Aku melihat ke kiri dan ke kanan jalanraya Kuala Lumpur yang begitu sibuk dengan kenderaan,bagi memastikan waktu yang selamat untuk melintas.
Setelah memastikan waktu yang selamat bagi melintas,aku lantas berlari menyeberangi jalanraya ini.
Sebenarnya aku tiada hala tuju.
Pakaian pengantin yang aku pakai membuatkan orang sekeliling melihat aneh ke arah aku.Ah lantaklah apa orang nak kata!
Yang penting aku nak lari dari semua ni.
Kemana sahaja asalkan aku tidak terus bersama mereka.
Mereka tu keluarga aku.Aku berlari di tengah tengah lautan manusia yang berduyung duyung.
Skirt pengantin yang agak mengembang membuatkan aku sukar untuk membuka langkah.Namun itu langsung tidak membantutkan niatku untuk terus lari.
Tiba tiba kepalaku terasa begitu pening.
Aku nak pitam ke?Aku tidak endahkan kepalaku yang terasa begitu berat ini.
Aku perlu lari.. Lari jauh dari sini..Pandanganku menjadi kabur..aku tak nampak apa apa.. dunia terasa berputar.. namun aku masih tidak menghentikan langkah kakiku..Aku juga tidak tahu mengapa.
Dan tiba tiba..
Ddum!....
Author's pov
Bunyi hentakan kuat pada bonet depan keretanya dipercayai berpunca daripada perlanggaran,membuatkan dadanya berdetak laju.
Aku...langgar orang?
Eh,aku rasa orang tu yang melintas tanpa tengok apa apa.
Jadi bukan salah aku, lah kan?
Lelaki itu membuat andaiannya.Dia memberhentikan Nissan Skyline hitamnya dan lantas keluar untuk melihat apa yang terjadi.
Orang awam sudah berpusu pusu ingin melihat orang yang telah berlanggar dengan keretanya.
Alangkah terkejutnya dia saat melihat sekujur tubuh wanita yang berpakaian pengantin sudah terlantar tidak sedarkan diri.
Banyak darah yang mengalir dari kepalanya.
Dia mulai panik lalu menyuruh orang awam mengangkat wanita itu ke dalam keretanya.Dengan laju,dia meluncur laju ke hospital.
Dia duduk bersandar di atas kerusi yang berhadapan dengan wad kecemasan ini.
Sebenarnya aku tak tahu nak buat apa.
Kata lelaki itu perlahan."Ed?"
Lelaki itu mengangkat wajah saat terdengar namanya diseru seseorang.Oh,rupa rupanya ibu.
"Macam mana kamu boleh langgar orang ni?"
Soal ibu sambil melabuh duduk di atas kerusi sebelah lelaki itu."Ed pun tak tahu,ibu...tiba tiba pengantin tu melintas.Tak sengaja Ed terlanggar dia."
Jelasnya sambil meraup wajah."Pengantin?"
Soal ibunya,atau lebih dikenali dengan Nama Dato' Sharifah Zaurah,seorang artis terkenal tanah air."Maksud Ed?"
Jelas sekali pelakon wanita yang berusia 50 an itu bingung dengan penjelasan yang agak kurang jelas dari anaknya, Edd Idlan."Ed pn pelik..perempuan tu pakai baju pengantin warna putih.."
Jelas Ed."Hah? Kenapa macam tu? Pengantin lari,ke? Ai.. macam dalam cerita yang ibu pernah berlakon la pulak..pengantin perempuan melarikan diri sebab tak nak kahwin dengan pengantin lelaki.."
Kata ibunya."Sekarang.. kita nak buat apa,ibu?"
Soal Ed kepada ibunya."Takpe...kita tengok keadaan dulu.."
Ed mengangguk setuju dengan ibunya.

YOU ARE READING
Suatu Hari Nanti
FanfictionKehilangan gadis polos yang bernama Airis Suri, telah mewujudkan gadis yang sama bernama Yahaira Sandra,namun jiwa dan wajahnya telah bertukar menjadi orang lain. "Mungkin suatu hari nanti segalanya akan terbongkar."