Keesokannya.
Jam menunjukkan pukul 2:30 minit petang. Waktu sekolah sudah tamat. Aku melangkah masuk ke library. Kelihatan seorang wanita 40an sedang menyusun buku-buku di rak. "Hi mrs Swan," sapa aku, sambil tersenyum lebar. Wanita berambut perang, berkaca mata, dan wajahnya berketurunan eropah itu menoleh ke arahku lalu tersenyum.
"Oh, hello there," balasnya, dengan senyuman mesra. "Have you eaten your lunch?" Tanyaku, sambil kakiku melangkah ke arahnya. "Yea, ermm, by the way I need to go to the hospital for medical check up but I'll come back later around 3. You can stay here if you want." Ujar wanita itu, seraya menyusun buku-buku yang menggunung di atas troli.
Aku mengangkat buku-buku di atas troli, lalu menyusunnya satu persatu. "Okay then" ujarku. Library inilah satu satunya tempat di mana aku mampu untuk tersenyum. Sebab aku suka baca buku. Tak kiralah genre apa pun, aku baca. Sebab tu aku boleh rapat dengan librarian kat sini;- Mrs. Swan.
She is the only person who actually love me, like her own daughter. Who actually value me for who I am, and always be the one who listen to my story; everything I've been through. So she knows almost everything about me, and I can't hide anything from her. Dia macam someone; macam mama.
"Do you want some snack? I'll grab some for you on my way back." Soalnya, yang sudah berada di kaunter buku. "No, thanks." Balasku, masih menyusun buku di rak. "Dear, are you okay?" Ujarnya dengan nada risau. Aku menoleh ke arahnya dengan senyuman. "I'm fine" ujarku, masih tersenyum. Sedaya upaya mengekalkan senyuman ini.
"No, you're not fine." Dia melangkah ke arah aku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya, erat. Aku membalas pelukannya.
Sejujurnya, ingin saja aku menjerit. Aku sakit, letih. Mentally hurt and tired. Aku pun ada perasaan. Ingin saja aku menangis, melepaskan apa yang selama ini bersarang di hati. Tapi aku tahan.
Aku kuat.
"Alright, can I have hot cheetos?" Ujarku seraya melepaskan pelukan, membuatkan dirinya tersenyum. "I'll buy you ice cream too"
----
15 minit sudah berlalu. Aku masih menyusun buku-buku di troli. Haih, kenapalah tak ada orang yang letak semula buku dekat tempat asal. Semuanya nak mengharapkan librarian je yang buat kerja. Aku bukan librarian pun buat kerja.
Bila dikenangkan semula, Mrs. Swan sudah berkerja sebagai librarian di sekolah ini selama 10 tahun. Peh, hari hari kena susun buku. If I were her, I'll go crazy in no time.
Disebabkan library kosong, (yela semua orang dah balik rumah kot) aku mengambil kesempatan dalam kesempitan ini (eh?) untuk dengar lagu.
Selain lepak membaca buku, aku suka dengar lagu untuk release stress.
Kenapa?
Sebab bila aku baca buku and dengar lagu, aku dapat lari dari realiti.
Realiti yang menyakitkan.
Earphone aku sumbat di telinga, lalu tanganku ligat menyusun buku. Lagu Can I Be Him oleh James Arthur bergema, menjamu halwa telinga. Di bawah sedar, bibirku mula menyanyi bait bait lagu tersebut.
"You walked into the room and now my heart has been stolen,"
Mikhail melangkah masuk ke dalam library, matanya tertancap pada figura yang menyusun buku di rak, membelakanginya.
"You took me back to time when I was unbroken"
Kaki Mikhail melangkah ke arah figura tersebut,
"Now you're all I want, and I knew it from the very first moment,"
Langkah kaki Mikhail terhenti. 'This song, seems familiar,' hati Mikhail berdesis.
"Cause a light came on, when I heard that song, and I want you to sing it again" bibirku masih rancak menyanyikan bait bait lagu.
