8 : Ricky side

29 4 0
                                    


Bunyi barang dihempas menghiasi suasana bilik bujang Ricky. Benci dan amarah menguasai ruang rongga dada lelaki 20-an itu. Mengenangkan sikap Mina yang hari demi hari mencabar minda bahkan emosi Ricky. Tubuh fizikal Ricky turut tercabar. Maklumlah semenjak kebelakangan itu kekasihnya sudah terlalu jarang melayan keinginannya.

Ricky keliru dengan perubahan sikap Mina. Mina yang bersikap lemah-lembut, menarik hati dan mahir menggoda telah berubah. Mina berubah menjadi gadis asing di mata Ricky. Sungguh Ricky berasa tertekan sehingga akalnya tidak berfungsi dengan baik.

Nama perempuan yang sudah ditanamnya hidup-hidup ke dalam pelosok hati, kini kian menjadi sebutan di mulut Ricky.

"Selly, Selly, Selly... mengapa kamu tidak berhenti mengganggu hidup aku, Selly. Bukankah sudah aku katakan, aku tidak sengaja melakukannya. Tak sengaja dan aku bukan pembunuh, Selly!" luah Ricky penuh emosi. Tangan dikepal kuat. Jika ada benda yang boleh diremuk, manusia bertopeng iblis itu sedia memberi khidmat. Dia ingin sekali melepaskan rasa marah, benci dan ketakutan di dalam hati.

Ricky merasa sangat takut apabila ulahnya pada masa lampau akan terbongkar. Dia akan didapati bersalah dan akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah yang dia lakukan. Jenayah membunuh orang dengan sengaja adalah jenayah yang amat kejam dan hukuman yang akan dikenakan adalah hukuman mati mendatori.

Dalam perjalanan hidup Ricky yang agak mewah, menyeronokkan dan liar dalam perhubungan, lelaki itu masih menyimpan seribu kepahitan di dalam jiwa. Kematian wanita yang dicintai memberi seribu penyesalan terhadap Ricky. Namun apakan daya apabila nasi sudah menjadi bubur. Ricky sendiri tidak mengerti apabila dia tega membunuh teman wanitanya sendiri.

_ Selepas pembunuhan Selly _

Ricky terduduk lemah di sebalik pintu rumah utama. Tubuhnya menggigil hebat apabila mengenangkan pembunuhan yang baru sahaja dia lakukan. Selly, dia telah membunuh wanita itu. Teman wanitanya sendiri. Ricky mengangkat tangannya yang bergetar hebat. Kedua tangannya kotor dan telah menyebabkan wanita lemah itu mati.

Ricky yakin ketika itu dia telah dirasuk iblis dan hilang kewarasan sehingga tega mencabut nyawa kekasihnya.

"Maaf, maafkan aku, Selly... Aku jahat, aku lelaki tak berguna dan... Dan aku pembunuh!" luah Ricky penuh emosi, rasa bersalah dan ketakutan.

"Tapi aku juga tak mahu mati, diberkas oleh polis kerana jenayah ini." Ricky terus bermonolog luaran. Tak membuang masa, Ricky bangkit lalu menghempaskan telefon pintar miliknya di atas lantai jubin. Dia harus membuang bukti-bukti tentang dirinya ketika bersama dengan perempuan malang itu. Membuang bukti seperti telefon dan sim card. Ricky juga membakar gambar mereka berdua sepanjang menyulam cinta dan asmara. Dia ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia tidak pernah mengenali Selly, bahkan tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan perempuan itu. Hasil dari persembunyian Ricky sehingga kini dia belum didapati bersalah. Dia bebas, bebas melakukan pelbagai kesalahan lagi.

- Janji berdarah kekasih -

"Kamu ikhlas bersama dengan aku?"

"Aku ikhlas sayang. Ikhlas mencintai dan sehidup semati dengan kamu, Selly." Ricky menjawab tulus. Dia mengusap lembut pipi mulus milik Selly.

Selly tersipu malu diperlakukan mesra oleh Ricky. Jantung hatinya yang baru sahaja beberapa bulan dikenali. Namun hubungan cinta mereka sudah melebihi sebagai pasangan kekasih. Selly tidak menyesal menyerahkan tubuh dan jiwa raganya kepada lelaki yang benar-benar dicintai dan tulus mencintai dia.

"Ricky, berjanjilah padaku bahawa kamu selalu berada di samping aku. Walaupun maut ingin memisahkan kita." Selly menyuarakan isi hatinya yang paling digeruni.

Selly takut kehilangan Ricky, maklumlah hubungan mereka masih muda dan hubungan cinta itu dirahsiakan dari pengetahuan keluarga masing-masing.

Kedua pasangan muda itu terlalu takut apabila hubungan suci mereka menjadi cinta terhalang. Usia mereka masih muda. Ibu bapa Selly berasal daripada keluarga kaya-raya, manakala Ricky berasal daripada keluarga sederhana. Mereka seperti enggang dengan pipit.

"Aku berjanji sayang. Aku akan setia hingga ke titisan darah terakhir aku," jawab Ricky yang tak kalah menabur janji.

Jujur atau sebaliknya, namun yang Ricky inginkan hanyalah Selly. Selly si gadis cantik, ayu dan bersopan-santun. Malahan, bersama seharian dengan Selly di sebuah rumah tidak memberi kepuasan kepada Ricky. Dia selalu ingin dan ingin bersatu dengan Selly. Namun mereka harus kembali ke dunia realiti.

Melakukan hubungan intim seperti pasangan suami isteri adalah kesilapan terbesar, namun mereka alpa dalam lautan cinta yang sedang panas membara.

"Terima kasih Ricky. Aku sangat bahagia bersama dengan kamu," jawab Selly terharu lalu memeluk tubuh Ricky dengan erat.

"Aku juga lebih bahagia Selly. Terima kasih kerana menemani aku seharian ini. Kamu sungguh nikmat sayang," respon Ricky seraya membalas pelukan Selly dengan lebih mesra. Tubuh manis gadis itu menjadi candu kepada Ricky. Perlahan-lahan mereka kembali diulit asmara cinta yang panas membahang.

Roh orang MatiWhere stories live. Discover now