CHAPTER 4

161 17 11
                                    

Naoya tiba di sebuah tanah lapang berhampiran Old Ashton. Naoya melihat sekeliling tempat. Kawasan hutan belukar menarik perhatiannya. Beberapa pemain kelihatan berkeliaran untuk memburu. Naoya tidak melepaskan peluang untuk memburu juga.

Semak di hadapannya bergerak-gerak menandakan terdapat sesuatu sedang bersembunyi. Seekor arnab bertanduk melompat keluar dari semak lalu berlari ke arah Naoya dengan niat ingin menyerangnya.

Tanpa menunggu lama, Naoya mengeluarkan busur. Anak panah dihalakan ke arah arnab bertanduk namun arnab tersebut sangat pantas. Naoya  berundur ke belakang lalu melepaskan anak panah ke arah arnab bertanduk.

ZAPPSS!

Tepat mengenai tangan arnab tersebut lalu ia jatuh. Naoya mengambil satu lagi anak panah untuk menyerang sekali lagi.

Arnab bertanduk yang rebah sebentar tadi kini bangun semula. Matanya menunjukan emosi marah kerana dipanah Naoya. Tanpa sempat menarik anak panah, arnab bertanduk menanduk tangannya.

Busur dan anak panah jatuh ke bawah. Naoya kehilangan kesempatan untuk membunuh arnab tersebut tanpa terluka. Tangannya berdarah, arnab tersebut cuba melancarkan serangan sekali lagi.

Dia cuba menanduk badan Naoya pula. Naoya mengelak sambil berundur. Ketika arnab itu melompat tinggi, dengan pantas Naoya menendang kepala arnab bertanduk.

CRITICAL HIT!

Arnab bertanduk mati, Naoya menarik nafas lega. Dalam sekelip mata, bangkai arnab bertanduk menghilang menjadi serpihan kaca pecah.

DROP ITEM
Tanduk Arnab
Daging Arnab
Bulu Arnab

Naoya mengambil Item yang muncul lalu disimpan ke dalam Inventory. Naoya tersenyum puas. Dia kembali memburu beberapa arnab bertanduk sehingga merasa cukup.

Naoya berjalan ke arah kawasan hutan. Dia melihat beberapa jenis tumbuhan liar berada di tanah. Naoya memetik beberapa jenis herba liar lalu disimpan ke dalam Inventory. Mungkin suatu saat dia memerlukan herba-herba tersebut.

Old Ashton

Akhirnya Naoya memasuki kota Old Ashton. Ia adalah sebuah kota lama. Kebanyakkan bangunan-bangunan di sini diperbuat daripada besi. Jika melihat sekeliling pasti akan terlihat ramai Dwarf kerana kota ini didirikan oleh seorang raja Dwarf.

Naoya memasuki sebuah bengkel, kelihatan para Dwarf sedang sibuk menempa senjata. 

“Apa yang kau inginkan, anak muda?” tanya Dwarf tua mendekati Naoya.

“Disini ada kerja kosong? Aku ingin belajar menempa,” jawab Naoya dingin.

“Tangan manusia lembik macam tu mampu ke angkat tukul?” sindir Dwarf tua itu.

“Kau boleh cuba,” balas Naoya.

“Baiklah, tak lama lagi askar Zao Ying akan menyerang. Kerajaan mahu senjata lebih banyak. Kau boleh kerja di sini,” Dwarf tua itu memberi peralatan menempa kepada Naoya.

Tanpa banyak soal Naoya memulakan kerjanya sebagai tukang besi. Apa sahaja permintaan dari Dwarf tua itu dia buat. Dari anak panah sampai ke pedang dan perisai. Sungguh tekun Naoya bekerja sehingga dia berhasil mendapat skill Blacksmith.

“Zenrus,” panggil Dwarf tua itu pada suatu petang. 

Matahari semakin tenggelam. Para Dwarf di situ mula mengangkat barang mereka, ingin beransur pulang ke rumah. Namun tidak bagi Naoya, dia tekun menggilap kapak agar senjata itu semakin tajam. Selagi tidak setajam yang dia inginkan, selagi itu dia tak berpuas hati. Mungkin kerana skill-nya sebagai Blacksmith atau kerana naluri hatinya mengatakan senjata itu perlu di tajamkan lagi untuk kegunaan seseorang. Tapi siapa? Entahlah. Naoya tidak ambil pusing tentang itu, yang pasti asalkan kerjanya siap dengan sempurna. Barulah dia berpuas hati. Panggilan Dwarf tua itupun dia abaikan. 

