Part 4

7 1 0
                                    


Hari ni merupakan hari pertama aku akan bekerja di Min's Group sebagai Personal Assistant. aku betul2 rasa excited. aku memakai baju kemeja putih dan dipadankan dengan skirt hitam labuh yang di beli di kedai bundle. Walaupun beli dekat kedai bundle, pakaian tersebut still nampak elok dan cantik. Setelah memastikan penampilan aku okay dan kemas, aku mengambil handbagnya dan terus keluar lalu mengunci pintu. Akubuat keputusan nak naik teksi disebabkan hari pertama aku bekerja. Biarlah keluar duit lebih sikit sebab naik teksi. Hahaha

Selepas 15 minit, akhirnya sampai dekat gedung Min's Group. Aku memandang bangunan tersebut dengan perasaan gugup. Selepas menarik nafas, Aku menuju ke lif dan terus naik ke tingkat 15. Keluar daripada lif aku menuju ke meja receptionist.

"selamat pagi..saya Choi Hannah...semalam saya ada dapat panggilan untuk mula kerja hari ni"

"ohh..cik Hannah..kalau macam tu jom ikut saya"

Aku mengikut perempuan yang bername tag Lee Jieun tersebut .

"Hyolyn unnie..kenalkan ni Choi Hannah...mulai dari hari ni dia akan jadi PA tuan Min.

Perempuan yang dikenali sebagai Hyolyn tersebut memandang aku dengan senyuman manis.

"ohh..hai..saya Kim Hyolyn..kamu boleh panggil saya unnie je sebab saya rasa kamu mesti lagi muda dari saya kan..saya secretary tuan Min"

Aku pelik bila dengar nama tuan Min. Siapa pula tuan Min tu.

"tak apa Somi..awak boleh sambung kerja awak. Hannah biar saya yang handle".

Somi mengangguk dan berlalu untuk menyambung kerja dia.

"okay Hannah..saya akan ajar dan bagi tahu awak apa tugas2 dan perkara yang awak perlu lakukan sebagai seorang PA"

Aku hanya mengangguk dan mengikut Hyolyn unnie.

Hyolyn unnie mengajar aku tugas2 sebagai seorang PA. Aku di ajar cara2 penggunaan komputer dan mesin fotokopi. Hyolyn unnie juga memperkenalkan aku kepada staff2 yang berada di department tersebut. 

Sekarang aku berada di meja yang disediakan untuk aku. Meja aku berada bersebelahan dengan meja bos aku di dalam satu bilik dan hanya dipisahkan dengan cermin kaca (macam dalam drama Touch Your Heart) . Aku pelik sebab aku tak nampak bos aku pun. Mungkin cuti kot atau ada hal.

Aku melihat jam di tangannya dan jam hampir menunjukkan pukul 6 dan masa untuk balik. Aku rasa seronok sebab dapat belajar benda baru dan Hyolyn unnie dengan staff2 pun baik dan ramah. Cuma aku pelik dengan seorang staff perempuan ni pandang dia macam tak puas hati je. Aku ada buat salah ke, fikir Hannah tapi akukan baru start kerja hari ni.

"ehh..Hannah tak balik lagi ke"

"ohh..unnie..nak balik la ni" aku mencapai beg tangan dan terus keluar untuk balik. Dan lagi aku perasan yang staff perempuan tu macam jeling aku je ke aku yang salah tengok. Arghh malas nak fikir.


TO BE CONTINUED..........................

The Cold-Hearted Mr. CEOWhere stories live. Discover now