Satu

219 22 7
                                        

" yah lee chaeyeon cepat lah ! " jerit yena sambil menghidupkan enjin keretanya

" ye kejap! otw tinggal pakai kasut je ni " jerit chaeyeon pulak dari biliknya

" tuhla bangun lewat je, kau ingat kau bersiap sekejap ? " sampuk yoonji lalu menjeling chaeyeon ketika chaeyeon memakai kasutnya

" hari hari lewat sebab kau. Aku tinggal jugak kau ni " yena memandang chaeyeon yang tengah tersengih sengih memasuki kereta itu

" boleh tak setiap hari kita bertiga tak gaduh " keluh yoonji. Earphonenya siap sedia dipasang ke telinga malas mendengar pergaduhan itu

" kau chaeyeon bila kau nak berubah ni, tolong la bangun awal sikit. Kitaorang tahu kau mengantuk ! Kalau kau layan ngantuk kau tu memang tiap hari kita lewat je sampai sekolah tu "

" tak pasal pasal aku tinggalkan juga dia ni nanti " sambung yena pula

" yelah esok aku bangun la awal " chaeyeon menundukkan kepalanya selepas memakai tali pinggang keselamatan.

" hmm sekali je kau bangun awal afterthat kau buat juga perangai kau balik. eh malas lah aku macam ni "

" okay. Kalau esok dan hari seterusnya kau lewat juga. Aku takkan teragak agak tinggalkan kau " ugut yena, yoonji dibelakang tersenyum nakal, puas hatinya bila yena memarahi chaeyeon.

Begitu lah rutin harian mereka bertiga sebelum ke sekolah. Chaeyeon ni memang susah untuk bangun awal sikit, dia akan bangun last minit ! Sementara yena dengan yoonji pulak sanggup bangun pukul lima semata mata taknak kelam kabut bersiap.

Manakala chaeyeon bangun pukul enam pagi, sedangkan mereka kena bertolak dari rumah pukul enam lima belas minit. Sekolah mereka boleh dikatakan jauh. Memakan masa empat puluh minit untuk sampai kesana.

Bayangkan sahaja kalau chaeyeon bangun pukul enam, mereka terpaksa bertolak pukul enam setengah, sampai sekolah dah pukul tujuh sepuluh minit.

Memang kena denda lah mereka setiap hari !

" weh kejut aku kalau dah sampai sekolah tau "

" eh sedapnye engkau , aku penat penat driving kau pulak nak membuta sana. Ikut perangai siapa la ni tidur je kerja "

" of course ikut perangai my brother ! " yena mengrollskan sahaja bebola matanya

" haa sama la kau dengan si mayat hidup tu " yoonji hanya mencebik bila abangnya kena panggil macam tu.

" boleh tak korang berdua berhenti gaduh, yena just fokus drive tu. Kita dah lambat ni lagi lima minit pukul tujuh "

" KITA LEWAT PUN SEBAB KAU LAH BANGANG !! " jerit yoonji dengan yena serentak. Chaeyeon hanya mampu menutup telinganya.

Nasib baik sahaja chaeyeon ni jenis yang faham, dia tak pernah ambil hati langsung dengan yena dan yoonji jika dia dimarahi. Sebab dia sangat menyayangi kedua sahabatnya aka sepupu rapatnya itu.

♡♡

Sampai sahaja dihadapan sekolah. Yena terus memberhentikan keretanya. Dan bergegas memakai begnya dan mencabut kunci keretanya. Manakala yoonji dengan chayeon sudah pun berlari ke arah pintu gate yang sudah ditutup itu.

Ya . Mereka lewat.

" Tak guna korang berdua, sampai hati tinggalkan aku. Ada juga yang balik jalan kaki ni " bebel yena sendirian sambil menuju ke pagar sekolah itu

Yoonji dengan chaeyeon pulak daritadi buat show depan guard itu. Siap buat muka comel lagi, minta penyepak agaknya.

" pakcik benarkan lah kitaorang masuk " rayu yoonji kepada guard itu

" ye kitaorang janji harini hari terakhir kitaorang lewat " yoonji mengangguk dengan kata kata chaeyeon. Mereka mengedipkan mata mereka berkali kali

" benarkan mereka masuk " lantas kepala mereka bertiga ditolehkan kebelakang memandang empunya suara yang bercakap sebentar tadi

Mereka mengetap bibir, dan meneguk air liur mereka dengan perit. Pagar itu pun akhirnya dibuka.

