"Hodoh""Kau ni dahla hitam, gemuk, ada hati masuk sekolah ni?"
Aku cengkam baju sekolahku. Bibir aku kertap.
Sabar.
"Sedar sikit taraf engkau dengan kitorang"
Dahiku ditunjal kasar, menyebabkan kepalaku terhentak di dinding tandas sekolah.
Aku tenung kasut yang tersarung di kakiku.
Kosong.
Suara suara di sekelilingku tak diendahkan.
'Kau kuat' satu suara menjengah minda, memberi kekuatan pada jasad dan jiwa.
"KAU DENGAR TAK APA AKU CAKAP NI?" suara itu meninggi.
Pandanganku masih terpasak pada kasut di kakiku. Tak mengendahkan suara tadi.
"Kau jangan mencabar kesabaran aku boleh tak?"
Aku membisu kerana aku tahu makin dilawan, makin menjadi. Jadi aku membisu.
PANGG!
Tanganku menyentuh pipiku yang perit. Cecair likat berwarna merah meleleh di hujung bibir, menghasilkan bau ferum yang meransang reseptor bau.
Pipi aku pecah.
"Lainkali kalau aku cakap, respon. Kau pekak ke apa?"
Rambut aku ditarik, menyebabkan kepalaku terdongak. Pandanganku tertala kepada perempuan di hadapanku. Pandangannya menikam iris mataku, tajam. Penuh kebencian.
"Lagi sekali aku nampak kau depan mata aku, siap kau" ujarnya seraya melepaskan rambut aku kasar, menyebabkan aku jatuh terduduk.
"Najis." Ujarnya dengan menunjukkan riak wajah jijik. Dia dengan konco-konconya berlalu meninggalkan aku, yang terduduk di sudut tandas.
Air mataku yang jatuh, aku seka.
Aku bangun, mengatur langkah menuju sinki. Darah tadi aku bersihkan. Seluruh wajahku, aku basahkan dengan air. Pantulan wajahku pada cermin, aku tenung.
Muka macam kawah bulan, jerawat semua berjiran tertangga, bibir kusam, muka bentuk bulat macam bola bowling,
pendek cerita--
I'm hella ugly. I'm fat, and ugly.
Phrase 'love yourself the way you are' don't apply well to me.
Dibuli setiap hari,
Sebab hodoh.
Yes, they keep on bullying me because I'm ugly.
Tisu aku capai,aku lap mukaku yang basah.
Loceng sekolah berbunyi, tanda rehat sudah tamat. Aku melangkah longlai keluar dari tandas menuju ke kelasku.
Well, you guys must be wondering
"Kenapa tak mengadu dekat cikgu?"
"Kenapa tak report dekat parents?"
"Kenapa tak quit je sekolah ni?"
First, this is private school. You can do anything you want as long as you have money / your parents are one of the biggest penyumbang untuk dana sekolah.
Second, Bapak aku tak kisah pasal aku. Mak aku dah lama meninggal. He don't give a damn about me at all.
Third, masuk sekolah ni je aku boleh masuk universiti dengan mudah. Berapa orang je budak sekolah ni yang bawah scholarship, including aku.
Besides, tinggal berapa sebulan je lagi sebelum cuti, and then senior year. Aku dah almost there. So I dont mind kena buli.
Besides, my body feels numb. Aku dah masak kena buli. Tampar, tarik rambut, sepak terajang, korang list lah. Aku rasa 80% dari list korang aku dah kena.
Sakit ?
Tipulah kalau aku kata tak sakit. Sakit nak mati. Dua kali aku masuk hospital.Bisikan bisikan di sekeliling, aku abaikan. Aku melangkah menuju ke tempat duduk. Belakang, sebelah tingkap. Pandanganku dibuang ke luar tingkap.
Kelihatan seorang lelaki, sedang berjalan ke arah bangunan A, blok yang menempatkan kelas aku.
