M.M | 17 🔥

3.9K 222 9
                                    

"Macam tak percaya do kau yang masak lamb chop" ujar Aland yang masih memerhati Rayyan ulang-alik dari dapur ke meja makan mengangkat hidangan. Rayya hanya tersenyum apabila dipuji Aland.

"Okey siap. Kejap aku pergi panggil Bella. Korang duduk dulu" kata Rayyan sebelum masuk ke kotak lif.

Tokk!! Tokk!! Tokk!!

"Bella. Jom makan! Lamb chop dah siap" Rayyan membuka pintu bilik perlahan-lahan.

"Aku benci kau, Jack! Kau tipu aku! Kau curang dengan aku! Sumpah aku benci kau!" jerit Bella sambil duduk di hadapan cermin.

Perlahan-lahan Rayyan menutup semula pintu bilik lalu bergegas turun ke bawah menggunakan tangga.

"Bro! Bro! Bella dah mabuk!" Jerit Rayyan dari tangga.

"Hah? Mabuk?! Macam mana boleh mabuk? Kau ambil ubat apa tadi, Mike?" tanya Alvyn kepada Mike.

"Aku ambil semua ubat yang ada nama Bella lah. Errr.. Kecuali... Ada satu ubat tu bukan nama Bella, tapi Fleka. Aku ambil ubat tu sekali." jawab Mike ragu-ragu.

"Ubat yang nama Fleka tu yang buat dia mabuk! Ubat tu tak sesuai dengan antibodi dia lah! Aduhh habislahh!" Aidyn separa menjerit.

"Kenapa kau ada dalam hidup aku hah?! Pleaselah, jangan kacau aku! Aku dah ada Rayyan!" sekali lagi Bella menjerit. Kali ini jeritannya diiringi bunyi kaca pecah sekali lagi.

Kesemua jejaka yang berada di ruang tamu bergegas naik ke bilik Bella menggunakan tangga. Tak sempat dah nak naik lif.

"Bella! Bella! Calm down, baby. Rayyan ada dekat sini!" Aland cuba menenangkan Bella yang sudah terduduk di satu sudut di biliknya sambil menekup telinganya. Air matanya mengalir deras.

"Weh Rayyan. Better kau yang pergi pujuk dia. Dia sebut nama kau tadi." arah Aidyn.

Tanpa berkata apa, Rayyan segera mendekati Bella lalu memeluknya tanpa segan-silu.

"Hey! Hey! What's wrong? Jack kacau ke? It's okay babe. I'm here. Dah jangan takut" Rayyan cuba menenangkan Bella.

Setelah puas dipujuk selama 10 minit, Bella berhenti menangis dan telah tertidur dalam dakapan Rayyan.

"J'ai fatigué d'être trompé" ujar Bella tetapi matanya masih tertutup. (Aku dah bosan ditipu)

"Dah start dah" kata Airis selamba.

"Start apa?"

Aidyn memuncungkan mulutnya ke arah Bella yang masih berada dalam dakapan Rayyan. Dia mula meroyan dan entah bahasa apa yang diucapnya.

"Huwag patayin ang ina!" ujar Bella sambil menangis. Matanya masih lagi tertutup. (Jangan bunuh ibu)

"Dia akan mula mencarut dengan bercakap dalam pelbagai bahasa"  Sambung Airis lagi.

"je bent wreed!" kata Bella lagi (kau kejam!)

Tak lama selepas itu, Bella berhenti menangis. Rayyan mendukungnya ke atas katil. Selimut ditarik untuk menutupi badan Bella yang kecil itu. Rambut Bella diselak ke tepi.

"Mati" kata Bella.

"Tulis apa yang dia cakap now!" arah Alvyn separa menjerit. Airis membuka notes pada iPhonenya lalu menaip sesuatu.

"Daddy!!!" Kata Bella lagi tapi kali ini dia menjerit lalu terbangun.

"Bella" bisik Rayyan.

"Daddy mana?!" Bella mula bangun lalu keluar daripada bilik. Kelihatan King baru sahaja keluar dari kotak lif. Mukanya agak resah.

Miss MafiaWhere stories live. Discover now