Keesokan hari
"Ting! Tang! Tung! Ketang! Ketang!. Harini kita masak ketang goreng. Ohh yeaa!! "Nyayian Fazlan yang sangat kuat di dapur sehinggakan Farah di belakang rumahnya pun terdengar. Farah berasa tidak selesa kerana selalunya dia menjemur kain di belakang rumahnya dengan suasana yang aman dan senyap.
"Haih.. masak kentang goreng je pun, itu pun nak kecoh satu taman" ngomelan Farah tanpa dia sedari ada Khairul iaitu rakan serumah Fazlan yang sedang menjemur kain juga.
"Ehem.. ehem... biasalah kawan saya yang sorang tu memang macam tu. Peragai dia lain sikit. Sejak putus tunang dua bulan yang lepas, mulut dia bising sikit. Dulu dia baik je orangnya" sampuk Khairul sambil berterus terang dengan kisah silam Fazlan yang baru dua bulan lepas.
"Oh.. macam tu, kenapa diorang putus tunang?" Tanya Farah yang ingin tahu."Dulu....."
"Wei Khairul, seluar kecik aku tu kau sidai sembunyikan sikit. Takut kene curi. Mahal tu aku baru beli."
Khairul terhenti percakapannya kerana baru sahaja dia nak cerita tiba-tiba Fazlan menjerit dari dapur.
Farah segera masuk ke dalam rumah diesertai dengan muka yang merah kerana malu.
"Ye. Ye. Aku tahu la. Memekak jela kau ni" jawap Khairul sambil melihat Farah yang bergesa masuk ke dalam rumah.
Sesudah selesai menjemur kain. Khairul pun masuk ke dalam rumah.
"Wei, kau tahu tak. Tadi aku berbual kejap dengan awek sebelah rumah ni. Pastu dia terus bla gitu je." Kata-kata Khairul terhadap Fazlan.
"Lakk, asal pulak dia bla?" Tanya Fazlan sambil mengangkat kentang goreng yang sudah garing."Kau lah, tiba-tiba suruh aku sidai harta kecik kau tu sembunyi-sembunyi. Kau dalah cakap kuat ye dia malu." Jawap Khairul.
"Siapa yang malu wei?" Tanya Husni yang secara tiba-tiba masuk ke dapur.
"Tu.. Azim tu.." jawap Fazlan
"Haa.. kenapa dengan dia?" Tanya Husni dengan muka yang baru bangun tidur.
"Dia malu kawan dengan kau. Sebab malam tadi kau mengigau pastu kentut-kentut. Dalah kentut busuk." Fazlan menukar topik dan membuka topik tentang malam semalalm.
"Haah wei. Aku sebenarnya nak buang hajat besar ni. Bye wei, doakan aku selamat." Husni meninggalkan pesan sambil berlari menuju ke dalam tandas. Husni merupakan kawan serumah Fazlan yang paling gila dan blur.
Fazlan dan Khairul tergelak kecil sambil menghidu bau sesuatu.
"Wei kau bau tak apa yang aku bau?" Tanya Khairul.
"Haah dok. Aku bau......"Mereka berdua menjerit kerana kentang goreng yang digoreng Fazlan sudah hangus dan hitam. Mereka juga menjadi kelam-kabut dan segera memanggil Azim untuk menyelesaikan masalah kehangusan kentang goreng itu.
"Zim! Tolong Zim! Jerit mereka berdua.
"Bau asap apa ni" Azim yang sedang membasuh kereta kancil menghidu bau asap dan segera berlari pergi ke dapur sambil membawa gayung yang dipenuhi air."Ya Allah! Kebakaran! Kebakaran!" Azim turut menjerit sambil menyiram kuali yang hangus itu dan mematikan api.
"Apahal kecoh-kecoh tu. Haa lantaklah." Husni yang berada di dalam tandas tidak menghiraukan apa yang berlaku di dapur.
"Takpelah korang kita makan luar la harini. Aku belanja". ajakan Fazlan terhadap kawan-kawan serumahnya dengan perasan menyesal.
"Wei Husni cepatlah sikit. Nak ikut tak?" Tanya Azim sambil mengetuk pintu tandas.
"Wei pergi mana? Kejap! Tunggu!!" Jawap Husni dan segera keluar dari tandas."Wei tadi asal orang sebelah kecoh" tanya Ainul sambil duduk di hadapan kaca televisyen.
"Entahlah. Tadi aku nak makan pun tak senang. Bising sangat." Jawap Farah sambil menuju ke arah Ainul dengan membawa segelas cawan."Jiran baru tu asyik buat hal je kan." Sampuk Azlin yang sedang berlajar bersama Zulaikha di meja berlajar.
Jam 2 petang geng Farah dan geng Fazlan pergi ke Kolej kerana mereka ada kelas.
"Ok kelas. Pada hujung minggu ni pihak atasan ada menganjurkan Perkhemahan di Sungai Ulu Bendul. Sesiapa saja boleh menyertai" ajakan Pensyarah Sharifah setelah selesainya kelas.
"Wei jom la join aku dah lama tak join aktiviti-aktiviti kat Kolej ni." Ajakan Azim kepada kawan-kawanya.
Masing-masing menganggukan kepalanya dan bersetuju dengan rancangan Azim.
YOU ARE READING
Jodohku di Sebelah Rumah
RomanceDengan mengusik Farah, Fazlan dapat mendekatkan dirinya dengan Farah.