"Huhuhu"Aiman menangis.Dia duduk di bahu jalan raya ditemani dengan basikalnya.
Niatnya ingin mengambil udara segar sambil mengayuh basikal.Namun apabila ingin pulang ke rumah,dia tidak menemui jalan pulang.Sudahnya dia hanya mampu menangis.
Tiba-tiba dia merasa seperti ada seseorang memegang bahu kirinya.Apabila dia menoleh kelihatan seorang budak perempuan sebayanya memakai dress berwarna kuning hingga ke paras lutut.Rambutnya disanggul kemas.
"Kenapa awak menangis?"Soal budak perempuan itu sambil mengelap pipi Aiman yang dipenuhi dengan air mata.
"Sa-saya tersesat"Jawab Aiman tersedu sedan."Saya tak jumpa jalan pulang ke rumah."
"Kalau macam tu biar saya tunjukkan awak jalan"
Dengar saje kata kata itu terkeluar dari mulut budak itu Aiman tersenyum.Aiman mengambil basikalnya.Dia berjalan serentak bersebelahan dengan budak itu.
"Apa nama awak?"
"Aiman"
"Sedap nama awak"
"Terima kasih"Hampir kembang hidungnya di puji sebegitu.
🔸🔸🔸🔸
Sudah hampir 5 minit berjalan namun tidak juga menampakkan kawasan perumahan.
"Awak duduk kat mane?"Soal Aiman.
Dia ingin menghilangkan rasa janggal.Lagipun dia berasa pelik.Macam mana dia boleh berada di situ.Tambahan lagi,di sana tiada langsung kawasan perumahan.
Dia berhenti lalu menoleh ke belakang.Tidak jauh di situ dia menunjukkan satu banglo.Banglo tersebut seperti tidak diuruskan dengan baik.Malah tiada langsung cat warna yang terdapat di dinding tersebut.Di sekelilingnya pula dipenuhi dengan kawasan semak samun.
Aiman mengerutkan kening."Awak pasti ke?"
"Kenapa?Buruk sangat ke rumah saya?"Mukanya jelas menunjukkan dia terasa dengan kata kata Aiman.
"Eh,bukan macam tu maksud saya!Saya minta maaf ya?"Kata Aiman dengan serba salah.Belakang kepalanya digosok.
Budak perempuan itu tersenyum menampakkan barisan giginya tersusun rapi."Takpe.Setiap manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan"Mereka berdua jalan serentak.
"Jadi awak maafkan sayalah?"
"Yup"Kata budak perempuan itu sambil mengangukan kepalanya.
Aiman tersenyum senang hati.
"Itupun rumah saya!"Kata Aiman sambil tangannya menunjukkan ke arah rumahnya.Aiman melompat kerana terlalu gembira.Kalau tidak disebabkan budak perempuan tu comfirm sampai sekarang dia akan menangis.
"Sebagai tanda terima kasih,awak cakap je apa yang awak nak.Semua saya bagi.Baju,teddybear,buku warna semuanyelah!"
"Terima kasih.Tapi saya tak nak semua tu"
Aiman pelik.Bukan ke kalau perempuan akan mintak barang macam tu apatah lagi budak kecil.
"Habistu awak nak ape?"
"Jadi kawan saya"Budak perempuan itu tersenyum.
"Awak tak de kawan ke sebelum ni?"
"Takde"Jawab budak perempuan itu sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
Aiman ingin bertanyakan lagi namun melihatkan muka kecewa budak itu terus niatnya dibatalkan."Boleh je.Takde hallah.Bende kecik je tu."
Serta merta budak perempuan itu tersenyum sambil memegang tangan Aiman."Terima kasih"
"Sama sama.Kalau macam tu saya balik dulu.Bye!"Aiman melambaikan tangannya.Dia melangkah bersama basikalnya.
Tiba-tiba dia berhenti.Apabila dia menoleh ke belakang
budak perempuan itu masih di situ sambil memerhatinya dengan satu pandangan yang menyeramkan."Apa nama awak?"Sejak daripada tadi dia langsung tidak tanya apa nama budak perempuan itu.
"Melati"Jawabnya sambil tersenyum.
🔸🔸🔸🔸
YOU ARE READING
Melati
Mystery / ThrillerSejak dari kecil lagi, Melati adalah seorang budak yang pelik. Dia juga suka menyembunyikan sesuatu daripada keluarganya dan juga kawannya. Tetapi, selepas bertahun-tahun Melati meneruskan habitnya, semuanya bermula apabila Melati menolong Aiman u...