isteri (3)

18.1K 61 0
                                    

Bagaikan ada tarikan magnet antara kutub utara dan selatan,Qis dan kenalan alam mayanya semakin kerap berkomunikasi tidak hanya didalam ekawan,malah sudah maju dengan bertukar-tukar nombor telefon bimbit.
Setiap hari memadu kasih berdua antara Qis dan sekarang boleh digelar kekasih hati,mereka bagai dialam lain saat masing-masing asyik balas membalas sms yang sangat popular pada waktu itu.Pantang ada masa lapang,sms la jawabnya.Jangan pula terkejut si kekasih hati sanggup tolong "topup"kan kredit.Jadi memang tidak pernah lekang tangan dengan telefon bimbit masing-masing,macam dalam iklan tv makan sms,tidur sms, mandi sms,ya begitu la gambaran Qis dengan si kekasih hatinya.
Siang malam silih berganti,bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun,diam tak diam sudah tiga tahun perhubungan pasangan kekasih ini.Tinggal lagi beberapa bulan untuk Qis menamatkan pengajian Diploma Bisnes Study di Uniten.Qis juga sudah mula menghantar resume ke banyak syarikat-syrikat yang mengiklankan jawatan kosong.Manakala si kekasih hati ada lebih kurang setahun lagi untuk menamatkan pengajiannya.Ini bermakna Qis akan menempuh alam pekerjaan terlebih dahulu.Ini bukan masalah bagi pasangan merpati dua sejoli Qis dan kekasih hatinya Qayum.Mereka sudah biasa berhubung secara" pjj "atau perhubungan jarak jauh.Semasa cuti semester atau cuti hujung minggu mereka akan bertemu.Adakalanya Qis akan turun ke kuala Lumpur dan Qayum akan menjemput Qis di hentian Pudu Raya.Ada masanya Qayum pula yang akan mengunjungi Qis di Taiping.Begitulah rutin pasangan kekasih ini sehingga menginjak usia perhubungan mereka yang ke lima tahun.Pada usia Qayum 27 tahun dan Qis genap 25 tahun,mereka berdua sepakat untuk menamatkan zaman bujang dan melangkah lebih jauh ke gerbang perkahwinan yang sangat diimpikan oleh setiap pasangan yang bercinta.
..........................................................
ok....nk start main kahwin2 dah ni....ready??jangan fikir bukan-bukan,cerita ni clean....✌

ISTERI (Slowly Update)Where stories live. Discover now