CHAPTER 3

167 22 2
                                    

Sebuah kapsul terletak elok di studio kerja Shion. Kebiasaan studio Shion kelihatan kemas namun kali ini tidak. Studionya penuh dengan kotak - kotak hitam dan kertas berwarna hitam. Spana, pemutar skru dan wayar - wayar juga berselerak di atas lantai. Selepas Naoya menyatakan hasrat mahu bermain KOZ terus sahaja Shion mengajaknya datang ke studio dia. Shion merupakan pakar komputer dan hidupnya dihabiskan di dalam studio dengan mengambil upah membetulkan masalah berkaitan komputer.

"Kau pun mabuk ke?" Perli Naoya selepas melihat studio Shion yang tak ubah seperti rumahnya sewaktu dia kemurungan.

"Diam ah! Sebab kau studio aku begini. Satu malam aku habiskan dengan pasang kapsul ini. Mulanya, aku cadang ingin bermain selepas game...," kata - kata Shion termati apabila seratus peratus tumpuan Naoya hanya pada kapsul itu. Naoya telah mencuba untuk menyesuaikan diri dengan kapsul itu.

"Shion cepatlah aktifkan benda ni," arah Naoya.

"Nasib member," rungut Shion.

"Perasmian game ini akan berlaku tepat jam 12, sabar la dulu."

Naoya melihat jam, 11.50 malam. Entah mengapa hati dia masih ragu - ragu mengenai ini. Shion menghulurkan dia satu helmet dan mengarahkan Naoya untuk baring di dalam kapsul itu.

"Baring situ diam - diam sementara aku cuba setting game ni," tangan Shion sudah mula sibuk menekan beberapa butang pada kapsul itu manakala tangan sebelah lagi masih setia memegang buku tutorial.

"Naoya.. ."

"Hmmm?"

"Kenapa kau nak main?" soal Shion tanpa berfikir jauh. Naoya lama berdiam.

"Saja."

"Kau tahu kan Eternal Emperor pasti akan ditaja untuk main game ini?" Eternal Emperor merupakan satu guild yang agak popular di Royal Road. Dan semua tahu Eternal Emperor merupakan pemain tahap profesional, pasti ramai penaja mahukan mereka untuk bermain permainan baru seperti Kingdom of Zeal ini.

"Entah, aku dah tiada kena mengena dengan mereka lagi dan sekarang cepat hidupkan benda ini," Noaya tampil tenang. Shion tersengih.

"Naoya, Naoya... aku kenal kau sudah lama, Naoya yang aku kenal seorang yang cukup competitive ," Shion berkata perlahan. Dalam hatinya tidak sabar ingin melihat Naoya beraksi semula.

Tepat Jam 12. Shion menekan butang mula. Automatik pandangan Naoya menjadi gelap. Badannya terasa kebas. Otaknya dalam keadaan separuh sedar, realiti dan mimpi menjadi satu. Naoya cuba menenangkan diri dan pemandangan gelapnya mula diterangi dengan cahaya logo GoHands Inc.

[Sistem diaktifkan ]

[ Selamat datang ke Kingdom of Zeal (KOZ). Adakah anda bersedia untuk memulakan pengembaraan KOZ? ]

Naoya menekan butang 'Ya' yang tertera pada hadapannya.

[ Terima Kasih kerana memilih dunia kami, Kingdom of Zeal terdiri beberapa tempat utama seperti...]

Naoya mula bosan mendengar sejarah Kingdom of Zeal itu, menekan butang 'langkau' lalu terus ke pusat pendaftaran avatar game. Admin Kingdom of Zeal atau lebih dikenali Game Master (GM) memaparkan dirinya dalam bentuk hologram dihadapan Naoya.

"Woa..," Naoya kagum dengan kebolehan kapsul ini merangsang deria dia agar semuanya nampak seolah dia betul - betul telah masuk ke satu dunia lain.

"Saya Layla admin KOZ, pertama sekali saya ucapkan selamat datang ke KOZ. Sila masukkan Identity Document (ID) anda dalam permainan virtual reality ini."

Satu papan kekunci memaparkan beberapa abjad muncul dihadapan Naoya. Tangannya laju menekan nama Lord Zwit namun dia padam semula. Lama dia terdiam sebelum dia sedar Lord Zwit bukan miliknya lagi.

Ahem!

Naoya tersedar lalu menekan nama Zenrus sebagai ID dia.

[Identity Document (ID) diterima]

Kini, berpuluh - puluh kad karakter tersusun di sekelilingnya. Daripada penampilan manusia ke penampilam raksasa daripada pelbagai kelas. Naoya meneliti satu persatu namun tiada satu pun menarik perhatian Naoya.

"Bagaimana? Sila pilih penampilan anda untuk pengembaraan di KOZ," kata Layla.

"Bosan, tiada apa yang menarik," rungut Naoya.

