"Fitri..."
Laung opah mencari kelibat cucu lelakinya itu.Fitri yang ralik termenung di balkoni lantas berlari menuju ke arah opahnya yang sarat terbaring di dalam bilik akibat lumpuh sejak 3 bulan yang lepas.
"Opah ade nak ape ape,ke?"
Soal Fitri prihatin kepada opahnya."Suri belum balik lagi,ke? Lama betul,ye si Suri tu pergi belikan opah nasi lemak."
Ya..begitulah opahnya hari hari sejak kehilangan kakakku,Airis Suri. Dia menghilangkan diri tanpa jejak semasa hari perkahwinannya.
Kini,sudah hampir setahun kami tidak tahu khabar Suri, cucu kesayangan opah.
"Suri... Ha.. em..tak balik lagi la opah..emm..lepasni balik lah tu.."
Aku menjawab dengan serba salah kepada opah.Sebenarnya aku kesian tengok opah macam ni hari hari.
Opah separuh gila sejak Suri menghilangkan dirinya.Fitri juga tidak tahu punca kakaknya menghilangkan diri.
"Nanti Suri balik,cakap kat dia opah panggil tau?"
Pesan opah dengan polos sekali kepada cucunya,Fitri Aiden.Air mata mula bergenang di kelopak matanya.
Fitri hanya mampu mengangguk kerana terlalu sebak.Lalu tubuh opah dipeluknya erat sekali. Air mata pula menyusul keluar dengan laju.
Sungguh dia sedih dengan semua ni. Kenapa kakaknya yang baik itu menghilangkan diri? Kenapa?
Kakak di mana sekarang? Kakak masih sihat atau....
Bahuku terhinjut hinjut kerana menangis."Kamu kenapa,Fitri.. opah sihat aje.. ingat tu,nanti Suri balik sruh dia teman opah,tau? Lepastu suruh Suri tolong buatkan air sekali tau?"
Pesan opahnya lagi kepada Fitri."Ye opah.."
Jawab Fitri dengan nada suara yang tersekat sekat kerana terlalu sebak.Baliklah lah kakak..
Kesiankan opah...Aku hanya mampu berdoa agar kami bertemu semula dengan gadis yang bernama Airis Suri...
YOU ARE READING
Suatu Hari Nanti
FanfictionKehilangan gadis polos yang bernama Airis Suri, telah mewujudkan gadis yang sama bernama Yahaira Sandra,namun jiwa dan wajahnya telah bertukar menjadi orang lain. "Mungkin suatu hari nanti segalanya akan terbongkar."