Chapter 1

25 1 0
                                    

Kringg ! Jam loceng berbunyi menandakkan hari sudah siang dan menandakkan permulaan hari baru . Seperti kebiasaan hari sekolah , Soomi bangun untuk bersiap dan memulakan rutinnya.Dia menyediakan baju sekolahnya dan menuju ke kamar mandi. Dia agak bersemangat pada pagi itu kerana dia akan menjadi senior pada tahun ini dan bertukar kepada kelas yang baru serta matapelajaran juga berbeza . Selesai bersiap, Soomi menuruni anak tangga sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

" Selamat pagi appa , omma ." Ucap Soomi kepada appa dan ommanya.

" Selamat pagi sayang ." Sahut Tuan dan Puan Lee serentak .

" Why you look so happy today sweetheart ? Ada apa-apa kah ? " Tanya Taun Lee kepada anak perempuannya itu .

" Nothing appa , it just a brand new year . I'm gonna be a senior , I'm so excited . Hehehe ." Jawab Soomi yang nampak sangat gembira itu sambil tersengih memandang Tuan Lee .

" Patut lah senyum memanjang ." Kata Puan Lee . " kalau dah siap sarapan , cepat lah ke sekolah . Takut lambat nanti Soo Mi ." Kata Puan Lee lagi sambil mengusap lembut kepala anaknya itu .

"Okay omma , nak pergi dah ni ." Kata Soomi sambil mencium pipi Tuan dan Puan Lee lalu berjalan ke pintu ."Bye omma , appa ! " katanya kepada Tuan dan Puan Lee .

"Bye sayang !" Jawab Tuan dan Puan Lee serentak.

*****
Sambil berjalan menuju sekolah yang tidak berada jauh daripada rumahnya itu , Soomi melihat pemandangan pagi yang menyegarkan itu. Waktu pagi adalah waktu kegemarannya kerana udaranya yang begitu menyegarkan dan juga pemandangannya yang cantik .

Apabila tiba di depan pagar sekolah , Soomi berdiri sebentar sambil melihat sekolah yang berada di depannya itu."I'm gonna be a senior !" Teriaknya dalam hati sambil tersengih ."Let's go !"

Setibanya di kelas , dia meletakkan begnya di kerusi.

"Soo Mi , kau ada di kelas ni ?! .Soomi berpaling.

"Sohye , kita sekelas ! OMG ! " Mereka berpeluk seperti tidak berjumpa selama setahun. Mereka duduk sambil bertukar cerita sepanjang cuti sejurus selepas itu , Puan Mei masuk. Pelajar duduk di tempat masing-masing.

"Selamat pagi Puan" pelajar memberi hormat.

"Selamat pagi kelas, saya adalah guru kelas kamu pada tahun ini. Dalam kelas ini saya akan mengajar kamu matapelajaran Matematik. Keluarkan buku kamu." Kata Puan Mei.

Sedang mereka mengeluarkan buku , pintu di kuak memperlihatkan seorang pelajar lelaki berambut coklat gelap. Semua mata tertumpu kepada pelajar tersebut. Mereka berbisik sesama sendiri "dia sekelas dengan kita!" . "Handsomenya dia" kata pelajar perempuan. Sedang mereka berbisik sesama sendiri, Soomi seperti tidak dapat bernafas. Degup jantungnya tidak dapat di kawal mengikut tempohnya. "Aku sekelas dengan dia". Bisik hatinya.

"Maafkan saya puan, saya lambat." Kata pelajar itu kepada Puan Mei.

"Ouh, Kim Tae Hyung . Kamu lambat pada hari pertama. Tidak mengapa, saya maafkan kamu. Duduk di tempat kamu." Arah Puan Mei.

"Terima kasih, Puan." Kata Taehyung sambil menundukkan kepalanya.