"Could I be the one you talk about in all your story?" Satu suara asing bergema.
Aku tersentak, tanganku terhenti daripada menyusun buku.
"Can I be him?" Suara itu menyambung, aku menoleh.
Iris hitam pekat itu menikam anak mataku.
"Hello," bibirnya mengukir senyum sinis.
And that's the beginning of our story.
----
Mikhail's P.O.V
Aku hempaskan badan ke atas katil. Letih. Lenganku, aku letak di atas dahi. Pandangan mata aku halakan ke atas siling. Mengelamun.
Belum sempat aku nak mengelamun, dapat aku rasakan seseorang duduk di atas katil. Aku pejam mata, cuba elak untuk pandang insan yang duduk di atas katil.
Seolah memahami perbuatan aku, insan tersebut bersuara
"Ibu taknak ganggu Mikha tapi ayah suruh Mikha turun lunch dengan dia. Lagi 15 minit ayah balik," ujar insan tersebut, sebelum berlalu, meninggalkan aku sendirian di atas katil.
Aku buka mata, helaan nafas berat dilepaskan. Dengan malasnya, aku rajinkan juga diri untuk mandi dan solat zuhur.
Selesai solat zuhur, kakiku melangkah malas menuju ruang makan. Aku melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Kehadiran ayah di hujung meja makan sebagai ketua keluarga aku pura pura tak nampak. Baru sahaja aku berura-ura ingin menyuap nasi ke dalam mulut, ayah bersuara
"Baca doa,"
Sudu aku jatuhkan, tangan aku tadahkan.
"Bismillahirrahmanirrahim, allahumma bariklana fima razaktana waqina aza bannar, aamiin" baca aku, selaju yang mungkin kalah rap altimet kerana aku lapar. Pandangan tajam ayah aku abaikan. Ingat perempuan je ke reti 'hangry' (hungry + angry = hangry) , lelaki pun reti okay.
Selesai melahap kalah orang bela saka, aku bangun dari meja makan. Ayah berdehem, tanda aku tak dibenarkan kemana-mana.
"Mikhail nak pergi toilet" ujarku, mencari alasan. Cuba mengelak dari perbincangan yang bakal dibangkitkan.
"Tahan je," ujar ayah, membuatkan aku mencari lebih banyak alasan.
"Nanti sakit batu karang sape nak jaga syarikat ayah?" Ujarku, masih mencuba nasib untuk melarikan diri.
"Zafran ada." Balas ayah merujuk kepada abangku, selamba. Wah, serius aku dah mati akal.
Aku menerima kekalahan, lalu duduk kembali. Wajah adik bongsuku; Nabila yang merah menahan ketawa aku abaikan.
"Ayah dah buat appointment untuk Mikhail dengan anak kawan ayah. Hari ahad, pukul 4 petang, dekat Hotel Akasia" ayah bersuara. Aku membuka mulut, cuba membangkang namun ayah memotong.
"Do it for our family's future." Kata ayah, sebelum bangkit dari duduknya. Meninggalkan aku yang masih terkulat di meja makan.
Geram di hati usah dibicara. Tak ada kata yang mampu mendefinisikan geram yang menggunung di dada.
Ini sudah masuk kali kelima aku cuba dijodohkan dengan kawan ayah.
Bukan aku tak suka, tapi
Argh, jujur saja aku memang tak suka.
Aku masih muda, masih ada masa untuk enjoyyyy
Kelilingi dunia pun aku belum, nak kahwin.
MEMANG TAK LA.
Kepala yang tak gatal aku garu.
Serabut serabut
YOU ARE READING
Everything I Need
RomanceKehidupan seorang Aleesya Maisarah yang gemuk, gelap, muka bulat macam bola bowling, kulit muka macam kawah bulan. Entah bagaimana, hari demi hari Aleesya tabah dibuli. Dicaci, dipukul, ah, itu perkara biasa. Kawan? Tak payah sembang. Mana ada or...