"Apa??!!" tengking Layla.

Ahem!

"Sila pilih penampilan anda untuk pengembaraan di dunia KOZ," ulang Layla. Naoya tidak menunjukkan sebarang reaksi. diamereka bentuk avatar dia agar hampir menyerupainya. Dia lebih suka memilih karakterrnya berbentuk manusia biasa berbanding bentuk kacukan lain. Walaupun karakter kacukan yang lain mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding daripada karakter manusia.

Sebolehnya Naoya mereka karakternya agar mirip dengannya. Dia terus menekan satu butang 'siap' setelah mengubah suai karakternya.

[ Karakter telah berjaya didaftar. Pendaftaran Berjaya ]

"Baiklah selepas ini Encik Zenrus akan dihantar ke Kota Azmar untuk memulakan pengembaraan KOZ, selamat mengembara," ujar mesra Layla. Nak atau tak nak Layla terpaksa beramah mesra kerana gajinya sentiasa dalam pertaruhan.

Sekali lagi pandangan Naoya menjadi gelap, dia diteleportasi kan ke suatu kota yang digelar Azmar. Kota. Azmar kelihatan meriah dengan kehadiran semua pemain baru daripada seluruh dunia. Bilangan pemain KOZ aktif dalam talian meningkat dengan mendadak. Dari angka satu kepada beratus ribu pemain di kota Amzar. Ramai terlalu teruja untuk dunia virtual reality yang baru ini.

Pemain - pemain KOZ teruja untuk memulakan pengembaraan mereka. Ada pemain yang terus meningkatkan level mereka, ada pemain yang cuba membina satu persatuan pemain dan ada juga pemain yang masih teruja dengan virtual reality ini. Di saat Kota Azmar sedang sibuk ketika itu, Naoya pula masih kekal berdiri ditengah kota Azmar. Dia cuba mengadaptasikan dirinya. Ini kali pertama dia bermain virtual reality ini, tidak ini kali pertama bagi semua orang untuk bermain permainan visuall ini. Kota Azmar merupakan kota permulaan bagi semua, satu permulaan juga bagi hidup dia. Dia mengempalkan buku lima lalu menumbuk pipinya dengan kuat. Dia jatuh tersungkur. Semua pemain memandang kelakuan pelik dia.

"Sakit, aku rasa sakit Hahahaa!" Naoya teruja, semangatnya naik untuk bermain KOZ seperti mana dia bersemangat untuk bermain RR suatu ketika dahulu. Tanpa terikat dengan team, tanpa terikat dengan sebarang papan kekunci dan tetikus, Naoya bebas untuk membiarkan otaknya mengawal semua.

Naoya melepaskan tumbukan ke depan lalu menendang ke atas. Dia turut berlari lalu berhenti seketika lalu berlari lagi sehingga kepenatan. Dia mencuba segala pergerakan yang dapat dia lakukan sehingga merasa puas. Pemain lain memandang padanya dengan hairan atas kelakuan bodohnya itu.

"Status Window." Satu papan layar muncul, Naoya melihat lalu menutup kembali Statusnya.

"Inventory." Muncul papan layar sekali lagi namun dengan bentuk yang berbeza. Terdapat kotak-kotak kecil di papan layar, hanya ada roti dan kotak yang lain kosong.

Naoya berjalan memasuki sebuah kedai di kota Azmar. Terdapat beberapa pemain sedang membeli barang keperluan untuk memulakan permainan mereka. Naoya mendekati NPC yang menjaga kedai tersebut.

"Cari apa, tuan?" NPC yang kelihatan sudah berumur bertanya padanya.

"Peta benua KOZ?"

"Peta benua KOZ disediakan dengan dua jenis. Pertama peta tidak lengkap berharga 5 silver dan kedua peta yang lengkap berharga 10 silver." tuan kedai itu menunjukan dua peta yang berbeza.

"Bagi yang tak lengkap. Berikan juga perlengkapan memasak dan alat alchemist untuk pemula." Ucap Naoya.

"Baiklah, semuanya 35 silver." tuan kedai menghulurkan barang-barang yang dipesan oleh Naoya.

Naoya menghulurkan 35 coins silver kepada tuan kedai tersebut. Dia perlu berjimat kerana duitnya tinggal 1 gold dan 15 silver. Entah apa lagi yang perlu dibeli pada masa akan datang. Lebih baik dia tidak mengunakan semua duitnya di Azmar.

Barang-barang keperluan tersebut dimasukan ke dalam Inventory. Peta tersebut dibuka, Selepas Azmar dihadpannya adalah Old Ashton. Sebuah kota lama. Di sana dia dapat memilih classnya. Tapi sebelum itu, Naoya memutuskan untuk pergi memburu dalam perjalanan ke Old Ashton.

bersambung...

KINGDOM OF ZEALWhere stories live. Discover now