M.M | 6 🔥

5.2K 289 8
                                    

ARABELLA FLEKA POV

Usai mandi, aku menolak sliding door almari baju di dalam bilik VIP. Baju lengan pendek berwarna putih dicapai. Skinny jeans putih menjadi pilihan untuk dipadankan bersama baju lengan pendek dan bomber jacket.

"Bella"

"Uh, Alvyn. Hah, apa dia?" Tanyaku sebaik sahaja melihat Alvyn mengambil tempat bersebelahan dengan meja solek. Aku turut duduk dihadapan meja solek sambil tangan sibuk mengeringkan rambut dengan hair-dryer.

"Dah ready?" Tanya Alvyn

"Ready? For what?" Tanyaku. Tangan masih sibuk mengeringkan rambut.

Alvyn berdiri lalu mematikan suis hair-
dryer disebelah meja solek.

"Bising!" Jerit Alvyn. Dia duduk kembali.

"Esok kita dah nak balik Rusia. Ready to start a new chapter?" Tanya Alvyn seraya menongkat dagu dengan tangan kanan.

"I don't know. Why so sudden? Daddy kata lepas aku dapat result SPM. Tapi, result aku tak keluar lagi, daddy dah nak fly ke Rusia"

Aku masih memprotes rancangan Daddy untuk kami berpindah ke Rusia. Aku dah penat hidup berpindah-randah ni. Boleh dikatakan dah semua negara kat dunia ni aku pernah duduki.

"Kau pun tahu kan, kalau Daddy dah keluarkan perintah, tiada siapa boleh ingkar" Ujar Alvyn. Kaki dirapatkan ke dada.

"Dude"

"Apa dia?" Tanya Alvyn lalu mengubah kedudukannya ke atas katil.

"Daddy ni siapa sebenarnya? Rayyan tu siapa? Siapa Ray? siapa Edward dan Steven? Kenapa tiba-tiba diorang muncul?" Bertalu-talu soalan aku keluarkan.

"One day. Not now" balas Alvyn selamba lalu melangkah keluar dari bilik.

Tangan aku tekup ke muka. Kenapa dengan semua orang? Kenapa nak berahsia dari aku?

END POV

***

Kereta Bugatti mula memasuki perkarangan rumah agam yang serba indah diikuti oleh beberapa kereta mewah di belakangnya.


Seketika kemudian, kereta-kereta mewah tersebut berhenti betul-betul di hadapan pintu utama. Bella keluar dari perut kereta dan diiringi oleh beberapa orang bodyguard.

"Просто иди сюда, чтобы посмотреть на меня. Я могу поехать в свою комнату" ujar Bella lalu berlari mendaki anak tangga. (cukup di sini sahaja kalian jaga aku. Aku boleh pergi ke bilik dengan sendiri)

Bodyguard Bella berhenti apabila diarahkan.

Bella membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Mata masih meninjau keadaan biliknya untuk kali terakhir.

Punggung dilabuhkan di atas katil empuk bersaiz Queen. Gambar-gambar di atas meja belajarnya ditenung lama-lama seraya tersenyum.

"Maybe, Daddy ada perancangan yang lebih baik untuk aku" prolog Bella sendirian.

Bella berdiri lalu mengorak langkah ke bilik pakaian yang terletak di sebelah meja soleknya. Bagasi dikeluarkan dari bilik itu bersama beberapa helai baju dan seluar.

"Tak perlu kut bawak banyak sangat. Kalau tak cukup, aku beli je dekat Rusia" ujar Bella sambil memandang bagasi serta baju-baju yang diambilnya tadi yang sudah berada di atas katil.

Bella mula melakukan aktiviti mengemas pakaian. Tidak lama selepas itu, Bella berhenti mengemas pakaiannya. Dia seakan-akan teringat sesuatu.

Dia menundukkan badannya ke bawah katil lalu mencapai sebuah kotak biru bersaiz sederhana.

Miss MafiaWhere stories live. Discover now