Jihyo memandu keretanya menyusuri jalan yang sudah sunyi sepi tanpa kereta lalu lalang lagi . Mana tidaknya jam sudah menjelang pukul 12:30 minit tengah malam .
Sambil memandu,fikiran Jihyo melayang teringatkan ibunya . Segala kenangan pahit di waktu kecilnya bersama ibunya masih berlegar legar diruang ingatannya . Sedang berkhayal,keretanya tiba tiba bergerak perlahan . Jihyo mulai panik . Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan dan serentak dengan itu enjin keretanha juga terpadam sendiri .
Jihyo mengeluh lemah . Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya . Dia mengeluh lemah . Nak panggil mekanik ? Huh,dah tengah malam,mekanik mana lagi yang nak datang . Nasib lah Jihyo . Haha .
Jihyo keluar dari perut keretanya . Dia membuka bonet kereta hadapannya . Dia menggaru garukan kepalanya . Apa dia nak buat ? Manalah dia tahu membaiki kereta .
Berhampiran dengan jalan itu juga,ada sebuah rumah agam . Dia melihat ke rumah itu .
" Takkanlah nak kacau orang tidur tengah tengah malam macam ni pula " kata Jihyo sendirian sebelum kembali memandang kereranya semula .
" Time ni lah pula kau nak buat hal kan ? " Jihyo mengomel sendirian . Dia berfikir sejenak . Setelah mendapat idea,dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya . Dia mencari nombor Soona di untuk di hubungi . Mungkin namja lembut itu boleh menolongnya .
Sedang dia mencari nombor Soona,sebuah kereta BMW berwarna putih berhenti di hadapan keretanya . Dia melirikkan matanya melihat kereta itu . Perasaan takut juga menyelbungi dirinya tika itu . Tambahan pula dia seorg wanita .
Orang itu yang merupakan seorang lelaki keluar dari perut keretanya . Jihyo memusingkan tubuhnya . Dia risau namja itu mempunyai niat tak baik keatas dirinya .
" Namja ni nak tolong aku ke atau jangan jangan ... " Jihyo dapat merasakan yang namja itu semakin menghampirinya . Jantungnya berdegup kencang .
" Cik " ucap namja itu sambil tangannya menyentuh lengannya . Sebaik sahaja lengannya disentuh,Jihyo pantas memusingkan tubuhnya lalu menumbuk wajah namja itu .
" Aduh ! " namja itu mengaduh kesakitan sambil memegang wajahnya . Jihyo cuba mengecam wajah namja itu .
" Awak ? " Namja itu juga cuba memandang wajah yeoja itu .
" Awak ? " sapa namja itu pula,iaitu Mark,lelaki yang bertemu dengan Jihyo tempoh hari .
******
Jihyo menuam wajah namja itu yang lebam dengan sehelai kain yang dibalut dengan ais . Jackson sesekali mengaduh kecil .
" Ala. . Awak. . Sorry lah . .saya tak tahu pulak lelaki tadi tu awak . Saya ingat awak orang jahat ." ucap Jihyo .
" Tak apa . Maaf diterima untuk kali kedua . . . " kata Mark . Yelah . Termasuk ini,sudah 2 kali dia terkena tumbukan padu wanita itu . Jihyo sekadar tergelak kecil . Matanya ralit menuam wajah namja itu . Mark pula tidak buang mata dari menatap wajah Jihyo . Sungguh,dia terpesona melihat wajah cantik yeoja itu .
" Jadi,rumah ni awak lah ya ? Awak duduk seorang je ke dekat rumah ni ? " soal Jihyo namun Mark yang sedang fokus menatap wajahnya seakan tidak mendengar soalannya itu .
" Awak ? " Mark tersentak .
" Owh ha ? Ye ? Kenapa ? " soal Mark
" Awak tu kenapa tengok saya macam tu ? " soal Jihyo kembali
" Eh,yeke ? Mana ada saya tengok awak ? Hehehe . Awak tanya apa tadi ? "
" Saya tanya ini rumah awak lah eh ? Awak duduk seorang je ke dalam rumah ni ? "
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] • [ LIFE'S WAVES ] + [ SONG JIHYO × SEHUN ]
FanfictionTITLE : LIFE'S WAVES MAIN CAST : SONG JIHYO,SEHUN EXO,SEOLHYUN,JACKSON,KRYSTAL,MARK TUAN GENRE : ROMANCE,FAMILY,DRAMA Kerana satu tragedi,hidupnya ditimpa duka yang tidak berkesudahan . Dirinya hilang tempat bergantung . Dugaan demi dugaan bersil...