Kelihatan tiga orang gadis sedang keluar dari bilik pengetua. Telinga mereka bertiga baru sahaja habis dicuci oleh pengetua itu. Mereka serentak mengeluh dan menapak ke kelas masing masing.
Semakin ramai pelajar dikoridor sekolah itu memandangkan masa rehat akan habis sebentar sahaja lagi.
" weh aku nak ponteng lah korang nak ikut tak " chaeyeon dengan yena memandang yoonji dengan mulut terbuntang
" kau biar betul nak ponteng, kita baru je kot kena bebel dengan pengetua. Kau nak ke dia panggil kau masuk bilik tu lagi " yoonji memutarkan bebola matanya mendengar omelan yena
" fuh aku taknak beb. Aku bosan dengar orang tua boroi tu membebel " chaeyeon mengangkat kedua tangannya tanda give up
" alaa bukan selalu. Jom lah teman aku " yoonji cuba memujuk kedua sepupunya itu
" taknak, kau sorang je la pergi dah jom chaeyeon kau jangan nak ikut orang gila ni nak ponteng " yena lantas memegang lengan chaeyeon untuk mengikutinya
Yoonji mengeluh ditempatnya berdiri. Lolipop yang ada dipoket kot uniformnya dikeluarkan. Tak lupa juga dia membuka plastik lolipop itu kemudian dimasukkan kedalam mulut.
Itulah salah satunya habit yoonji. Dia suka makan lolipop ketika dia bersendirian. Yoonji jenis yang tak boleh jalan sorang sorang sebab dia akan rasa gugup. Jadi dengan mengunyah lolipop rasa gugupnya itu akan berkurang sedikit. Dan mampu berjalan dengan bangga. Walaupun sebenarnya rasa gugup tu masih ada.
" nak taknak aku kena lah juga masuk kelas. Ugh dah la kelas muzik. Aku benci betul lah, membosankan " kedua tangannya dimasukkan kedalam poket kot miliknya. Dan berjalan menuju ke kelasnya yang terletak di blok sebelah.
♡♡
Yoonji tersenyum lemah saat satu susuk tubuh melabuhkan duduk disebelahnya dan orang itu adalah..
Nako.
" hai ? Yoonji kan " yoonji mengerutkan keningnya memandang nako
" ohh hai, ye saya yoonji. Macam mana awak tahu nama saya " nako tergelak halus mendengar soalan yang dilontarkan yoonji itu
" awak kan sepupu chaeyeon dengan yena mestilah saya kenal. Lagipun mustahil saya tak kenal gadis paling cantik dalam sekolah ni "
" yeh ? Hahaha ada ada je la awak ni " kembang kempis hidung yoonji kena puji
" saya serius lah. Btw nama saya yabuki nako " nako menghulurkan tangannya ingin berjabat dengan yoonji
" nae ? Awak bukan orang korea ke ? " terkejut yoonji selepas mengetahui nama gadis itu
" yup. Saya orang jepun. "
" wahh biar betul! Tapi muka awak macam orang korea tau. Lagi lagi awak fasih sangat bercakap korea " nako hanya menayangkan senyuman manisnya. Yoonji lantas menyambut tangan nako dan berjabat dengan gadis comel itu.
Sejak dari perkenalan dalam kelas muzik itu, yoonji dengan nako semakin rapat. Mereka berdua hanya akan dapat bersama bila ada kelas muzik.
Belum pernah lagi rehat bersama sama, sebab nako ada geng sendiri dan yoonji pun akan rehat dengan dua sepupunya itu.
♡♡
Kring ! Kring ! Kring !
" okay sampai disini sahaja kelas kita, jumpa kamu semua esok " kata cikgu yang mengajar dikelas yoonji itu. Semua pelajar menunduk hormat saat cikgu itu beredar.
Selepas tamat kelas muzik yoonji ke kelasnya semula.
" bye nako jumpa lagi " yoonji melambai nako dengan mesra
" bye yoonji " nako tersenyum sehingga matanya mengecil.
Yoonji menapak selangkah demi selangkah ingin ke kelas sepupunya yang terletak diblok sebelah. Dia pun berjalan dengan angkuhnya tanpa menghiraukan pelajar pelajar lelaki yang sedang memandangnya.
Namun langkah yoonji terhenti saat dia ingin menuruni tangga dia melihat seseorang yang telah pun berjaya mencuri hatinya sedang berjalan naik menuju ke arah nya.
Jantungnya berdetak dengan laju. Dia menggenggam hujung bajunya menahan perasaan gementar itu.
Dia cuba untuk berlagak tenang dan meneruskan langkahnya. Semakin dekat... dan dekat. Lelaki itu memandangnya sekilas lalu menolak rambutnya ke atas.
Nak acah hensem lah tu ! Ceh.
' shit, hensemnyaaa dia ni. Omg... tak kuat beta ' gumam yoonji dalam hati
Bau minyak wangi dari tubuh lelaki itu menusuk kedalam hidung yoonji saat lelaki itu melaluinya, jarak mereka cuma beberapa meter sahaja.
♡♡
" yenaa yah ! chaeyeon ah ! " yoonji terus menerpa ke arah dua sepupunya yang berada didalam kelas tarian. Saat menyedari semua pelajar disitu memandangnya dia berdehem dan buat muka tak bersalah
" kau dah kenapa siot jerit macam hilang anak " yena menjulingkan matanya
" hehe saje je panggil korang. Disebabkan harini aku happy jom shopping "
" shooping ? kau belanja kitaorang ke. Kalau tak ! Baik kitaorang balik je tido lagi best "
" ye shayang shayangku. Unnie mu ini akan belanja anda berdua. Sebab tu lah aku ajak sebab aku memang nak belanja pun " yena dan chaeyeon pun terus bersorak gembira.
" ellerh suka lah tu ada orang nak belanja "
" mestilah. Jarang jarang tau orang kedekut nak belanja kita ni. Betul tak chaeyeon " yena menjengketkan sebelah keningnya pada chaeyeon yang berada disebelahnya.
Chaeyeon mengangguk manakala yoonji memandang mereka menyampah.
" korang gelar aku kedekut aku memang taknak belanja korang lagi lepas ni " terus kedua gadis itu memeluk yoonji manja. Yoonji pun cair lalu mereka sama sama keluar dari kelas tarian itu menuju ke pusat membeli belah.
" aku jeles lah tengok hubungan diorang bertiga tu. Sepupu je kot tapi kalah kalah bestfriend " kata seorang gadis dalam kelas tarian itu
" tuh lah. Aku dengan sepupu sepupu aku pun tak macam tu. Dengki mendengki ada lah " kata seorang lagi perempuan, sahabat kepada gadis itu.
Sebenarnya hampir kesemua pelajar disekolah itu mencemburui tentang keakrabannya hubungan yena yoonji dan chaeyeon.

ANDA SEDANG MEMBACA
[SU] Playboy + Liar || Jjk
FanfictionJungkook lelaki yang polos comel dan manja itu mampu membuat semua perempuan jatuh hati kepadanya dengan sekelip mata. Tapi tiada siapa yang menyangka dengan rupa parasnya yang nampak baik itu, dirinya yang sebenarnya adalah berbeza dengan personal...