Bab 13 : Terbongkar !

847 67 1
                                    

BAB 13 - TERBONGKAR !

“Korang berdua terperangkap di sini selama 9 tahun ke?” tanya Nur Halimah.

Anggukan kepala Mila menyebabkan mulut mereka terlopong.

“Kami tidak boleh keluar dari alam aneh. Jadi, kami buat rundingan dengan ‘king of guardian’. Jika ada yang mengantikan kami, adakah kami dapat kembali ke bumi semula? Mula-mula ‘dia’ enggan menerima cadangan kami kerana bimbang alam aneh akan diketahui oleh manusia. Namun, selepas yakin dengan kepercayaan yang kami beri, akhirnya ‘dia’ bersetuju. Oleh itu, kami dapat kembali ke bumi selepas korang berenam menjejakkan kaki di sini pada 5 tahun yang lepas,” panjang lebar cerita Mila.

Perasaan ketiga-tiga gadis mula bercampur aduk. Hendak marah, perkara sudah berlalu. Hendak gembira, tetapi sekejap sahaja kerana mereka tidak mempunyai ingatan tentang alam aneh selepas kembali ke bumi. Mereka keliru dengan perasaan mereka ketika itu.

“Korang marah ke sebab kami memilih korang tanpa meminta keizinan korang?” tanya Mila apabila suasana menjadi sunyi sepi.

“Kami tak marah, kak Mila. Lagipun, perkara ini sudah berlaku,” jawab Siti Syazanah sambil mengukir senyuman.

“Cuma, kenapa hilangkan ingatan kami? Korang risau kami beritahu pada orang lain ke pasal alam aneh ni?” ragu Shasya Edrina.

Mila menjawab dengan menganggukkan kepalanya.

“Maaf,” kesal Mila.

“Tak apalah, kak Mila. Kami faham kenapa kak Mila dan abang Shahril buat begitu. Yang penting sekarang, akak jaga diri akak dan kandungan akak baik-baik ye,” pesan Siti Syazanah sambil mengusap perut Mila.

Tersentak Shasya Edrina, Nur Halimah dan Mila.

“Kak Mila mengandung?!” serentak Shasya Edrina dan Nur Halimah.

“Macam mana Syaza tahu?” soal Mila.

“Jangan pandang rendah dengan doktor,” senyum Siti Syazanah.

“Suami akak tahu ke?”

Mila menggelengkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan Nur Halimah. Perutnya diusap dengan perlahan.

“Jangan risau, kak. Kami janji kami akan selamatkan alam ini dan kita semua akan kembali ke bumi dengan selamat,” serius Shasya Edrina.

Tersenyum mereka mendengar kata-kata semangat gadis itu.

Manakala, di luar rumah pokok.

“Huh huh huh,” tercunggap-cunggap Shahril.

Tangannya yang berdarah pada bahagian bahu ditekap dengan kuat.

“Mana kau nak menyorok lagi, hah?” suara yang gerun kedengaran berdekatan dengan tempat Shahril menyorok.

Ketika itu, dia sedang bersandar di sebuah pokok yang agak besar memuatkan dirinya untuk menyorok.

“Mana kau, manusia!” terhinjut bahu Shahril apabila pokok disebelahnya tumbang akibat ‘senjata’ yang dilibas oleh pemilik suara gerun itu.

Menyedari ‘makhluk’ gerun itu mula beredar, Shahril berlari ke kawasan semak. Terkejut dia apabila secara tiba-tiba badannya ditarik dari belakang.

‘Mila!’ jerit Shahril di dalam hatinya.

Dari jauh, Mila mula berada tidak sedap hati.

“Abang Shahril, ini kami. Raz, Akil dan Izan,” kata Ismail Razak dengan nada yang perlahan.

Shahril membuka matanya. Dia terduduk apabila melihat gerangan manusia di hadapannya. Kakinya terasa lemah. Sangkaannya, dia ditangkap oleh ‘makhluk gerun’ tersebut.

[C] Adventure to the Strange World 2Where stories live. Discover now