Setahun aku cuba bangkit dari jatuh hanya kerana seorang lelaki yang selama ni aku percaya, cinta. Tapi aku tak sangka percintaan yang hampir 4tahun tu pengakhirannya amat menyakitkan hati.
Setahun jugak aku cuba sibukkan diri aku dengan kerjaya. Aku lari dari semua orang, termasuk keluarga tersayang. Hanya kerana mahu mencari ketengan diri ini, sudah setahun jugak aku tak berjumpa keluarga aku.
Ya Allah rindunya pada mama ayah dan abang aku, jagakan mereka untukku Ya Allah. Lindungi mereka sebaik mana engkau lindungi yang lain...
Husna tenung gambar mereka berempat, sambil mengalirkan air matanya. Ya setahun dia tak jejakkan dirinya ke johor, hanya kerana mahu melupakan kisah pahit yang lalu.
Dia melepaskan keluhan, dan bersandar dikerusi sambil memejamkan mata.
Tok tokk tokkk
'Masuk!' Husna hanya memejamkan mata, telinganya dengar pintu bilik itu dibuka.
'Cik husna. Saya nak inform tentang cik husna kena pergi ke istana sekarang' kata Aina merangkap PA nya
'Ouh okey' terus dia bukak mata, dan susun meja nya. Selesai susun meje dia mencapai buku note dan handbag keluar dari pejabatnya.
Bergitu jugak 4orang perkerja dia ikut sekali, bagi menguruskan tugasan. Masuk sahaja didalam kereta Vellfire hitamnya.
Sepanjang perjalanan Husna hanya berdiam kan diri sahaja, jenis tak suka sangat bercakap dalam kereta sebab dia lebih suka focus memandu.
Sampai sahaja diIstana itu, mereka dijemput orang pembantu pembantu istana itu dengan mesra. (Sis malas nak pikir istana mana, bayangkan je dah lah eyh)
'Assalamualaikum, cik husna kan? Yang dijemput oleh Cik Puan?' Tanya pembantu yang nampak seperti sudah berumur, pada tag bajunya nama 'makjah'
'Ya saya husna, ni 4orang ni perkerja saya' mereka berlima bersalam dengan pembantu lain.
'Mari masuk, cik puan dan yang lain sudah tunggu' mereka berlima dan yang lain ikut dibelakang makjah. Husna terdengar 4orang perkerja nya seperti berkata kata, husna memadang mereka dengan mata helangnya. Membuatkan mereka berempat tertunduk.
'Jaga kelakuan !' Kata husna dengan tegas. Mereka mengangguk laju. Sampai sahaja diruang tamu
Tiada sesiapa?
'Sekejap ya husna, duduk dulu' pelawa makjah. Mereka berlima hanya memberikan senyum dan melihat permergian makjah dan yang lain
'Jangan nak tergedik gedik. Jaga nama baik saya kalau tak nak kena potong gaji!' Warning husna kepada 4perkerja nya tu. Bukannya dia tak tahu peragai masing masing, kalau tak sebab nak kena ambik ukuran baju yang banyak. Memang tak lah dia nak bawak 4ketul ni tau ! Argh !
Setelah 5minit mereka menunggu, kerabat tu datang memenuhi ruang tamu itu.
'Hi husna, sorry lambat tau. Tunggu memasing ni ha' kata Cik Puan Kalisyah dengan senyum.
'Tak apa cik puan, kami pon baru sampai hehe' kata husna dengan lembut sambil salam dengan yang lain.
'Okey husna. So dah ada ke design?'
'Ya dah ada cik puan. Ni dia' kata husna sambil menghulurkan beberapa helaian kertas kepada cik puan Kalisyah
Cik puan dan beberapa anak nya melihat hasil kerja husna. Mereka berkata sesama sendiri, husna menanti dengan penuh debaran. Mana tak debarnya.
First time dapat tawarna untuk design kan baju kerabat ni. Seminggu dia tak cukup tidur kerana mahu hasilkan 13 design ni
Setelah 20minit menanti, mereka masih lagi lihat design ada yang tulis pada kertas design itu.
YOU ARE READING
Milik Dia Selamanya
Romance{IN UPDATING} Hanya tersilap kata sahaja, semuanya berubah menjadi serious 'Kita baru kenal, tak sampai 24jam' - Husna 'Jodoh..' - Tunku Asyraf Tapi hanya kerana perkenalan bergitu singkat membuatkan ikatan mereka menjadi yang halal. Tak diduga, Hus...