Malam yang riuh dengan bunyi cengkerik menemani keheningan malam itu. Steviona gagahkan dirinya untuk terus melangkah dengan pantas meski hatinya gelisah memikirkan bahaya yang bakal menerpahnya. Dari kejauhan kelihatan satu cahaya kenderaan menuju ke arahnya. Steviona tidak mengendahkannya namun kereta tersebut berhenti di depannya. Tidak semena-mena muncul 2 orang bertopeng menuju ke arahnya. Steviona yang terkejut tidak sempat berbuat apa- apa. Setelah ditangkap, mulutnya ditekup dan dia tidak sedar apa yang berlakunya seterusya.
Kepalanya terasa sakit lalu cuba untuk membuka matanya namu n terasa berat dan silau dengan panahan lampu. Kedengaran suara beberapa orang sedang bercakap-cakap. Dia berusaha untuk membuka mata dan hasil curi- curi dengar.
"Lama betul mereka nie nak sedar.."
"Harap berbaloi lah kerja kita ni.."
Steviona berusaha untuk bangun namun dihalang oleh seorang wanita berbaju serba putih.
"Berehatlah dik..Adik masih lemah lagi tu."
"Arr..Saya dimana ni..?"
"Kamu tenang saja tidurlah"
Wanita itu menyuntiknya dan dia terus terlelap.
*********************
Steviona membuka matanya apabila mendengar bunyi loceng yang nyaring. Dia bangun dan mendapati berada di sebuah bilik bersama 4 orang yang agak asing baginya. Tidak lama kemudia, seorang wanita berumur dengan wajah yang serius masuk ke bilik berkenaan dan mengarahkan mereka untuk pergi ke ruangan sebelah. Mereka berkumpul di ruangan serba putih tersebut dalam keadaan yang terpinga- pingga. Wanita yang tadinya memperkenalkan dirinya sebagal Calbera, seorang wanita berwajah ala- ala arab tetapi fasih berbahasa Melayu dengan baju bercaloreng ala- ala tentera. Dia memperkenalkan dirinya dan menerangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Selesai sesi tersebut, mereka di arahkan untuk menukar persalinan pakaian dan menjamu selera. Kira-kira 30 minit kemudian, Seorang wanita ala-ala kapten berbaju kelabu dan bertopi, berbadan tegap, wajah yang tegang mengarahkan mereka untuk ke kawasan lapang di luar bangunan. Mereka yang tidak tahu apa- apa hanya menurut dan pergi ke kawasan berkenaan. Di kawasan tersebut dikelilingi dengan kawat pagar dan dikawal ketat. Kelihatan di kejauhan ombak menghempas pantai.
**********************
Hasil penerangan kapten tersebut yang dikenalai sebagai Herly tahulah mereka diculik untuk direkrut menjadi agen rahsia. Umpama cerita di dalam movie,mereka di ajar seni mempertahankan diri dan cara menggunakan senjata. Setiap seorang daripada empat orang tersebut menpunyai kelebihan masing- masing. Lama-lama mereka dapat menyesuaikan dirinya memandangkan layanan yang diberikan tidaklah seteruk mana. Kebajikan dan makan minum mereka amatlah terjaga. Malah mereka bergaul mesra dengan orang-orang di sekitar kawasan tersebut. Perasaan rindu terhadap keluarga juga mula pudar memandangkan kesibukkan yang mereka alami tidak membenarkan mereka berbuat demikian.
******************
Masa berlalu pantas..hari berganti minggu..minggu berganti bulan..bula berganti tahun...mereka kini menjadi seorang yang mahir dan pakar. Meski wujud perasaan untuk keluar Melihat kawasan sekitar namun hasrat tersebut sering terbatal dek kerana tidak ingin hubungan yang terjalin mesra dan kepercayaan orang-orang di kawasab berkenaan terhapus. Mereka sering memendamkan hasrat berkenaan.
***********
Di antara mereka bereempat,Steviona lebih rapat dengan Kak Su. Panggilab itu diberikan kerana beliau lebih tua daripadanya. Manakala Kapten Herly lebih mesra dipanggil Kak long..dan Puan Calbera lebih mesra dipanggil Kak Ngah..manakala Steviona lebih mesra dipanggil Adek..
************
Stevioana menjadi pelajar kegemaran kerana ketangkasannya dalam menggunakan senjata dan teknik seni mempertahankan diri lebih hebat berbanding yang lain. Hal ini mewujudkan perasaan tidak senang Anna dan Dila.Akibat oerkara tersebut juga mereka sering mengalami perselisihan. Hanya Kak su yang memahami dan rapat dengan Steviona.
***********

YOU ARE READING
Unseen sister
FantasyHerly merupakan seorang anak bongsu dalam keluarganya. Hidup sebagai seorang anak bongsu yang dimanjakan berubah dalam sekelip mata apabila dia menyertai pasukan rahsia secara tidak sengaja. Menempuh segala cabaran dalam ketenteraan sehinggalah menj...