Bam!
Kedengaran pintu dihempas kuat daripada bawah. Satu keluhan kecil dilepaskanku tatkala mendengar pintu itu dihempas.
Aku yakin, papa mesti balik dalam keadaan mabuk, dan baru sahaja bergaduh dengan orang yang berada di kelab malam itu.
Lantas selimutku ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhku. Malas aku nak ambik tahu pasal orang tua dekat bawah tu, puas dinasihat untuk kesekian kali, takkan pernah jalan.
Lagipun, dia juga merupakan papa tiri aku.
Papa jadi seorang yang pemabuk, dan kaki pukul itu sejak kematian mama aku beberapa tahun yang lalu disebabkan kanser serviks yang sudah mencecah hingga ke tahap 4. Sukar untuk diselamatkan.
Kehidupan aku lepas sahaja mama pergi, segalanya berubah. Tiada lagi keceriaan dalam hidup aku ketika berada dalam rumah ni. Aku menjadi seorang yang kesunyian, tidak lagi memiliki kasih sayang daripada seorang ibu.
Mujur aku ada kawan baik yang sentiasa ada di sisi aku walaupun dia bukan seorang perempuan yang dikategorikan sebagai baik. Aku tak kisah berkawan dengan dia, sebab bila aku dengan dia, aku rasa gembira.
Dia jelah yang boleh menceriakan hari-hari aku dengan kerenah nakal dia tu. Dia, atau nama yang digelar Eunji, seorang gadis nakal, ear-piercing yang penuh, cantik, sentiasa didampingi lelaki, dan juga liar.
Sikap dia memang berlawanan dengan aku. Aku nak bercakap dengan lelaki? Nak dekat dengan kaum lelaki pun aku tak pernah apatah lagi nak bercakap. Tapi, tu bukan jadi satu hal untuk aku.
Lebih baik berkawan dengan perempuan nakal sepertinya, asalkan dia ikhlas berkawan dengan aku dan tak pernah mengeluh kalau aku minta tolong. She's the one and only, my best friend.
Daripada berkawan dengan perempuan yang baik tapi bertalam? Tetap tiada guna. Lebih menyakitkan hati je #doneluah.
Kemudian, kedengaran pintu bilikku diketuk dengan kuat daripada luar. Pantas aku menyelak selimutku ke tepi dan mengerling sekilas jam loceng di sisi katil.
3 pagi.
Lupa, papa dah balik tadi. Kalau dia ketuk pintu tu, mesti ada sesuatu yang dia mahukan dari aku sebelum dia berlalu ke biliknya.
Aku terus bangun dan turun daripada katil menuju ke pintu bilik. Lampu dibuka dan begitu juga pintu bilikku.
Apa yang dilihat kini, tubuh papa yang lebam pada pipi, dan butang bajunya yang terbutang separuh, menampakkan bahagian dadanya yang mempunyai kesan lipstick.
Sah, dia baru lepas bersama dengan perempuan.
Dia merenungku dengan pandangan yang suram. Badannya terhuyung-hayang berjalan menghampiriku, dan hampir terjatuh. Sempat aku memaut lengannya dan memapahnya menuju ke bilik tidurnya.
Walaupun aku dah muak dengan perangai dia ni, terpaksa juga aku layankan. Aku pun nak cepat tidur, esok aku ada kelas awal pagi.
"Papa nak apa." Soalku semasa sebelah tanganku erat berpaut pada bahu dan manakala sebelah lagi pada pinggangnya.
"I nak y-you, sayang." Katanya lalu dia cuba mendekati wajahku untuk mengucup pipiku. Segera aku berpaling ke arah lain, mengelak daripada dikucupnya.
Mulutnya yang berbau itu membuatkan aku sedikit mual. Mesti dia minum, lepastu bergaduh. Mabuk, lepastu anggap aku ni perempuan yang dekat kelab tu yang nak melayan dia.
"Papa, stop it. Papa mabuk. Baring sini." Kataku apabila tiba di bilik tidur papa. Selimut nya aku tarik dan aku menolak tubuh papa agar baring.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Boy | Jungkook
Romantik"You're just like cocaine, sweetheart. I'm addicted to something that I shouldn't." -Jeon Jungkook,