10 : Keluar

21 2 0
                                    


Rambut basah terurai panjang, bau hanyir menyeruak ke indera penciuman si gadis cantik dan manis. Dia hanya mampu menutup hidung dengan jari-jemari yang runcing. Rumput hijau dihiasi daun kering sehingga menghasilkan bunyi apabila langkah demi langkah disusun dengan waspada. Berada di kawasan terbiar, kelam dan tidak bercahaya menghantar isyarat bahaya ke dalam hati dan minda gadis manis itu.

"Ya Tuhan, aku berada di mana? Apa salah aku sehingga aku berada di hutan gelap ini?" soalnya penuh persoalan dan kerisauan. Hanya orang bersalah dan tidak berperikemanusian sahaja yang akan dihantar di tempat gelap, sunyi sepi dan tidak mempunyai seorang pun manusia.

Langkah kaki kanan anak dara itu terhenti apabila mendengar suara lirih seorang perempuan yang sedang menangis. Sebuah tangisan yang penuh kesedihan, kesakitan, kedukaan sehingga menghantar rasa hiba di hati gadis lembut itu. Hutan rimba tempat yang tidak mungkin didiami oleh manusia semakin membuat gadis muda itu keliru dan ketakutan. Adakah dia tersesat di tengah hutan yang tebal sehingga menemui seorang gadis yang sedang menangis dan membelakangi tubuhnya.

"Errr... kamu okay ke? Kamu sakit ke?" soalnya apabila tangis si gadis itu tidak surut malahan semakin keras kedengaran. Menyayat hati dan juga menyeramkan. Bulu roma di tubuhnya kian tegang, tubuhnya juga kian bergetar hebat. Ketakutan menguasai diri dan menyebabkan dirinya gementar hebat.

"Sampai bila pun aku tidak mungkin bahagia," jawab perempuan misteri itu dengan nada lirih. Tangisan mendayu miliknya kembali meremangkan suasana hutan yang suram.

"Tidak bahagia? Mengapa kamu berkata seperti itu gadis muda?"

"Kerana... kerana roh orang mati tidak akan pernah bahagia. Hahahahah..."

Mendengar jawapan dari gadis misteri itu menyebabkan bulu roma gadis itu berdiri. Roh? Masakan dia sedang berbual dengan roh orang mati ketika itu.

"Ka... kamu dah mati ke? Sebab itu kamu..."

Tubuh milik perempuan misteri itu perlahan-lahan berpusing di hadapannya. Dia memusingkan tubuh yang memakai gaun labuh dan berwarna putih. Tindak-tanduk yang perlahan memberi rasa cemas pada gadis cantik itu. Sehingga ingin rasanya dia berlari dengan pantas. Dia tidak sanggup berhadapan empat mata dengan perempuan misteri dan menyeramkan itu.

"Aku dah mati ke? Kamu kira aku dah mati ke?" soalnya seraya memandang ke arah mata gadis itu.

"Arrrggghhh...! Tolonggg, tolonggg...!" jerit gadis muda itu spontan setelah melihat wajah menakutkan dari gadis misteri. Mata putih tanpa anak mata, kulit muka pucat dan baju bawah punggung mengeluarkan darah pekat. Pemandangan yang sangat mengerikan dan menyeramkan pada gadis cantik itu.

***

"Sayang, kamu okay tak? Kamu bermimpi lagi ke?" soal seorang wanita yang tampak gelisah menatap anak perempuannya.

"Mama tolong Sona. Sona taknak sendirian. Sona takut, sangat takut. Sona taknak dengan han... hantu tu mama..." luah Sona yang sedang menangis tersedu-sedu.

"Shhh... kamu tidak sendirian sayang. Mama ada di samping kamu," pujuk Puan Lyvia seraya menarik Sona ke dalam pelukan sambil mengusap lembut badan belakangnya.

Mendapat sentuhan lembut dari ibunya membuat Sona semakin menangis kerana terharu. Dia sangat bersyukur ketika dia meminta pertolongan, Tuhan masih sayangkan dia dan mengembalikan dia ke alam nyata.

Tangisan ketakutan Sona semakin pulih. Puan Lyvia merenggangkan pelukan lalu menatap kedua pasang mata anaknya. Rasa ingin tahu tentang mimpi 'hantu' anaknya berada di tahap puncak yang tertinggi. Ketika Sona menjerit nyaring meminta pertolongan dia masih berada di ruang tamu rumah. Dia lantas berlari menuju kearah bilik anaknya setelah mendengar jeritan keras.

"Boleh mama tahu, sayang mimpi apa?"

Sona mengangguk lemah. "Sona mimpi... mimpi han... hantu mama," jawabnya gementar. Rasa takut yang dahsyat belum menghilang sepenuhnya.

"Hantu? Hantu siapa sayang?" soal wanita itu lagi sambil mengerutkan dahi. Dia tak faham mengapa hidup anak perempuannya semakin sulit hari demi hari. Setiap kali di tengah malam, Sona didatangi hantu dalam mimpi. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada Sona?

"Han... hantu itu menakutkan dan mengerikan mama, sangat... Tapi rasanya Sona kenal dia. Sona rapat dengan dia," jawab Sona yang kian berubah tenang.

"Siapa dia sayang?" Degupan jantung Puan Lyvia tidak menentu. Dia tak sabar menunggu jawapan dan penjelasan Sona tentang mimpi seramnya.

Roh orang MatiWhere stories live. Discover now