Taehyung berjalan menuju ke tempat duduknya, sambil memandang kehadapan. Seketika mata mereka bertembung, pandangan Taehyung yang dingin seolah-olah menembusinya. Cepat-cepat Soomi mengalihkan pandangan kearah lain. Taehyung berhenti, sambil menarik kerusi yang ada di hadapannya. Taehyung kini betul-betul duduk dihadapannya.

****

Ringggg! Loceng terakhir berbunyi menandakkan kelas sudah tamat dan pelajar dibenarkan pulang. Soomi yang baharu selesai menulis mengemas bukunya dan memasukkannya ke dalam beg, sambil dia memandang pelajar yang duduk dihadapanya. Sama sepertinya, dia juga memasukkan buku kedalam begnya sejurus itu dia keluar tanpa memandang ke belakang. Anak mata Soomi memandang jejaka itu sehingga dia hilang dari pandangannya. Sementara itu, Sohye yang telah selesai mengemas mula mendapatkan Soomi untuk keluar bersama-sama." Soomi, jom balik. Kaja" kata Sohye sambil memeluk lengan Soomi."okay, kaja" kata Soomi.

Sesampai di pintu pagar sekolah Sohye dan Soomi berjalan berasingan kerana jalan kerumah mereka berbeza-beza. Soomi yang sampai dirumahnya."omma, I'm home" kata Soomi kuat. Namun tiada sahutan."omma?" Panggilnya lagi.

Dia berjalan ke dapur dan menjumpai nota kecil" omma pergi ke tempat nenek kamu, kamu makan malam lah ya. Mungkin omma akan makan malam di tempat nenek kamu bersama dengan appa. Mungkin kami akan balik lewat. -omma ♥. Hmm, okay . Katanya dalam hati. Dia naik keatas untuk mandi dan menukar bajunya kepada yang lebih selesa.

Malam itu, Soomi tidak berniat untuk masak kerana dia telah menelefon untuk membuat penghantaran pizza. Ting tong ! Loceng pintu berbunyi, Soomi segera mendapatkannya.

" Terima kasih" katanya kepada penghantar pizza itu sambil memberikannya duit.

"sama-sama cik" jawab penghantar itu.

Selesai menikmati makan malamnya, dia ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Puan Mei pagi tadi. Oleh kerana dia menyukai subjek matematik, mudah baginya untuk menyiapkan kerja tersebut. Lagi pula kerja yang diberikan tidak banyak kerana persekolahan baru bermula.

Setengah jam berlalu, akhirnya siap kerja sekolahnya itu. Dia kemudianya, mencari telefon bimbitnya dan menekan halaman instagram miliknya. Dia merasa bosan dan dia mula teringatkan kejadian di sekolah pagi tadi.

Flashback

"Cik Lee, cuba ulang apa yang saya ajar tadi ? Kata Puan Mei. " Cik Lee ? Kata Puan Mei lagi.

"Ya saya Puan " katanya .

"Cuba ulang apa yang saya ajar tadi" kata Puan Mei lagi.

"Sa... sa.. saya tidak tahu puan " katanya kepada Puan Mei sambil menundukkan kepala.

"Lain kali, jangan mengelamun semasa saya mengajar. Faham ? " tegur Puan Mei.

"Baik Puan" jawab Soomi.

Hahahaha ! Satu kelas ketawakan dia.

End flashback***

"Ahhh! Malunya, kenapa lah aku boleh mengelamun pula " katanya separuh teriak itu. " Puan ni pun, macam mana aku tak mengelamun Taehyung ada kat depan aku. Aku tak dapat fokus langsung.

Sambil mengingati kejadian yang agak memalukan itu, dia menutup matanya. Hari pertama yang memenatkan . Mengenangkan Taehyung, dia berfikir lagi bagaimana hari-harinya di sekolah setiap hari ada Taehyung. Sambil memeluk bantal.

Perlahan-lahan dia tertidur.

♥Haha

The Truth UntoldWhere stories live. Discover now