Setelah berpuas hati menggilap kapak. Dia meletakkan kapak tersebut di suatu tempat yang di sediakan. Kemudian dia berpaling menghadap si tua Dwarf itu. 

“Ada apa?” soal Naoya, memberi perhatian kepada Dwarf tua itu.

“Aku ada sesuatu nak tunjuk pada kau. Ikut aku naik ke atas,” kata Dwarf tua itu sambil mengorak langkah.

Naoya tanpa banyak soal bangkit berdiri lalu mengekori Dwarf tua memanjat tangga. Dalam kepalanya ligat berfikir. Apa benda yang si tua Dwarf itu hendakkan? Hari semakin senja. Ramai Dwarf lain sudah pulang ke rumah. Takkan ada permintaan bertukang lagi?

Dwarf tua itu menunggu Naoya di depan meja.

“Zenrus. Ini adalah lebihan bahan yang kami dapat dari minggu lepas. Aku berikannya pada kau.”

Di atas meja itu terdapat barangan yang tidak asing bagi Naoya. Dia cukup kenal akan bahan itu, batu-batu yang berwarna hitam berkilat. The Iron Gronckle. Mempunyai kelebihan ketahanan pada sebuah senjata. Bahan ini sangat digemari ramai dan Naoya sudah banyak kali menempa dengan menggunakan bahan ini.  Seterusnya, berlian berwarna biru. Blue Gem. Bahan ini boleh membuatkan sebuah senjata itu ringan dan fleksibel. Sangat sesuai untuk fast-player. Naoya terpegun dengan bahan terakhir berwarna putih. Nampak tajam. Ia sangat asing bagi Naoya.

“Ini?”

“Sisik naga putih.” jawab Dwarf tua itu sambil mengangkat kepingan sisik dan beri kepada Naoya.

Naoya menyambut dan mula membuat pemerhatian. 

“Sisik naga putih ini kau akan dapat manfaat dari ketajamannya. Kau harus bakar berkali-kali untuk dapatkan hasil yang baik. Bakaran terakhir haruslah dengan suhu api yang tinggi. Kau tidak boleh leka. Kalau tidak, sisik naga itu hanya sekadar bahan yang sia-sia saja.” 

Nasihat Dwarf tua itu Naoya dengar teliti. Dwarf tua itu banyak mengajarnya menempa. Tanpa si tua itu, Noaya tak mungkin berjaya menempa dengan baik. Pengalaman dan pengetahuan Dwarf tua itu sangat luas. Kerana itu Naoya sanggup buat apa saja yang diarahkan demi ingin belajar sesuatu yang baru.

“Tapi kenapa?” Tanya Naoya setelah meletakkan kembali sisik naga itu di atas meja. Pandangan Naoya tertancap pada dua bahan bersama sisik naga itu.

“Apa maksudmu, orang muda?”

“Kenapa berikan pada aku?”

Dwarf tua itu tersenyum kecil. “Bukan ke aku katakan ia adalah bahan lebihan?”

Naoya diam tidak membalas.

“Senjata-senjata dari permintaan kerajaan sudah pun mencukupi. Malah, kami mempunyai lebihan senjata untuk diberikan sebagai tanda kesetiaan kami pada kerajaan. Semuanya kerana kau. Kami tahu, kami kekurangan kakitangan untuk membuat senjata. Apatah lagi untuk mencari bahan-bahan. Kau datang tepat pada masanya dan kau buat aku kagum. Tak ada dalam kalangan kami, para Dwarf yang sanggup menempa tanpa henti, siang dan malam seperti kamu.” jelas Dwarf tua panjang.

 Agaknya kerana itulah permintaan senjata dari kerajaan cepat siap. Nampaknya kerja keras Naoya berbaloi akhirnya.

“Jadi… semua bahan ni kau kasi aku?”

“Ya.”

Naoya tersenyum puas. 

__

Tang!

Tang!

Tang!

Naoya memukul logam panas sehingga bentuknya menjadi padat. Logam itu kemudian disepit lalu dibakar dengan suhu yang tinggi. Selepas dibakar logam itu kembali ditempa beberapa kali sehingga logam padat itu menjadi lebih nipis dan lebar.

Naoya kembali membakar logam tersebut namun dengan suhu yang lebih tinggi. Selepas ditempa berkali-kali, logam itu menjadi sebuah tombak.

[Sila letakan sebuah nama.]

“Nama apa aku nak kasi ya?” Naoya berfikir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KINGDOM OF ZEALWhere stories live. Discover now