" pe-ngetu-tua ? " ucap mereka tergagap.

" Rehat nanti kamu bertiga datang pejabat saya " kata pengetua tersebut sebelum beredar.

Hilang saja kelibat pengetua itu mereka bertiga bagaikan kaku ditempat masing masing. Pengawal itu mula penat menunggu mereka.

" nak masuk ke tidak. Kalau taknak saya tutup balik " sepantas kilat mereka lesap dari situ.

♡♡

Yoonji meminta izin kepada gurunya untuk ke toilet sekejap dan saat mendapatkan kebenaran dari gurunya itu. Dia segera keluar dari kelas dan menuju ke toilet.

Selesai menunaikan hajat dia pun keluar dari tandas itu, dia melangkah setapak dua tiba tiba dia ternampak tiga orang lelaki sedang berjalan bertentangan arah dengan dia.

Dua lelaki itu sememangnya dia sudah kenal. Sunbaenya sendiri iaitu jihoon dengan hanbin, Tapi satu lelaki itu betul betul asing baginya. Dan boleh dikatakan itu pertama kali dia melihat lelaki itu. Jarak mereka semakin dekat.

Jihoon yang perasaan akan yoonji terus tersenyum, manakala hanbin dengan lelaki itu hanya menayangkan muka datar mereka.

Yoonji turut membalas senyuman jihoon itu, mereka bertiga hanya lalu disebelah yoonji.

' hensemnya alahai nak mati aku macam ni ' Hati yoonji mula berbunga bunga. Dia berniat untuk berkenalan dengan lelaki itu.

Dia hanya memandang kelibat tiga orang itu sampai lah seorang cikgu menegurnya

" hey yoonji menung apa tu dan tengok siapa ? " yoongi menggeleng, cikgu itu memandang dia hairan

" dah pergi masuk kelas kamu, nanti pengetua nampak kamu merayau dekat sini padan muka kamu kena marah "

♡♡

" wehh korang tahu tak! ada budak baru masuk sekolah ni lah, hensem gila. Dia geng jihoon sunbae dengan hanbin sunbae " ujar yoonji sambil mengunyah makanan dimulut

" kau baru tau ke ? " soal chaeyeon. yoonji mengangguk

" dah sebulan weh dia masuk sekolah ni " jelas yena. Haemin terlopong

" yah biar betul, tapi asal aku baru nampak tadi " kedua sahabatnya itu menjungkitkan bahu.

Tiba tiba yena menyiku lengan chaeyeon. Chaeyeon pun memandangnya, yena memuncungkan bibirnya ke arah lelaki yang lalu dihadapan meja mereka itu.

Yoonji yang tengah sibuk melahap makanannya itu pelik memandang mereka berdua.

" korang tengok apa tu " tanya haemin serentak itu dia memandang ke arah yang dipandang yena dan chaeyeon.

Dia hampir hampir tersedak bila orang yang dipandangnya itu adalah crush nya yang dimaksudkannya tadi.

" wehh sial asal korang tak bagitau aku " kata yoonji geram. Dia mengelap bibirnya yang mempunyai sisa makanan.

" hensem kan " kata yena seraya mengangkat sebelah keningnya ke arah chaeyeon.

" hensem dude, apa kata kita try ? " Chaeyeon tersenyum nakal

Yoonji yang geram dengan mereka berdua terus memukul kepala kedua sepupunya itu.

" Sakit lah setan " kata yena memandang yoonji tajam

" Cepat lah makan, lepas ni kita kena pergi pejabat pengetua " yena dan yoonji memandang chaeyeon dengan riak muka hairan

" buat apa pulak ? " tanya mereka berdua

" korang dah lupa ke ? " chaeyeon membulatkan matanya

" OHMYGOD " kedua gadis itu menepuk dahi mereka

Hampir sahaja mereka lupa, nasib baik poopy tolong ingatkan. Kalau tidak confirm ada yang kasut pengetua la nanti.

[SU] Playboy + Liar || JjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang