1 : Darah muda 💘

63 4 0
                                    

"A... aku hamil," luah gadis manis itu.

"A... apa hamil? Kamu hamil?"

Gadis mata bundar itu merenung kekasihnya seraya mengangguk yakin.

Lelaki berwajah tampan itu tersenyum pahit. Suka atau benci tidak berkunjung di matanya setelah mendengar kehamilan teman wanitanya yang masih muda. Namun dia tidak bahagia mendengar berita kehamilan itu.

Masih muda. Ya... itulah alasan lelaki itu. Mereka masih muda, masakan sudah bergelar ibu bapa kepada bayi dalam kandungan itu.

Tidak! Itu tidak akan berlaku dalam sejarah hidupnya.

"Baik. Baik Selly. Siapa ayah bayi dalam kandungan itu?" soalnya tanpa rasa bersalah, mahupun sedar diri.

"Apa maksud kamu, Ricky?" soal gadis manis itu.

Terkejut dan rasa terpukul dengan soalan tak wajar oleh teman lelakinya. Teman lelakinya yang dicintai dan dikasihi. Sehingga Selly sanggup menyerahkan seluruh tubuh dan jiwa raganya kepada lelaki kacak dan muda itu.

Tapi kini, lelaki yang dia cintai telah berubah. Apa salah dia?

"Rasanya kamu bukan cacat pekak Selly. Aku soalkan siapa ayah bayi itu? Tak susahkan jawab?!" ulasnya Kali ini tegas dan penuh kemarahan.

"Ayah bayi ini kamu Ricky. Kamulah ayah dalam kandungan aku. Mengapa kamu mempersoalkan? Kamu tidak percaya aku, Ricky?"

Ricky tertawa. Tertawa sinis dan jahat.

"Aku... aku ayah kepada bayi itu? Kamu jangan berguraulah Selly. Kamu fikir aku bodoh. Gila? Kita hanya bersama 2 atau 3 kali. Masakan kamu hamil dan aku ayahnya, Selly."

Selly menutup mulutnya tidak percaya dengan kenyataan Ricky yang menggores hatinya. Kecewa, sakit dan dikhianati bercampur dalam satu rasa dan rasa itu terlalu menyakitkan hati.

"Kamu menuduh aku curang, Ricky? Aku tidak curang Ricky. Kamulah, kamulah ayah kepada bayi ini. Mengapa kamu tidak mempercayai aku, sayang?" jawab Selly dengan suara lirih. Tangannya juga menyentuh perutnya yang masih kecil dan langsing.

"Benar aku tidak mempercayaimu sayang. Kamu mempunyai ramai teman lelaki. Sebaliknya aku pula tiada dan aku setia. Aku juga anak orang miskin. Tidak seperti kamu, anak orang berada. Jadi tinggalkan aku Selly. Hanya tinggalkan aku..."

"Tidak Ricky. Aku tidak sesekali meninggalkan kamu. Itu hanya terjadi dalam mimpimu. Kamu harus bertanggungjawab dalam kandunganku, Ricky. Harus bertanggungjawab...!" jawab Selly dengan suara tegas. Dia terlalu takut jika teman lelakinya itu tidak bertanggungjawab dan pergi meninggalkan dia seorang diri.

Di mana letaknya harga dirinya nanti?

"Kau tak faham bahasa, Selly? ANAK DALAM KANDUNGAN KAMU ITU BUKAN ANAKKU! mahu aku ulang lagi Selly?!" jerkah Ricky tak kalah marah dan penuh api kemarahan.

Air mata jernih Selly berguguran. Deras dan memilukan melihat.

***

"Kamu lelaki jahat Ricky. Sampai hati kamu tidak mengakuinya. Aku tidak mempunyai teman lelaki yang lain selain kamu, Ricky. Kamulah ayahnya dan kamulah yang membuat aku hamil muda..." tangis Selly sehingga jatuh terduduk lemah di atas jambatan yang gah itu.

"Akulah ayahnya... dan membuat kamu hamil muda?" ujar Ricky misteri dengan mengulang ayat Selly.

Selly mengangguk lemah. "Ya Benar. Kamulah ayahnya dan..."

"Baik... jika benar akulah ayahnya, gugurkan kandungan itu Selly. Aku tak mahu bayi itu. A... aku belum bersedia menjadi ayah. Aku juga tidak mempunyai apa-apa kerja. Jadi gugurkan kandungan itu Selly," potong Ricky dengan memberi buah fikiran yang tidak diterima akal oleh teman wanitanya.

"Gugurkan kandungan bayi ini? Tidak Ricky! Kamu sudah gila. Aku tak mahu jadi gila seperti kamu. Aku tak mahu...!" ujar Selly kembali bangkit berdiri. Dia tidak bersetuju dengan idea gila Ricky yang bertukar iblis.

