KHADIJAH BINTI KHUWAILID

379 13 3
                                    

Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab: خديجة بنت خويلد‎) (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak dari Khuwaylid bin Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim.

      Sebelum berkawin dengan baginda muhammad SAW, beliau pernah menjadi isteri dari Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik.

Dari pernikahan dengan dua suami sebelum baginda. Siti khadijah dikaruniai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, yaitu Abdullah dan Jariyah. Dua lagi dengan suaminya Abu Halah yaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahwa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. menikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkawin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun yaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya yaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan karena kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kawin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkawinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid karena bapaknya telah meninggal.

Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah

Hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad bersama Khadijah dikurniakan 6 orang cahaya mata, yaitu:

- Al-Qasim bin Muhammad

- Abdullah bin Muhammad

- Zainab binti Muhammad

- Ruqaiyah binti Muhammad

- Ummu Kalthum binti     
  Muhammad

- Fatimah binti Muhammad

Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah. Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh Muqawqis(Pemerintah Mesir).

Diriwayatkan bahwa anak perempuan Nabi Muhammad SAW yaitu Fatimah az-Zahra telah berkawin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. Zainab berkawin dengan sepupunya (anak saudara Khadijah) Abu al-'As bin ar-Rabi'. Manakala Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman mengawini pula Ummu Kalthum.

Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.

KHADIJAH BINTI KHUWAILID : Wanita hartawan, meninggal dalam kesusahan

Suatu hari, seorang nenek datang menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya, “Siapakah Anda wahai nenek?”

“Aku adalah Jutsamah al-Muzaniah, ” jawab wanita tua itu.

Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai nenek, sesungguhnya saya mengenalmu. Engkau adalah wanita yang baik hati. Bagaimana kabarmu dan keluargamu. Bagaimana pula keadaanmu sekarang setelah kita berpisah sekian lama?”

Nenek itu menjawab, “Alhamdulillah kami dalam keadaan baik. Terima kasih, Rasulullah.”

Tak lama kemudian, wanita tua itu pergi meninggalkan Rasulullah SAW. Aisyah RA yang melihat kejadian itu datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, seperti inikah engkau menyambut dan memuliakan seorang wanita tua? Istimewa sekali.”

Rasulullah menimpali, “Ya, dahulu nenek itu selalu mengunjungi kami ketika Khadijah masih hidup. Sesungguhnya melestarikan persahabatan adalah bagian dari iman.”

KISAH TELADAN ISTRI-ISTRI NABITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang