3

36 5 0
                                        

"Nama awak Hana kan, cantik nama tu sama macam tuannya" aku tersenyum manis sambil memandang Hana. Kami berjalan seiring untuk ke kelas. Aku nampak pipi Hana sudah menjadi merah selepas aku memujinya.

"Eh tak adalah, saya biasa biasa ja" aku ketawa kecil dan bersembang dengan Hana sambil berjalan menuju ke kelas. Aku baru saja berkenalan dengan Hana tapi aku dapat rasa yang kami berdua sudah berkenalan lama.

"Kita dah sampai, awak tunggulah diluar saya panggil cikgu sekejap" aku mengangguk perlahan. Hana sudah masuk ke kelas lalu memberitahu pada gurunya tentang aku. Guru terus memanggil aku masuk ke dalam kelas. Hana sudah berada di tempat duduknya.

"Kenalkan diri kamu"

"Hai, saya Jung Nami. Sila beri tunjuk ajar" aku menunduk.

"Baiklah, awak boleh duduk sebelah Hana" Hana sudah melambai tangannya supaya duduk disebelahnya. Aku berjalan menuju ke tempat duduknya tapi aku perasan ada seseorang memandang aku dengan tajam.

 Aku berjalan menuju ke tempat duduknya tapi aku perasan ada seseorang memandang aku dengan tajam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Thanks for reading ❤️

I'm always with you[PCY]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang