Elyna menjemur baju yang tertera autograft milik Adrian. Tipulah kalau dia tak basuh baju ni. Tak pasal- pasal masam berkulat kalau simpan lelama. Dia jugak yang tak boleh cium baju ni. Ceh!
Sedang elok Elyna menjemur pakaian yang lain. Tiba- tiba datang seekor kucing hitam yang berbulu lebat bergeser dikakinya. Elyna terperanjat lalu terjerit.
"Warghhh!!!!!" Terus melayang bakul yang dipegangnya. Pada masa yang sama, Elyna terkaku. Badannya tidak menjejak tanah!
Baru sahaja ingin melihat kebelakang , tiba- tiba dia diturunkan dengan pantas.
Cepat- cepat dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa!!
"Mamaaa!!!!!!!!!" Terus Elyna berlari lintang pukang masuk kerumahnya semula.
Di sebalik pokok, seseorang sedang menahan tawa. Seronok apabila dapat mengenakan gadis tadi.
"Good job bro!!" Kata lelaki misteri tersebut lalu memeluk erat kucing nya tadi. Tak sangka yang kucing bulat ni mampu buat gadis tersebut terjerit Kuat.
"Boleh buat lagi ni.." Kata lelaki tersebut lalu mulai beredar dari situ.
_________________________________
"Wey... Dah laa. Kalau kau sembunyi dalam selimut ni pun bukannya kucing tu datang.... Tak percayalah aku yang kucing tu buat kau tak jejak tanah.. Kau menghayal tu...." Kata sofea selamba.
Terus Elyna membuka selimut dengan mata berair. Bahu Sofea dipukul Kuat. Sofea mengaduh sakit.
"Diam arh kau. Bukan kau duduk tempat aku pun. Kau tak rase!!" Marah Elyna geram.
"Habis tu..tepilah...biar aku duduk tempat kau sekarang.. Aku tak duduk, camana nak rasa!" Kata Sofea lalu menolak Elyna ketepi. Katil yang Elyna duduk tadi diambil alih olehnya.
Elyna terpinga sebelum menangkap maksud Sofea. Elyna berdecit geram.
"Loyar buruk kau erh!" Kata Elyna sambil menyiku Sofea.
"Sakitlah lyn!! Siku kau tu tajam tau tak. Haish.." Kata Sofea lalu menggosok lengannya .
Elyna tersengih.
"Sowi..." Kata Elyna sebelum melepaskan tawanya. Sofea memandang geram sebelum berkata.
"So, cer citer hal sebenar.." Elyna menarik nafas dalam sebelum mula bercerita.
Sofea berlagak tekun mendengar. Keropok yang diambil senyap - senyap di atas meja belajar Elyna tadi dibuka dan dimakan.
"So, kau nak cakap hantu laa ni." Kata Sofea sesudah Elyna habis bercerita.
Elyna mengangguk setuju. Sofea mengeleng perlahan.
"Mustahillah ada hantu siang- siang. Biar betul kau ni Lyn.." Kata sofea yang sibuk mengunyah. Elyna mengangguk seraya merampas keropok Dari Sofea dan dimakan.
" Kau berimaginasi kot.. Macam bebudak je" kata Sofea sambil memerli Elyna. Oleh kerana geram Sofea tidak mempercayainya,terus Sofea ditolak keluar biliknya. Pintu dikunci Dari dalam.
Tok!! tok!! tok!!
Sofea mengetuk pintu.
"Weyh.. Kalau kau tak bukak pintu. Aku taknak book tiket untuk sebulan lagi dan tak nak temankan kau ke konsert Adrian lagi!!" Ugut Sofea di sebalik pintu.
"Sofea!!!!!"
_______________________________
"Ad, prestasi awak semakin meningkat. Good job. I bangga dengan u. Suara awak semakin Lama semakin serasi dengan melodi baru ni. I'm impressed." Kata miss Jenny kepada Adrian jurulatih Adrian.
Adrian hanya tersenyum sahaja.
Kembang Kempis hidungnya dicover sebaik mungkin. Ceh!!"Ouh..lagi satu, seminggu sebelum konsert u berlangsung, u dapat tajaan untuk bercuti di Amsterdam selama empat hari dari pihak penerbit. I harap u dapat pergi nanti. By the way, I dah check jadual u. U are free that weeks. So, pergi erh." Kata miss Jenny lagi kepada Adrian.
'Haduh..dia dah check lah. Aku paling malas nak holiday. Urgh!!' Bentak Adrian di dalam hati. Tetapi yang keluar dari mulutnya..
"Ouh sure..I paling suka travel . nak - nak kalau orang taja kan. Come on I akan pergi punya." Kata Adrian sambil tersenyum plastik.
'Betul ke budak ni... Aku rasa, dia tak pernah join setiap Kali ada event..' Omel miss Jenny didalam hati. Adrian tersenyum.
"Come on. I akan pergi Kali ni. Stop curiga dengan I lah jen." Kata Adrian lagi. Miss jenny tersentak. Asal si Adrian ni slalu sangat tahu apa yang dia fikir huh?!
"Okay. Mark your words Ad. I tak nak tanggung malu buat Kali ketiga. Kalau u buat perangai..karier u jugak yang hancur. See you tomorrow." Kata miss jenny lalu mulai berlalu pergi. Adrian mengeluh.
"Ergh!! Penatlah kalau camni.Aku tak boleh nak elak Kali ni. Kalau tak hancur karier aku." Kata Adrian sambil menonong pergi.
"Cloud!!" Laung Adrian kuat. Tiba- tiba datang seekor kucing hitam dengan larian yang laju dan menerpa kearahnya. Adrian memeluk erat kucing gebu itu.
Kereta BMW sampai betul- betul di depannya. Seorang lelaki keluar dan membuka pintu seat belakang ke arah Adrian. Sesudah Adrian masuk, terus kereta tersebut memecut laju meninggalkan studio tersebut.
______________________________
"Ad..have you found your future wife?" Tanya Syed Aaron Henry sesudah Adrian melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah itu. Adrian tersenyum sambil mengusap lembut Cloud.
Aaron was was. Selalunya wajah keluhan yang ditampilkan. Tetapi sekarang senyuman melebar pula menghiasi wajah puteranya kini.
"I have found she. Don't worry..I will bring her to you as soon as possible.." Kata Adrian yakin.
"Are sure? That's great! Now ..we almost close to win this war..... You are our hope to still alive. So, make it faster." Kata Aaron sambil menepuk bahu puteranya.
"I will..."
To be continue
Yeah!! Done chap 2. BTW ..sorry for my late update... You know..being a student quite busy right... Mueheheheh...
Anything support me with your vote n comment...
See yah!!
Lizwaa_aurora
YOU ARE READING
Love U, Encik Vampire!! [OG]
Vampire~you are for everyone on the stage but you are mine at the midnight~ Elyna Andrea seorang gadis yang berperangai gila- gila, blurr dan jenis ambil jalan mudah. Terlalu taksub dengan seorang penyanyi popular. Syed Adrian Uwaisy!! Disebabkan satu peri...