Part 2

6 0 0
                                    


Memandangkan hari ni merupakan hari interview, Hannah memakai pakaian yang agak formal. Dia memakai baju kemeja berwarna baby blue dan seluar slack warna hitam. Hannah juga mengikat rambut dia supaya lebih kemas. Ye lah nak interview dekat syarikat besar kenalah kemas barulah orang akan menilai kita dari sudut yang positif.

Selepas menilik diri dia di hadapan cermin buat kali yang terakhir, Hannah mengambil handbagnya dan keluar lalu mengunci pintu. Dia menuju ke bus stop dan pada masa yang sama bas berhenti dia terus masuk ke dalam bas. Selepas 20 minit, akhirnya dia sampai di Min's Group.

Hannah menganga melihat bangunan Min's Group. 'mak aih besarnya patutlah dia digelar syarikat gergasi..memang gergasi pun'. Hannah menuju ke arah pondok guard.

"ermm..maaf menganggu, kalau boleh saya tahu tempat interview dekat mana ye".

"owhh..cik boleh naik ke tingkat 15".

Selepas mengucapkan terima kasih, Hannah menuju ke arah lif. Dia masuk ke dalam lif lalu tekan button tingkat 15. Selepas keluar daripada lif Hannah terkejut melihat ramai yang tengah menunggu untuk interview. Ada lebih kurang dalam 15 orang. Hannah menuju ke arah meja receptionist.

"maaf...saya datang nak interview".

Receptionist tersebut menyerahkan satu borang kepada Hannah "cik isi dulu borang ni dan cik boleh duduk dulu sehingga nama cik dipanggil".

Hannah menuju ke arah tempat calon2 menunggu untuk interview dan dia duduk di kerusi kosong yang di sediakan. Hannah memandang pakaian calon2 interview tersebut dengan pandangan pelik 'ni interview untuk cari Personal Assistant atau interview untuk cari model' dia malas nak ambil tahu dia terus isi borang yang di beri tadi.

Selepas 1 jam menunggu akhirnya nama Hannah di panggil dan dia merupakan calon yang terakhir yang tinggal. Hannah masuk ke dalam bilik untuk interview dan terus di sapa oleh seorang lelaki yang dia kira CEO di syarikat tersebut.

"Ohh..Choi Hannah kan..sila duduk..perkenalkan nama saya Kim Soo Hyun dan saya yang akan interview awak. Boleh kita mulakan interview sekarang."

Hannah mengangguk.

Soo Hyun melihat sijil2 Hannah dan dia terkejut melihat keputusan peperiksaan Hannah. Soo Hyun memandang Hannah " awak pandai..dapat straight A dalam exam tapi kenapa awak tak sambung belajar?"

"ermm..sebenarnya saya memang teringin nak sambung belajar tapi saya tak mampu. Saya ada 2 orang adik yang masih belajar, kalau saya sambung belajar siapa yang nak tanggung adik2 saya".

Kim Soo Hyun hanya mengangguk. Dia prihatin dengan keadaan Hannah.

Selama hampir 30 minit interview, akhirnya interview tersebut selesai juga.

"okaylah cik Hannah..kalau cik Hannah dapat kerja ni dalam masa 3 hari kami akan call cik Hannah..dan saya ucapkan terima kasih sebab datang interview"

Selepas bersalam dengan Kim Soo Hyun Hannah keluar dengan perasaan gembira.

Kim Soo Hyun memandang Hannah sehingga Hannah keluar dari bilik dia dan kemudian dia tersenyum sebab dia dah tahu siapa yang paling layak dan sesuai untuk jadi PA si monster Yoongi. 


TO BE CONTINUED.....

The Cold-Hearted Mr. CEOWhere stories live. Discover now