SELESAI sahaja solat maghrib, husna melipat telekung dan sejadah. Perutnya berbunyi diminta isi tu, dia turun kebawah.
Hidungnya bau makanan asam pedas dan juga terdengar mak kiah sedang mengoreng. Dia melangkah kedapur
'Uhmm, sedapnya bau makkkk! Mak masak apa???' Dia menjengah periuk disebelah tu
'Asam pedas ayam dengan ikan goreng je ni ha. Nak masak sayur kang kamu tu bukannya makan sayur'
'Hehehe yelah makk. Meh husna tolong mak hidangkan' dia mencapai mangkuk dan isi lauk asam pedas ayam. Selesai sahaja hidang, mereka berdua makan bersama.
'Husna tak nak ke pergi jenguk mama ayah abang husna?' Pertanyaan mak kiah membuatkan husna berhenti makan. Dia melepaskan keluhan perlahan
'Bukan tak nak mak. Memang nak pergi jenguk mama ayah abang husna tu. Tapi diaorang masih bole terima husna lagi ke mak? Husna keluar tanpa beri tahu mereka. Macam mana nanti kalau mereka tak mahu terima kedatangan husna mak?' Kata kata husna membuatkan dirinya berasa sebak sambil bermain main dengan nasi didalam pinggan.
'Ye mak tahu. Tapi kalau husna tak cuba dulu, kita tak tahu kan?'
'Hm nanti lah mak husna pikirkan macam mana' mak kiah hanya membisu sahaja. Husna pula sambung makan. Selesai sahaja makan, husna membasuh pinggan mangkuk yang diguna tu. Mak kiah pula mengelap meja
Selesai sahaja memgemas dapur husna, dia duduk sambil melihat tv. Sambil sambil tu dia melihat instagram, tak ada apa yang menarik. Dia letak fone dan capai remote astro tu, dia bukak astro warna. Mata nya sudah mahu terlelap tu, dia tersedar. Dan tutup tv naik kebilik
Masuk sahaja dalam bilik. Dia menghempaskan badannya dia tilam yang empuk itu. Dan matanya mula terlelap, kerana terlalu penat berkerja keras.
🌈
HUSNA terjaga dari tidurnya kerana dengar ketukkan pintu dari luar. Dengan liatnya dia bangun dan menuju kepintu. Dia buka pintu, mak kiah didepannyaMak kiah terkejut lihat husna yang baru bangun tidur dengan rambut kusut masai sambil toyeh matanya
'Husna ! Dah pukul 12 tahu tak! Ni nak gi istana pukul berapa ha? Kang lambat, tahu lah awak boss haih' bulat bijik mata husna dengan pukul 12 uish betul betul ngntok ni. Dia tersengih sahaja
'Hehee sorry mak. Hm pukul 3 nanti husna gi butik ya? Husna nak rest cukup cukup ni hm'
'Haih, kamu niiii... dah tengah hari dah tak elok lah anak dara bangun lambat. Ni gi mandi pastu siapkan baju apa yang patut, nanti dah dekat masa nanti huru hara'
'Okey mak!' Mak kiah meninggalkan dia keseorangan, dia masuk ke dalam bilik. Sambung semula tidurnya
'WEYH mana boss? Dah pukul 3 ni, boss kena hantar baju pukul 4 kang.' Tanya perkerja nya
'Tu lah, alahai boss niiiiii'
'Cuba kau try call'
'Aku dah call banyak kali. Tak angkat tahu tak!' Perkerja mula risau kerana Husna belum sampai ke butik itu.
Tak lama tu kelibat kereta vellfier hitam milik husna tu sudah park didepan kedainya, husna hanya membuat relex sahaja. Perkerja nya lihat bossnya hari ni dengan pelik
'Apa!?'
'Erkkkk, hm cantiknya boss hari ni?'
'Hm? Mana baju kerabat tu? Tolong angkat kan letak dalam kereta saya' husna memberi arahan kepada perkerjanya, kemudian dia masuk ke pejabatnya
YOU ARE READING
Milik Dia Selamanya
Romance{IN UPDATING} Hanya tersilap kata sahaja, semuanya berubah menjadi serious 'Kita baru kenal, tak sampai 24jam' - Husna 'Jodoh..' - Tunku Asyraf Tapi hanya kerana perkenalan bergitu singkat membuatkan ikatan mereka menjadi yang halal. Tak diduga, Hus...