemm... Husni kau ye pun nak usha jiran sebelah siapkan la kerja kau.. barang kau yang paling banyak tau tak."

"Eheheh sorry la bro. Oklah bye wahai sahabat di nun sana. Tak jadilah saya nak belanja makan malam korang" jawap Husni.

Jodohku di Sebelah RumahWhere stories live. Discover now