"Selly cukup! Cukup!" jerkah Ricky sekali lagi. Gadis manis dan comel itu selalu menyangkal buah fikirannya. Dia sudah lelah. Lelah dengan Selly yang keras Kepala tanpa dia sedar, dia lebih keras kepala bak batu kerikil.

Selly terdiam mendengar jerkahan Ricky yang umpama serigala kelaparan. Cukup dia mengunci mulut untuk tidak menjadi mangsa api kemarahan Ricky.

Ricky lelaki yang tak ubah seperti lelaki psiko. Kerap memaksa dan hanya perintah dan keinginannya sahaja harus dituruti. Bertolak-ansur, tawar-menawar tiada dalam istilah kamus hidup Ricky. Selly kini terperangkap dalam kawasan serigala.

"Jika aku mahu kau gugurkan kandungan itu, kau harus apa Selly? CUKUP GUGURKAN KANDUNGAN ITU. Kamu faham Selly?!" ujar Ricky tak ubah seperti iblis bertopengkan manusia. Tangan kanannya menarik rambut panjang Selly dengan riak tanpa rasa bersalah mahupun merasa belas kesihan.

"Sakit Ricky. Lepaskan rambut aku. Sakit san..."

"Aku akan lepaskan rambut kau bila kau menjawab 'Ya' Selly. Mudahkan?!" potong Ricky dengan kasar. Terlalu kasar sehingga kepala Selly mendongak ke atas disebabkan lelaki itu semakin kasar menarik rambutnya umpama kulit kepalanya akan tercabut.

"A... aku tak mahu Ricky. Aku tak mahu gugurkan kandungan ini. Bayi ini tidak berdosa tetapi kamulah yang berdosa." Selly memberanikan diri menjawab walau dia sedar upahnya kelak menyakitkan. Sangat...

"Bodoh! Gila! Masih riak nak jadi gadis suci. Kamu juga pendosa Selly. Wanita kotor dan tak suci hingga kamu hamil anak luar nikah. Kamu sedar diri tak Selly?" jawab Ricky penuh angkuh sambil tertawa jahat.

Ya, tidak dinafikan dia lelaki yang penuh kejahatan umpama iblis. Tiada belas kesihan apabila akal warasnya hilang. Umur 18 tahun terlalu muda untuk menjadi ibu bapa kepada bayi itu. Ricky tidak memahami Selly yang tampaknya tenang dan pasrah dengan situasi itu. Bagi Ricky menjadi ayah pada usia muda tidak menyeronokkan. Dia belum puas menjadi remaja yang bebas.

"Ricky please. Lepaskan aku. Aku mohon... ini sakit Ricky." Mohon Selly sambil cuba menggenggam lengan Ricky meminta belas kesihan. Air matanya yang mengalir sedari tadi seakan-akan sudah kering.

"Lepaskan kau, Selly? Tidak! Kau belum menjawab soalan aku, Selly. Jawablah sayang..." respon Ricky dengan riak yang masih menyeramkan.

"Aku ta... tak mahu ta...tapi aku akan lepaskan kau, Ricky. Maksudku... kau tidak perlu tanggungjawab. Cukup aku yang menjaga dan... Dan penjaga kepada bayi ini seorang diri, Ricky." Selly berharap Ricky faham dan makan saman

Namun... Sebaliknya berlaku...

"Hahahahahhh... Jambatan ini tinggi Selly. Sangat tinggi dan mengerikan bila terjatuh ke atas jambatan ini. Kau mengaku, bayi dalam kandungan ini adalah 'anak aku' tetapi mengapa kini kau menyuruh aku undur diri Selly? Kau jangan memperbodohkan aku Selly. Cuba katakan siapa ayah sebenar dalam perutmu itu?! Kau tidur dengan lelaki lain siapa, Selly?!" soal Ricky seperti penyoal siasat yang hilang akal.

Selly menangis seribu kali mendengar tuduhan tak masuk akal Ricky. "Tak... Tak... Kamulah ayahnya. Lepaskan tangan kamu, Ricky. Aku kesakitan dan aku tak mahu ma... mati. Tolonggg..."

"Kamu takut mati Selly? Bukankah mati itu lebih baik bila kau adalah perempuan murahan. Terlalu murah! Dan aku sudah bosannn dengan kau perempuan!"

Setelah meluahkan ayat yang penuh hina itu, tanpa perhitungan Ricky menolak tubuh Selly ke atas jambatan yang tinggi. Tangisan dan jeritan ketakutan yang keluar dari mulut Selly tidak dipedulikan.

Kejam dan psiko itulah diri sebenar Ricky.

Namun puaskah hatinya setelah melakukan jenayah besar itu? Dia membunuh teman wanitanya sendiri. Ricky berharap tak siapa yang melihat atau merakam kejadian kejam itu.

Roh orang MatiWhere stories live. Discover now