Susuk tubuhnya tinggi dan slender. Rambutnya berwarna coklat gelap, kulit sawo matang, keningnya tak terlalu lebat, hidung mancung, bibir merekah delima, iris matanya.....
Hitam pekat.
Aku tersentak. Sepasang mata itu memandang aku, tepat. Aku kalihkan pandangan kepada buku di atas meja.
Cuba mengabaikan apa yang berlaku.----
"Korang! Berita tergempar!!!" Budak perempuan berambut pendek bersuara;- Alisya, reporter kelas. Semua benda yang jadi dekat sekolah, dia yang sebar satu kelas.
"Apa yang gempar sangat tu?" Salah seorang perempuan bersuara. Ingin tahu.
"Ada budak baru dekat kelas sebelah! Hensem oii macam mamat korea!"
"Weh, jom pegi usyaaa!!" Ujar perempuan tadi, kepada rakan-rakannya. Semua berdiri, menuju ke kelas sebelah.
Aku statik ditempatku. Kertas di atas meja aku conteng. Pandanganku kosong, kata- kata mereka terngiang di minda.
"Hodoh"
"Jijik la aku tengok engkau"
"Ee, kau ni macam monster. Macam beast"
"Balik rumah tolonglah cermin muka engkau, betapa jijiknya muka engkau."
Tiba tiba aku terasa kepalaku ditolak dari belakang. Aku tersentak. Timbunan buku dicampak di atas mejaku. Aku renung kosong timbunan tersebut.
"Daripada kau conteng kertas, baik kau buat homework aku" ujar Amy. Dua rakannya;- Kayla dan Mina tersenyum sinis.
Aku statik, cuma helaan nafas dilepaskan. Amy membongkok, wajahnya berada betul-betul di hadapan mukaku.
"Kalau taknak buat, jangan jadi hodoh," katanya, mengundang tawa daripada dua pengikutnya. Aku kertap bibir, menahan sabar.
Amy yang sedar perbuatanku, membuat muka simpati palsu. "Ala ala kesiannya. Padan muka kau," ujarnya lalu meludah pada mukaku.
Aku tak terkejut. Ini bukan kali pertama.
"Muka engkau patut jadi bekas najis je la," ujarnya sebelum berlalu.
Bukan takde orang nampak, ada. Cuma tak berani kata apa. Sebab bapak Amy penyumbang terbesar sekolah.
Aku? Aku taktau bapak aku kat mana. Dia cuma hantar duit tiap tiap bulan.
Wet wipes aku capai dari bawah meja, mengelap ludah Amy.
Aku penat. Letih. Mentally exhausted.
'Aleesya kena kuat,'
Suara itu terngiang-ngiang di minda.
Suara yang menjadi sumber kekuatan aku, untuk terus bertahan sehingga kini.
----
Pintu freezer aku buka, satu bekas aiskrim dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulutku dengan rakus.
'Gemuk'
'Hodoh'
'Dah berapa bulan mengandung? Ops sorry, perut kau eh? Confuse la sebab besar sangat'
Suara suara mereka terngiang ngiang di minda. Aiskrim semakin rakus dimasukkan ke dalam mulut.
Air mata aku menitis. Bekas aiskrim yang kosong, aku campak dalam tong sampah. Pili air dibuka, membasuh bibirku yang comot.
Air mata aku seka kasar. Air mata aku tak murah.
'aku kuat' bisik hatiku, cuba untuk menguatkan diri.
'Aleesya kuat' suara itu bergema di dalam minda.
Ya, aku kuat.
----
YOU ARE READING
Everything I Need
RomanceKehidupan seorang Aleesya Maisarah yang gemuk, gelap, muka bulat macam bola bowling, kulit muka macam kawah bulan. Entah bagaimana, hari demi hari Aleesya tabah dibuli. Dicaci, dipukul, ah, itu perkara biasa. Kawan? Tak payah sembang. Mana ada or...