"Cinta tak kejam, cuma kesilapan daripada manusia" - Jung Nami
Chanyeol mengalami trauma terhadap percintaan disebabkan kesilapan seseorang yang dicintainya.
Namun, Jung Nami hadir dalam hidupnya yang ingin membantu untuk menghilangkan trauma pada...
"Cukuplah setakat ni, esok hantar kerja sekolah yang saya bagi. Kamu semua boleh pergi berehat"
"Baiklah, cikgu" guru tersebut terus beredar dari kelas. Pelajar juga perlahan meninggalkan kelas. Aku melihat Hana kemas buku sebelum pergi berehat.
"Awak nak rehat sekali?" Hana memandang aku. Aku menggeleng
"Saya ingat nak duduk kelas. Awak pergilah" Hana mengangguk.
"Hana!" jeritan seseorang mengejutkan kami berdua. Aku melihat seorang lelaki menuju kesini sambil melemparkan senyuman yang berbentuk kotak.Hana sudah memberi senyuman manis kepada lelaki tersebut.
"Cepatlah sayang, saya lapar ni" lelaki berkata dengan manja kepada Hana. Aku dapat rasa yang Hana dengan lelaki ni mempunyai hubungan. Pasangan kekasih agaknya.
"Ye sekejap, saya tengah kemas barang ni Baekhyun" Hana seperti memarahi kekasihnya. Baekhyun memandang aku.
"Awak budak baru kan. Saya Baekhyun, boyfriend Hana"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hana menampar bahu Baekhyun. Baekhyun membuat muka kesakitan sambil mengosok bahunya.
"Awak ni melebih pula. Jomlah tadi lapar sangat" Hana meninggalkan Baekhyun.
"Saya pergi dulu. Bye" Baekhyun melambai lalu berlari untuk mendapatkan Hana. Aku menggeleng kepala lalu tersenyum melihat gelagat mereka.