Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.
Baginda pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. Yiaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami pakai dan ada yang sehelai dihamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah SAW pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah pun berkata dan mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.
Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah bersama 15 dirham.
Rasulullah pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian.Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerena perbuatan meminta-minta itu akan merusakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kisah Nabi Dan Sahabat (Fast Update)
Spiritual[SANGAT DISARANKAN UNTUK MUSLIM] #sumber dari aplikasi seperti judul #aplikasi dapat didownload di playstore #berisi kisah hidup Nabi Muhammad, Sahabat-sahabat dan orang-orang disekitar beliau #memiliki makna disetiap cerita #selalu memiliki hikmah...