02 || Mystery

214 33 0
                                        

Pulang sahaja ke rumah, aku terpandang pada sepasang kasut tumit tinggi yang berada di depan pintu. Sah, pasti papa membawa pulang teman wanitanya ke rumah.

Aku batalkan niat aku untuk masuk ke rumah dan bergerak keluar semula. Aku mengeluarkan telefonku dan mendail nombor Eunji. Harap-harap dia angkat.

Trtt trttt~

"Ne Jieun-ah. Wae?" Katanya tatkala mengangkat panggilanku. Kedengaran sedikit bingit di belakangnya. Mungkin radio yang kuat dipasangnya.

"Em. Awak ada dekat mana sekarang?" Soalku. Aku rasa nak pergi ke rumah dia. Lebih baik pergi ke tempat lain selain daripada dalam rumah ni.

"Eo? I'm with Hans. Kenapa?" Katanya bersahaja.

Aku terus melepaskan keluhan yang kecil. Hasrat aku tak tercapai untuk lepak dengannya malam ini. Disebabkan kelas aku hingga lewat petang, aku tiba di rumah menjelang malam.

Memandangkan aku naik bas, jadi aku tiba sedikit lewat. Pulang ke rumah pula, papa bersama dengan perempuan entah mana dibawanya. Aku malas nak masuk, kena hadap mereka.

Tapi, nampaknya nak taknak aku kena jugak masuk ke dalam rumah disebabkan Eunji tidak berada di rumah.

"Ha takde apalah. Bye!" Kataku dan terus aku tekan button merah dan menyimpan semula telefonku ke dalam beg tanganku.

Perlahan, aku bergerak ke pintu rumah semula. Kasutku dibuka dan diletakkan pada rak di tepi pintu. Tombol pintu itu aku pulas dan membukanya.

Pantas aku meloloskan diri aku ke dalam rumah dan menaiki tangga. Disebabkan bilik aku yang berada di depan, segera aku berlari memasuki bilik. Tak mahu disedari oleh papa dan mungkin perempuannya itu.

Terus aku kunci pintu dan bergerak menuju ke katil. Beg tanganku diletakkan di sisi katil dan aku duduk di birai katil. Melepaskan keluhan yang panjang.

Mataku meliar memandang bilikku yang sunyi ini. Seketika, mataku tertancap pada sebuah bingkai gambar pada meja kecil di tepi katilku. Segera aku mencapainya dan mengusap gambar itu dengan ibu jari aku.

Gambar aku bersama dengan mendiang mama.

Aku tersenyum kecil melihat gambar itu di mana di dalam itu adalah suasana sempena hari ulangtahun kelahiran mamaku yang ke 46. Gambar itu merupakan kenangan yang paling bermakna di dalam hidupku.

Di dalam gambar itu, aku mengucup pipi mama sambil memegang kek hari jadi mama. Sungguh, aku rindu mama. Hidupku suram tanpa mama yang sentiasa menceriakan hari-hariku.

Aku menatap gambar itu lama dan tanpaku sedar, air mataku menitis dan jatuh pada frame gambar tersebut. Aku sayangkan mama, sepenuh hati aku. Kenapa dia pergi terlalu awal? Aku masih perlukan kasih sayang daripada seorang mama.

Dan juga, papa...

Papa...dia tak pernah berikan aku kasih sayang, entah kenapa. Sejak papa tiriku berkahwin dengan mama lagi, lagaknya memang dari awal tidak menyukaiku. Aku sendiri tak faham kenapa dia membenciku tanpa sebab.

Manakala papa kandung aku pula...kata mama dia sudah lama menghilangkan diri sejak aku berumur tiga tahun. Di mana saat aku baru mengenali dunia. Namun, tidak mampu mengenali bapa sendiri.

Aku harap, satu hari nanti aku akan berjumpa dengan papa kandung aku. Teringin juga aku mahu bertemu dengannya. Aku perlukan kasih sayang daripada seorang bapa.

Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk bertalu-talu dengan kasar sekali. Segera aku menyeka air mata aku dan aku letakkan semula frame gambar itu di tempat asal.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 08, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Bad Boy | JungkookTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang