isteri ( 6 )

10.8K 46 2
                                    

     Bulan 1 tahun 2019 adalah tahun perkahwinan Qis dan Qayum yang ke 11 tahun.Qis selalu membaca di"face book" berkenaan kata -kata pujangga yang di kongsi oleh rakan-rakan di"face book",ada juga ramalan berkenaan usia perkahwinan seperti:

Tahun 1- Tahun 3
Tahun percubaan dimana setiap pasangan mengambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing.

Tahun 3 - Tahun 5
Tahun di mana para pasangan diuji dengan pelbagai masalah tidak kira dari segi kewangan,kesihatan,kebahagian dan lain-lain lagi.

Tahun 5 - Tahun 10
Tahun di mana para pasangan sedang menikmati kebahagian setelah puas di uji dengan pelbagai dugaan.

Tahun 10 - dan seterusnya
Tahun dimana para pasangan boleh berasa lega kerana ikatan perkahwinan yang dibina sudah mempunyai asas yang kuat.Pasti tidak terkesan dengan masalah yang kecil.Semua boleh dibawa bincang.

    Setelah membaca dan memahami maksud setiap baris ayat,Qis senyum tersipu-sipu sehingga nampak pipinya yang merona pink lembut.Sambil dalam hati mengomel

"Ha aku dengan Qayum dah lepas 10 tahun,harap- harap tiada musibah melanda kami berdua."(keluaq dah bahasa kedah Qis)

Begitulah telatah Qis bila membaca sesuatu yang ada hubung kait dengan hidupnya.

       Selang beberapa hari kemudian Qis mulai perasan yang Qayum seperti tidak boleh berenggang dgn telefon pintarnya.Setiap malam Qayum akan menghabiskan masa bermain telefon dengan mengenakan "ear phone".Setiap malam juga Qayum akan masuk tidur lambat hingga ke awal pagi.Qis selalu bertanya ,

"Abang tidur pukul berapa semalam?" Qayum pula selalu akan jawab macam ni,
"Ayang tidur pukul berapa?"

Qis tanpa ragu-ragu pukul 1 pagi.

"Ha abang pukul 1.01 minit pagi."

Qis menyambung,  ye la tu seperti tidak percaya kata-kata
Qayum.Qayum lagi sekali menjawab ye la ayang dah tidur mana ayang tahu.

Serentak itu berdekah ketawa Qayum saat Qis sudah muncung mulut sedepa mengenangkan jawapan si Qayum tadi.
    
Perkara ini sudah lama sebenarnya,tetapi ketulusan hati seorang isteri tidak langsung menaruh syak wasangka pada si suami.Setiap malam begitulah rutin Qayum bermain telefon.Tetapi yang menjadi salah satu punca Qis berasa ingin tahu apa yang ada dalam telefon yang sangat mengasyikan Qayum ialah bila di tempat kerja pun si Qayum asyik bermain
telefon.

Sekarang ni lebih parah apabila Qis langsung tidak dibenarkan pegang atau melihat apa yang Qayum layan di telefon.

Sebelum Qayum menggunakan telefon baru ni,telefon  Qayum yang lama Qis boleh pada bila-bila masa untuk guna atau membuat pemeriksaan mengejut.Tiada masalah selama 10 tahun ini.Tetapi di tahun ke 11 perkahwinan mereka, Qis langsung tidak dibenarkan menggunakan atau membuat pemeriksaan terhadap telefon pintar Qayum yang baru.

Qis mula rasa tidak sedap hati,dia malah menjadi sangat ingin tahu berkenaan telefon bimbit suaminya Qayum.Dia mula menjalankan misi menyiasat seperti dalam cerita-cerita di televisyen.Perasaan ingin tahu Qis membuak-buak.Suatu petang,  hati Qis terdetik untuk membuka telefon lama Qayum yang diletakkan di birai katil bersebelahan tempat tidur Qayum.Setahu Qis telefon ini sememangnya rosak, tetapi cara penyimpanan telefon rosak ni agak pelik sebab macam masih digunakan.

Qis mula membelek satu persatu.Ada "apps" yang Qis sendiri tidak pernah kenal dan lihat sebelum ini.Antaranya :

Badoo
Line
Telegram
WeChat
WattPad
Twoo
Whatsapp

ISTERI (Slowly Update)Where stories live. Discover now